Tadi sempat jugak say baca komen daripada kak Intanberlian…Dia tanya saya
apa buha koko tuh…
Saya suka kak Intan nih banyak soklan dan bikin saya punya idea untuk
buat entry…Untuk kak Intan shayang kat bawah nih la buah koko….
Yang bawah nih lak isi buah koko…
carian auncle google..
Untuk pengetahuan kak Intan, dulu ayah saya
navy, so, saya berpeluang mengembara ikut ayah pindah sana sini lah
kan..Antaranya ialah Sitiawan. Kitorang duduk di kuarters navy, kat sebelah
kuarters nih ada kebun buah koko….So, hari hari menghadap buah koko tak makan
pun tengok aje lah…lalalalala
Bila, dah duduk N9 nih agak payah sikit nak jumpa pokok buah koko nih.
Saya rasa Perak still berlambak lambak kan pokok buah koko nih…Rasa buah koko
nih sedap tau kak Intan…Bijik buah koko nih lah boleh buat macam macam…..Macam
coklat, air koko, serbuk koko dan macam macam lagi…Kat bawah nih saya tempek
kebaikan koko yang saya peroleh dari Laman Web Koko Malaysia….
Kebaikan Khasiat Koko
Setelah kita mengetahui sedikit aspek mengenai makanan bolehlah
kita mempertimbangkan pula mengenai koko dan coklat. Mungkin benar apabila
dikatakan bahawa koko dan coklat dimakan untuk suka-suka sahaja dan bukan
kerana khasiatnya. Walau bagaimanapun, ia menyumbang kepada pemakanan yang
seimbang. Kandungan lemak dalam koko bererti minuman koko dapat menyumbang
lebih tenaga berbanding dengan minuman kopi atau teh.
Koko apabila dicampurkan dengan susu dan gula akan menjadi minuman
yang berkhasiat dan theobromine dan kafein (masing-masing lebih kurang 2
peratus dan 0.1 peratus dalam serbuk koko) pula bertindak sebagai perangsang
selain sebagai minuman panas. Pernah dinyatakan bahawa penghadaman susu
bertambah baik dengan adanya koko yang bertindak membantu mengubah pembentukan
susu beku di dalam perut.
Walau pun telah dinyatakan bahawa coklat dimakan untuk suka-suka
sahaja dan bukan kerana khasiatnya, tetapi sebenarnya ia mengandungi 'milk
soilids' antaranya 'butter fat', protein susu, kalsium dan lain-lain 'minerals'
dan vitamin-vitamin.
*Untuk keterangan selanjutnya sila rujuk artikel berkaitan khasiat
koko dan nilai zat pada coklat, lemak koko dan serbuk koko.
Kesan antioksida poliphenol dalam koko :
Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada
kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling
penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai
catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan
tindakan antioksida yang kuat.
Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :
Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari
koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan
koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan
risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari
jantung.
Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :
Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang
mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik
terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat
menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya
mengurangkan tekanan.
Koko melambatkan proses penuaan :
Penuaan adalah salah satu proses ynag mengakibatkan kerosakan
radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan
peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah
dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh
dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang
kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari
Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar
coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan
penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam
coklat.
Coklat sebagai makanan berkhasiat :
Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan
kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.
Coklat
kosong
|
Coklat
susu
|
|
Tenaga
|
511
kcal
|
514
kcal
|
Lemak
|
32.3
g
|
29.0
g
|
Protein
|
4.1
g
|
8.1
g
|
Karbohidrat
|
51.9
g
|
56.1
g
|
Zat
Besi
|
2.3
mg
|
0.8
mg
|
Kalsium
|
29.0
mg
|
233.0
mg
|
Tiamin
|
0.04
mg
|
0.09
mg
|
Riboflavin
|
0.02
mg
|
0.3
mg
|
Niasin
|
0.4
mg
|
0.4
mg
|
Vitamin
A
|
22.0
mg
|
84.0
|
.jpg)



dulu kite suke makan koko sbb time tuh dok kat tepen mcm senang nk crk..sama la kite ikut sama posting ke sana ke mari ..sbb ayah kite ashkar..hehehe..
BalasPadamSedap ni makan isinya tu...rasa dia masam masam manis...selalu makan masa budak2 dulu sebab banyak tumbuh depan rumah..skg susah benar cari pokoknya...
BalasPadaminfo baru :)
BalasPadamkecik-kecik dulu suka makan koko, siap ambik atas pokok lagi :)
BalasPadamdulu² blik skolah suka singgah umah atuk ni, mintak buah koko dia.. sedap!!! so, pasni blh la mkn cekelat byk²..
BalasPadamsedapnya lama x makan
BalasPadamini ka rupa koko? hehe..bru tau :P
BalasPadamDekat N9 ada 1 kampung tu ada kebun koko....
BalasPadamTapi AJ tak ingat kawasan mana...
Dia dekat2 dengan jeram toi kalau tak salah....
Koko memang susah sangat nak jumpa.....
Teringat dulu masa kecik2 selalu jerk mkn buah koko nie.. tp sayang sekarang ank2 akak x berpeluang nak tgk pokok tu sbb da xde lagi kat kampung.
BalasPadamcemana la rasa buah koko ni....rasa cam coklat ke?
BalasPadambuah koko nie dulu masa selalu balik kampung abah..mesti ambil bwk balik..skrg dh jrg balik sana sbb dh xde sap2..suka mkn ne bila masak..sedap
BalasPadamkak ina pernah mkn buah koko ni :)
BalasPadamKoko ni mmg banyak kahsiatnya
BalasPadamintan mmg suka bertanya ye..tak per lagi byk ilmu yg dia dapat...kak fieda sekali jer baru pernah merasa buah ni..
BalasPadampenah try makan masa kat kg abi...mula2 jakun jgak sbb tak penah tengok..hehehe..
BalasPadamkampung mak akak kat perak, area beruas.. banyak pokok koko. selalu nampak org2 kampung jemur biji koko..
BalasPadamtak tau pulak buah koko ni boleh makan. ingatkan buat coklat je.
BalasPadamxpenah mkn lg buah koko ni
BalasPadam