Aktiviti Hari Raya 2012 Part 3
Mimi Azirah
4:52:00 PTG
9 Comments
Assalamualaikum...
Okey, PU proceed aktiviti hari raya ketiga pulak.....PU masih kat Melaka lagi.....Actually, raya ketiga nih PU dah berjalan ke mana mana pun sebab kat rumah tok mak incik hubby ada buat open house dan pukul 2.00 petang pulak ada majlis pertunangan sepupu perempuan incik hubby....
So, keadaan kat rumah tok mak memang sibuklah orang buat kerja masing masing kan.....PU tolong apa yang patut....Orang yang datang pun tak ramai mana tapi boleh tahan jugak lah kan...Al maklum jelah raya ketiga mesti diorang sibuk beraya sakan kan....
Lebih kurang pukul 2.20 rombongan lelaki sampai. Diorang letak hantaran dan makan dulu. Diorang datang dari Perak, masing masing tengah lapar...
Lepas diorang dah makan, majlis bertunang bermula. PU tak dengar pun butir perbincangan kedua dua belah pihak sebab sibuk sangat nak ambik gambar hantaran nak buat rujukan untuk adik PU...hehehe...
Lepas selesai majlis bertunang nih...PU dan incik hubby bersalaman dengan saudara mara sebab kena bergegas balik rumah...Incik kerja malam tuh.....
Nota kaki* Esok PU cuti...Isnin depan baru start kerja..hehehe



















































