Assalamualaikum...
Again!! Entry throwback lagi...Suka sangat peram cerita tau..Apa boleh buat kan..Sibuk mengalahkan menteri aje...Maafkanlah saya kawan kawan blogger sekalian. Memang tahun nih tahun busy buat saya. Saya cuba juga curi curi masa update entry dan balas kunjungan kawan kawan...Harap faham tahap ke'busy'an saya nih.
11 April lepas iaitu hari Sabtu diadakan Pertandingan Mewarna di tadika tempat Aina dan Auni menuntut ilmu. Program start pukul 8 pagi. Seramai 20 orang murid terlibat dalam pertandingan mewarna dari umur 4 tahun hingga 6 tahun. Sebelum pertandingan mewarna ada sesi taklimat dan perkenalan dari wakil pelajar sekolah vokasional PD yang bekerjasama dengan Tadika Anakku Khalifah untuk program nih. Kemudian ada senaman ringan sikit untuk murid murid.
Pertandingan bermula lebih kurang pukul 8.30 macam tuh. Macam biasalah kan sebagai Ummi pada dua orang puteri saya tak nak miss hadir program tadika anak anak saya. Saya nak bagi mereka semangat dan tak nak timbul rasa tidak dipedulikan. Incik hubby takde sebab bertugas. Macam biasa saya lah IBU saya lah BAPA anak anak.
Okey berbalik pada pertandingan mewarna tuh, Alhamdulillah Aina dan Auni sangat bersemangat nak berwarna. Aina paling semangat. Auni pula mula mula aje dia semangat tapi lama lama dia mudah bosan sebab budak budak dalam lingkungan umur Auni mestilah lebih pada nak explore kan. Suka main main. So, saya tak kisah sangatlah kan..Takdelah nak push Auni kena serius dan buat betu betul. Just nak dedahkan dia suasana macam tuh nak bagi dia happy dan belajar sesuatu yang baru kan. Korang tahu tak walaupun Aina bersemangat masuk pertandingan mewarna tuh tapi Aina juga murid terakhir yang selesai mewarna. Walaupun dia yang terakhir saya tetap bagi dia kata kata semangat "KAKAK BOLEH". Aian mengeluh juga jari jemari dia sakit dan lenguh tapi dia teruskan juga mewarna..FINALLY.....Aina did it!!

Serius aje muka Auni mewarna...hehehe...Fokus fokus..
Warna rambut dulu...Fokus sama macam adik Auni..
Masa pengumuman pemenang pertandingan mewarna saya tak menaruh harapan yang tinggi pun anak anak saya menang sebab saingan memang sengit. Kalau menang syukur alhamdulillah, kalau kalah pun tak kisah. Lagipun semua yang masuk pertandingan tetap bawak hadiah saghati.
Masa pengumuman pemenang, Auni dapat saguhati kategori 4 tahun..Alhamdulillah, dapat jugalah hadiahkan..Teruja betul Auni dapat hadiah..hehehe..Lepas tuh pengumuman pemenang bagi kategori 5 tahun pula..Masa nih serius berdebar debar sebab macam saya cakaplah saingan sengit. Masa pengumuman pemenang tempat ke 2 saya macam blur sekejap..Aina pun sama bila nama dipanggil. Sampai cikgu cakap, "Aina mana Aina". Baru saya "sedar" dan suruh Aina pergi ambil hadiah. Alhamdulillah, tak sangka saya Aina menang tempat ke 2. Rezeki Aina. Nampak dia seronok dapat hadiah.
Aina dengan hadiah kemenangannya.
Alhamdulillah rezeki anak anak. Objektif utama saya menggalakkan anak anak join pertandingan mewarna sebab nak mereka belajar sesuatu yang baru, have fun with their friends dan meningkatkan tahap keyakinan diri mereka. Menang atau kalah belakang kirakan. Apa apa pun I'M SOOOOO PROUD BOTH OF YOU MY DOUBLE A (AINA & AUNI)