Sabtu, 30 Jun 2012
Jumaat, 29 Jun 2012
Menghadiri Bengkel teknik Menjawab Soalan Soalan Peperiksaan KPSL
Khamis, 28 Jun 2012
Nuffnang : Pembiayaan Pendidikan - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
MengHIJAU di depan rumah
Rabu, 27 Jun 2012
Ayam Masak Lada Hitam
Selasa, 26 Jun 2012
Isnin, 25 Jun 2012
Resipi : Telur dadar lipat
Jumaat, 22 Jun 2012
Puding Roti hasil air tangan PU yang entah ke berapa...hehehe (^_^)
Blog PU masuk tv....(^_^)
Rabu, 20 Jun 2012
Sekarang saya guna pelembap bibir jenama nih!!!Rasa lembap dan lembut aje...
Produk nih la saya guna (^-^)
Hahaha..tepung gomak tuh apa ye? Main taip aje PU nih kan. Sebenarnya tepung gomak ke tepung kurma..hehehe
Sebelum nih, PU pernah mintak pendapat korang kan cara nak hilangkan kepandaan mata PU nih. Selain tuh.kulit muka PU mempunyai masalah jerawat, bekas jerawat lama,kulit muka tak sekata, resdung dan kulit berminyak di bahagian zon T.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan tak jemu jemu PU nih, akhirnya PU jumpa produk yang betul betul serasi dan sesuai dengan kulit muka PU nih. Selain menggunakan produk nih, PU tetap mengamalkan minum air suam, makan sayur sayuran dan buah buahan yang kaya vitamin c.
Serius PU katakan produk nih bebas dan selamat dari sebrang bahan kimia. Sejak gunakan produk nih, PU dah tak guna pencuci muka lagi. PU hanya gunakan produk nih saja. Produk nih diperbuat daripada herba herba yang selamat untuk digunakan.
Alhamdulillah muka PU dah licin dan lembut,kulit muka sekata. Eyebag pun dah makin hilang. Ramai kawan kawan tegur muka PU nampak perubahan yang ketara. Syukur berkat kesabaran kan.
Disebabkan produk yang PU guna nih lah setiap malam sebelum tidur, muka tempek tepung gomak. Setiap hari okeh!! Memang bagus produk nih,kalau ada kudis cepat aje kering dan langsung tak tinggalkan kesan.Kalau sesiapa yang ada masalah macam PU, boleh aje pm PU kat facebook atau email jer kat zahirah.zahrin@gmail.com. InsyaALLAH PU akan layan korang sebaik yang mungkin.
Nota kaki* Korang boleh cari entry PU tajuk resdung bla bla bla. PU tak dapat nak link kan entry tuh sebab update entry guna tab. So, agak payah nak buka entry yang lain. Jadi lambat. Kat office nanti PU try link kan ye atau PU buat entry khas pasal produk nih aje okeh.
Selasa, 19 Jun 2012
Okeh, stop pasal ganti puasa. PU nak share resipi menu untuk berbuka puasa PU hari nih. Mi Sup Bebola Ayam seperti gambar kat atas.
Nak buat Mi Sup Bebola Ayam nih senang jer.
Bahan bahan
2 ulas bawang merah - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1/2 sudu besar serbuk lada hitam ( kalau korang ada lada hitam, korang tumbuk lada hitam sampai lumat)
3 cawan air
1 kiub pati ayam
Bebola ayam (Ayamas - ikut suka berapa banyak korang nak bubuh dalam sup)
1/2 keping dada ayam ( kalau korang nak guna sekeping dada ayam pun boleh) - dipotong dadu
1/2 lobak merah - dihiris
3 biji tomato - dibelah 4
1 biji lada merah - dihiris
1 biji lada hijau - dihiris
1 biji telur
1/2 kg mi kuning
Garam
Cara cara nak buat
Tumiskan bawang merah & bawang putih yang ditumbuk lumat dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan air. Biar seketika dan masukkan lobak merah,tomato,lada merah dan lada hijau. Kemudian masukkan ayam yang dipotong dadu dan bebola ayam. Seterusnya bolehlah masukkan kiub pati ayam dan sedikit garam. ( jangan bubuh garam banyak sangat ye sebab kiub pati ayam nih dah sedapkan rasa sup) Pastu masukkan telur. Akhir sekali, agak agak telur dah masak bolehlah masukkan mi kuning. Biar seketika,agak agak sup dah menggelegak bolehlah tutup api dan hidangkan mi sup.
Nota kaki* Kalau korang nak masukkan sayuran hijau pun boleh,ikut pada selera korang. PU terlupa nak beli sawi,sebab tuh takde sayuran hijau dalam mi sup PU nih. So masak ajelah apa yang ada kan. Janji kenyang.
Alahai merajuk pula anak Ummi seorang nih. Korang tahu tak Aina nih akan merajuk dengan PU kalau apa yang dia nak tak dapat.
Macam tadi,dia nampak mangkuk aiskrim. Dia tunjuklah mangkuk tuh sambil cakap nak. PU dukung dia,pastu cakap tuh bukan aiskrim dalam tuh ada minyak. Pastu,PU turunkan dia kat lantai. Sekali dia lari kat ruang tamu, menangis korang tahu. Merajuk sebab nak aiskrim tak dapat.
Rumah PU nih jarang beli aiskrim. Kalau teringin sangat nak makan, baru beli. Sekali beli, 2,3 jenis aiskrim.huhuhu..tamak haloba kan. Sekarang nih mungkin jaranglah kot PU beli aiskrim kat luar lagi sebab dah ada resipi nak buat aiskrim sendiri. Cuma belum dipraktikkan lagi. InsyaALLAH satu hari nanti lah kot PU buat. Kalau malas jugak nak buat, beli kat kedai lah jawabnya kan.
Nota kaki* Masa nih Aina dah tak merajuk lagi sebab PU pujuk dia dengan lempeng cicah mayonis.hehehehe..
Auni minta sendiri gosok gigi dia
Tapi setiap kali dua beradik nih mandi bersama, lepas Aina gosok gigi, Auni rampas berus gigi kakak dia okeh! Sambil tuh dia panggil PU "Mi...Mi," dan hulur berus gigi Aina. PU ingatkan dia suruh simpan. Bila PU nak simpan dia menjerit..Pastu panggil panggil PU sambil nganga mulut dia. PU duduk mencangkung depan Auni dan tanya dia nak apa. Pastu terus dia nganga mulut dia. PU agak dia nak gosok gigi,so PU buat buat gosok gigi dia.
Sekali ambil ngko!! Rupa rupanya betullah dia nak gosok gigi. Aina dulu masa time umur macam Auni nih tak pernah minta gosok gigi,lagi dia mengelak adalah. Tapi Auni minta sendiri tahu. Berus gigi Aina tuh memang tak sesuai untuk Auni sebab gusi dia lembut lagi. Actually dah puas PU cari berus gigi yang lembut dan sesuai dengan keadaan gusi baby yang lembut. Puas cari area PD tapi takde. Kalau ada pun berus gigi sesuai untuk umur Aina.
Kawan kawan boleh bagi cadangan tak kat mana or shopping mall mana yang ada jual berus gigi untuk baby setahun plus plus nih..
Isnin, 18 Jun 2012
Sebelum nih PU difahamkan blog PU akan disiarkan pada hari Ahad 17 Jun 2012 di rancangan AKW Zamzarina jam 3.00 petang.
Tapi sebaliknya berlaku, rancangan AKW tak dapat disiarkan semalam kerana memberi laluan pada Kejohanan Badminton Super Series Terbuka Indonesia yang disiarkan secara langsung.
So, sebarang kesulitan yang berlaku adalah tidak disengajakan. PU pun tak pasti bila blog PU akan disiarkan. Sama ada Jumaat (TV2 jam 1.00 petang) ataupun Ahad nih jam 3.00 petang. Segalanya bergantung pada penerbit dan Zamzarina. InsyaALLAH ada rezeki tak kemana kan. Betul tak?
PU nak ucapkan terima kasih banyak banyak kepada kawan kawan yang beri PU sokongan dan ucap tahniah sebab blog PU terpilih untuk disiarkan dalam AKW.
Nota kaki* Sorry lah PU tak dapat balas jejak korang lagi sebab broadband tak berfungsi. Terlupa nak byr bil.hahaha..PU update entry pun guna tab. So,agak terhegeh hegeh mcm siput bila nak update entry dan balas jejak korang. InsyaALLAH, PU akan balas jejak korang bila broadband dah siap sedia berkhidmat utk negara.
Sambal Udang Tempoyak & Telur Dadar Mayonis lauk untuk makan tengahari nih (^_^)
Terima kasih ye mamaku sebab bagi tempoyak nih. Dah lama sangat tak makan lauk tempoyak, baru hari nih merasa makan.hehehe..Dulu, PU ada juga makan ayam masak lemak cili api tempoyak, mama PU masakkan.
Nak masak sambal udang tempoyak nih senang jer. PU ambil dari buku resipi 1 Hari 1 Resipi cuma PU ubah sikit aje resipi tuh tak ikut 100% pun.
Sambal Udang Tempoyak
Bahan bahan
Udang
1 1/2 sudu besar tempoyak
1sudu teh gula
Garam secukup rasa
5 biji cili padi }
3 biji lada merah} kisar 3 bahan penumis nih ya
5 ulas bawang merah}
Cara cara
Tumis bahan bahan yang dikisar. Kemudian masukkan tempoyak. Masak seketika. Kemudian masukkan udang,gula dan garam. Biar seketika sehingga udang masak. Dah masak siap untuk dihidang.
Telur dadar mayonis
Bahan bahan
2 biji telur
Garam
1 sudu besar mayonis
Cara cara
Pukul ketiga tiga bahan sebati. Panaskan sedikit minyak dan masak telur dadar. Dah masak
bleh hidang..
Sabtu, 16 Jun 2012
Makan makan @ Ice Room
Beri salam terus tempek gambar ngko!!!Bukan hape kan update guna tab, beginilah kaedahnya, hehehe....Hopefully korang sihat hari nih. Sekarang PU di Ice Room PD dengan adik PU yang kedua,ketiga dan yang bongsu. Aina dan Auni confirm lah PU bawak kan. Adik PU yang kedua belanja makan malam nih. Dia teringin nak makan aiskrim kat Ice Room.
Sorry lah if ada typin error sebab update entry guna tab.
PU makan Tropical Mixed Fruit Snow Ice,adik PU yang kedua makan Mango Pamelo Snow Ice,yang ketiga pulak order Kiwi Fruit Snow Ice.
Untuk my lil princesses PU order horlick ais dan french fries. Alhamdulillah rezeki PU anak beranak malam nih. Untung Aina dan Auni makngah diorang belanja. Ada rezeki lebih belanja lagi ye makngah Dian.hehehe
Bakal muncul di AKW Zamzarina TV1, esok Ahad 17 Jun 2012 jam 3.00 petang
Jumaat, 15 Jun 2012
Makan makan @ Cowboy Place
Aina makan nasi kukus dengan ayam bakar dengan selera sekali. Orang dah pandai makan sendiri lah katakan...Bila Auni curi curi ambil ayam dia, punyalah bising mulut anak dara nih..hehehe
Khamis, 14 Jun 2012
Kaki ada bisul!!!
Rabu, 13 Jun 2012
Suami biasa vs Suami luar biasa
Saat aku terima nikahnya
PU sangat mengagumi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah....Pengisian rohani yang diberikan sangat bagus untuk dipraktikkan dalam rumahtangga...
Isnin, 11 Jun 2012
Kabinet tv pun pakai bedak tau!!
Tuh dia bukan main lagi dia tabur bedak kat kabinet tv tuh..Ingatkan orang aje yang pakai bedak, kabinet tv pun nak pakai bedak jugak tau....











































