Khamis, 23 November 2017

Prof Hariz Internet Marketing by PolicyStreet

7:56:00 PG 0 Comments

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia


Ridhauddin Hariz  ialah salah satu Internet Marketing Malaysia yang dikenali sebagai Prof Hariz dikalangan rakan-rakannya. Beliau  berasal dari Permatang Pauh Pulau Pinang. Beliau meruapakan anak sulung daripada tiga adik beradik. Beliau adalah anak sulung yang sangat tabah kerana telah kehilangan ayah tercinta ketika umur beliau 3 bulan. 

Prof Hariz merupakan pemegang Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka dan semenjak itulah beliau menceburkan diri dalam bidang komputer dan Internet. Prof Hariz seterusnya melangkah ke alam pekerjaan di dalam bidang online marketing dan pemasaran secara atas talian. Bermula daripada tahun 2014, Prof Hariz menubuhkan syarikat sendiri iaitu PH ProjectBase Resources dan dari situ beliau berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian menggunakan media sosial, strategi pemasaran menggunakan email, Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO, rekabentuk laman web dan juga pemasaran melalui konsep funnel marketing. Sejak dari itu, beliau telah membantu ramai peniaga serta syarikat-syarikat dalam menambahbaik strategi pemasaran diatas talian.

Pengalaman beliau yang mendalam dalam SEO membuatkan Prof Hariz dilamar oleh syarikat Exabytes Group Sendirian Berhad pada dua tahun lalu dan dipertanggungjawab untuk  menjana idea-idea baru serta menerokai strategi-strategi pemasaran yang inovatif menggunakan teknologi internet yang terkini, seperti penghasilan laman web, blog, komuniti media sosial dan juga kaedah-kaedah komunikasi yang lain. 

Selepas berhempas pulas bersama Exabytes, tahun ini pada tahun 2017 beliau sekali lagi dimurahkan rezeki beliau untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikat As White Global Sdn Bhd sebagai Penasihat SEO. Prof Hariz kali ini memegang jawatan dan tanggngjawab yang besar hinggalah melibatkan diri dengan klien-klien dari Australia, US , UK , Singapore dan Germany. Sebagai Penasihat SEO yang terkemuka di Malaysia, beliau dipertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan SEO kepada klien-klien tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.

Prof Hariz, Online Marketing Specialist atau pakar dalam SEO dan pemasaran atas talian adalah gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan serta kenalan kerana pencapaian beliau telah mencapai ke tahap yang sangat membanggakan.  Kini beliau dikenali sebagai Prof Hariz ataupun Tuan Hariz.

Untuk yang tidak mengenali lagi siapa Prof Hariz, berikut adalah pencapaian beliau sepanjang beliau berada di dalam bidang Internet Marketing.


Pencapaian Prof Hariz
  • Menganjurkan program diet bersama Utusan Malaysia pada bulan Ogos 2014 dengan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” yang melibatkan seramai 500 peserta di seluruh Malaysia secara online
  • Mendapat pengiktirafan sebagai Top 3 Affiliate Malaysia oleh Infokerjaya pada bulan Disember 2014 kerana beliau telah berjaya menjana jualan sehingga RM100,000 dalam masa 5 bulan melalui penjualan ebook kerjaya, serta membantu calon-calon menduduki peperiksaan online dan temuduga SPA
  • Menganjurkan seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog di Karangkraf pada Disember 2014 di mana beliau berkongsi pengalaman beliau menjejaki dunia perniagaan secara affiliate di mana beliau dapat menjana puluhan ribu ringgit dalam tempoh masa yang singkat
  • Menganjukan pelbagai bengkel-bengkel dan seminar-seminar, antaranya:
          -  Bengkel / Seminar bertajuk: Buat Duit Dengan Blog di Politeknik Seberang Perai, pada                        Mac 2015
          -   Bengkel Affiliate Ninja pada April 2015
          -   Bengkel Email Marketing pada Jun 2015
          -   Private group coaching bersama Shaklee Malaysia pada Disember 2015, untuk membuat                       strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016

  • Bekerjasama dengan Irfan Khairi pada Februari 2016 dalam seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan blog
  • Menganjurkan Private Coaching Group 365 - Bagaimana Jana Pendapatan 4 Angka Dengan Blog pada Ogos 2016 bersama 40 orang suri rumah, hasil daripada itu program ini berjaya membantu 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 sebulan secara konsisten
  • Ditemuramah oleh Astro Awani pada Disember 2016 dengan memberikan pandangan beliau berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk negara Malaysia pada masa yang sama Jack Ma (pengasas dan tuan punya syarikat gergasi Alibaba Group of Companies) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.
Servis Yang Ditawarkan Oleh Prof Hariz Sebagai Internet Markting Malaysia

Prof Hariz  menawarkan servis SEO yang mana membantu para usahawan dalam dunia perniagaan terutama membuat servis SEO untuk perniagaan secara atas talian. Bukan itu sahaja, Prof Hariz menawarkan servis review di blog beliau www.profhariz.com kepada usahawan yang ingin memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai. Artikel review itu adalah artikel yang mempunyai unsur-unsur SEO yang mana dapat meningkatkan jualan anda kepada double dan triplle daripada biasa.
  • Marketing di Google
  • Personal coaching Zero Marketing to Hero
  • Funnel Marketing
  • Review
Bagi siapa yang baru sahaja memulakan perniagaan atau sudah lama berkecimpung di dalam dunia perniagaan tetapi tidak tahu untuk membuat marketing, anda oleh menghubungi Prof Hariz sebaga penasihat anda melalui info dibawah.

Info Mengenai Prof Hariz
Whatsapp : 6012-5336713

Prof Hariz Internet Marketing Malaysia by PolicyStreet

Kini beliau berkerja di salah sebuah syarikat Insurans , PolicyStreet . Prof Hariz dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjadi Pengurus Internet Marketing disyarikat itu. 


PolicyStreet

PolicyStreet adalah insurans yang mudah, senang dan mampu bayar. PolicyStreet lebih menumpukan kepada mereka yang memerlukan insurans seperti syarikat , universiti, usahawan , kelab kesihatan, dan macam-macam lagi kumpulan.

PolicyStreet merupakan syarikat insurans yang menawarkan pelbagai jenis insurans mengikut keperluan seperti berikut :
  • Insurans Perubatan
  • Diabetes
  • Kanser
  • Kehidupan yang mampu
  • Tulang belakang
  • Bantuan jalan raya jangka pendek
  • Peralatan musik
  • Perbehentian kerja
Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :
  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans, boleh hubungi PolicyStreet , syarikat insurans yang mengambil berat tentang keperluan anda. Bersama-samalah mencipta masa depan bersama PolicyStreet.


Info Mengenai PolicyStreet

Rabu, 22 November 2017

Bersihkan Buah Buahan Dan Sayuran Dengan Mama-Cares® Natural Cleaner

10:00:00 PG 4 Comments
Bersihkan Buah Buahan dan Sayuran Dengan Mama-Cares® Natural Cleaner | Setiap rumah pasti ada buah buahan dan sayuran untuk di makan dan di masak. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan kualiti kebersihan buah dan sayur yang dibeli sebelum memakannya. Untuk pastikan buah buahan dan sayuran yang dibeli dalam keadaan bersih dan bebas dari sisa racun perosak, Mimi telah menggunakan Mama-Cares® Natural Cleaner. 

BERSIHKAN BUAH BUAHAN DAN SAYURAN DENGAN MAMA-CARES® NATURAL CLEANER


Mama-Cares® Natural Cleaner


Pentingnya kita bersihkan buah buahan dan sayuran dengan Mama-Cares® Natural Cleaner tau korang untuk pastikan kebersihan dan kualiti terjamin. Mama-Cares® Natural Cleaner merupakan pembersih inovatif untuk buah buahan dan sayur sayuran yang diperbuat daripada 100% bahan semula jadi domestik tanpa sebarang rawatan kimia. 

KEGUNAAN MAMA-CARES® NATURAL CLEANER


Apabila kita ingin membeli atau sebelum menggunakan sesuatu produk mesti kita ingin tahu kegunaannya, bukan? Untuk pengetahuan korang, kegunaan Mama-Cares® Natural Cleaner ada tiga fungsi tau iaitu :

a) membuang sisa racun perosak - berfungsi menghilangkan sisa racun perosak,  memperbaiki agen dan bahan pengawet yang tersisa di peemukaan buah buahan dan sayuran melalui Ca+- Brownian Motion.

b) 99.9% pensterilan - membunuh 99.9% bakteria berbahaya yang mengancam kesihatan kita melalui OH di mana ia berhubung dengan pantas dalam masa yang singkat. 

c) meningkatkan jangka hayat - anti fungsi bakteria yang menyaluti fungsi Ca+- menjadikan kehidupan meningkat dan ia mengekalkan rasa yang lebih baik dan segar. 

Mama-Cares® Natural Cleaner

Cara untuk menggunakan Mama-Cares® Natural Cleaner pun mudah saja.  Hanya masukkan serbuk Mama-Cares® Natural Cleaner ke dalam bekas yang mengandungi 2-3 liter air dan gaul sebati serbuk tadi dan air supaya sebati. 

Kemudian masukkan buah buahan atau sayuran ke dalam bekas berisi campuran tadi dan rendam selama 3-10 minit. Pastikan buah buahan atau sayuran tadi tenggelam ke dalam air. Korang boleh nampak sisa racun perosak yang diekstrak dan bahan bahan berbahaya yang tersisa di permukaan air. 


Dari gambar di atas kita boleh lihat beberapa jenis buah buahan dan sayuran tersebit mempunyai racun perosak yang banyak. Sangat penting kita tahu mengenai buah buahan dan sayur sayuran yang mengandungi banyak racun perosak agar kita lebih berjaga jaga menjaga kualiti buah buahan dan sayuran tersebut. 

Mama-Cares® Natural Cleaner

Disebabkan epal merupakan salah satu buah yang mengandungi racun perosak yang banyak,  Mimi sendiri guna Mama-Cares® Natural Cleaner untuk bersihkan buah epal yang Mimi beli baru baru ini sebab Auni nak makan buah epal.  Sebelum bagi Auni makan epal, Mimi bersihkan buah epal dengan Mama-Cares® Natural Cleaner dulu. Rendam buah epal dalam air yang dicampurkan dengan serbuk Mama-Cares® Natural Cleaner. Jangan ditanya kenapa buah epal ni tak tenggelam dalam air. Bila rendam buah epal ni timbul separuh. Tak apalah janji bersihkan dulu kan. Macam Mimi pusing pusingkan epal tu supaya semua permukaan epal dibersihkan. 

Mimi rendam lebih kurang 5 minit dan kalau korang perasan pada permukaan air rendaman epal tadi ada sisa sisa bahan perosak dan berbahaya. Nampak air tu macam berminyak tau. Lepas tu,  Mimi basuh epal bersih bersih baru bagi Auni makan. 

Mama-Cares® Natural Cleaner

Selain daripada basuh epal,  Mimi juga guna Mama-Cares® Natural Cleaner ni untuk cuci daging ayam. Sebelum rendam ke dalam air yang di campur dengan Mama-Cares® Natural Cleaner,  Mimi cuci daging ayam dengan air paip dahulu. Kemudian rendam daging ayam ke dalam campuran air tadi selama 10 minit.  Hasilnya, permukaan air ada bahan bahan berbahaya yang terkumpul. Jadi berminyak tau air tu. 

Tuang Mama-Cares® Natural Cleaner ke bekas dan gaul sebati dengan air

Ayam direndam dan dibiarkan selama 10 minit

Permukaan air berubah jadi berminyak kerana sisa bahan berbahaya yang masih tersisa beekumpul

Daging ayam yang sudah bersih dan dibasuh

Memang puas hati bila gunakan Mama-Cares® Natural Cleaner ni tau. Kalau sebelum ni cuci daging ayam dengan air biasa bau hanyir tetap ada dan melekat bau tu kat tangan tau. Tak suka tau. 

Tapi selepas cuci dengan Mama-Cares® Natural Cleaner, ayam dah tak bau hanyir tau. Pegang pun bau hanyir dah tak melekat pada tangan tau. Memang hasilnya memuaskan. Daging ayam pun nampak segar dan bersih sangat.  

Mama-Cares® Natural Cleaner bukan saja boleh membersihkan buah buahan dan sayuran tau malahan ia juga boleh digunakan untuk membasuh beras perang, beras campuran dan pelbagai jenis beras, mencuci semua jenis makanan berdaging dan makanan laut, mencuci produk bayi seperti botol, puting, mainan serta mencuci perkakas dapur seperti peti sejuk dan sinki. 

Buat pembaca blog Mimi,  kalau korang nak dapatkan produk Mama-Cares® Natural Cleaner atau produk produk lain, korang boleh buat pembelian terus secara online di website Iyashino Online Shopping Mall www.iyashino.com/mama-cares dan korang layak dapat diskaun bila masukkan kod promo "MIMI" semasa ingin buat pembayaran.


Untuk maklumat lanjut mengenai Mama-Cares® Natural Cleaner boleh layari :

Fb : www.facebook.com/mamacareasia
Email : info@iyashino.com

Selasa, 21 November 2017

Kempen Menggalakkan Kanak Kanak Untuk 'Memiliki Impian Besar' Dan Menggapai Bintang

2:00:00 PTG 3 Comments
Appeton,  salah  satu  jenama  farmaseutikal terunggul di  Malaysia,  melancarkan  rangkaian  ‘A-Z  Vitamin  C' dengan  pembungkusan baru  hari  ini,  bersama Timbalan  Menteri  Sains,  Teknologi  dan  Inovasi,  YB Datuk  Wira Dr.  Abu  Bakar  Mohamad  Diah  dan duta jenamanya,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar,  di Pusat Membeli-belah  One  Utama. 

Duta Jenama - Datuk Dr Sheikh Muszaphar 

Selama lebih  30 tahun Appeton mengutamakan kanak-kanak dalam segala usahanya. Ia  memahami bahawa  kanak-kanak  adalah  masa  depan  kita dan kesihatan  mereka harus  sentiasa  dilindungi  agar mereka  dapat  mencapai  potensi  sebenarnya.  Ia juga percaya  bahawa  kanak-kanak  harus digalakkan, diberi  inspirasi  dan  dipupuk  dari  usia muda  untuk sentiasa  berfikir  secara  kreatif. 

Timbalan  Menteri  Sains,  Teknologi  dan  Inovasi,  YB Datuk  Wira Dr.  Abu  Bakar  Mohamad  Diah  berkongsi mengenai penglibatan MOSTI di dalam kempen

Apabila  jenama  ini  memutuskan  bahawa  sudah tiba masanya  untuk  rangkaian  'A-Z Vitamin  C’  menjalani pembaharuan,  mereka  telah  melaksanakan perkara lazim  yang kebanyakan  jenama  lakukan  - menjalankan  penyelidikan  mendalam. Tidak menghairankan,  penyelidikannya  mendapati bahawa kebanyakan  ibu  bapa  -  iaitu demografi  teras mereka  -  masih  inginkan  anak-anak  mereka  untuk menjadi doktor atau  peguam  walaupun  terdapat pelbagai pilihan  yang  ditawarkan  oleh  institut pengajian tinggi  tempatan  atau  di  seluruh  dunia. Pada pendapat  mereka,  kedua-dua kerjaya  ini merupakan kemuncak  kebanggaan,  profesionalisme  dan  prestij. 

Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma,  Cheah Ming Loong 

Berdasarkan  hasilnya,  jenama  ini  memutuskan untuk  memasukkan  karikatur  kedua dua  kerjaya mulia  ini,  bersama  dengan  seorang  angkasawan untuk  menunjukkan kepada  kanak-kanak  bahawa mereka  boleh,  dan  harus  sentiasa  menyimpan impian yang  lebih  besar.  'Menjadi  doktor  atau peguam  adalah  pencapaian  yang  hebat  -  tetapi mengapa  berhenti  di  sini?  Kanak-kanak  boleh bercita-cita  menjadi  seorang  doktor atau  peguam yang  juga  merupakan  seorang  angkasawan. Mereka hanya  perlu digalakkan  untuk  tidak menghadkan diri  mereka  mengikut  status  quo,’ kata  Cheah Ming Loong,  Ketua  Pegawai  Operasi Kotra  Pharma.

Ini  adalah  'idea  besar'  yang  mendorong  Appeton untuk  bekerjasama  dengan angkasawan  pertama Malaysia,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar.  Sebagai yang  pertama, dan  pada  masa  ini,  satu-satunya angkasawan  Malaysia  yang  berjaya  terbang  di angkasa  lepas,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar adalah jurucakap  yang  terbaik  untuk Kempen  Dream  Big A-Z  Vitamin  C  Appeton  -  beliau  telah  bekerja keras untuk menjadi  seorang  doktor,  tanpa melepaskan impiannya  untuk  menjadi  seorang angkasawan. 

Datuk Dr Sheikh Muzaphar,  YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika perasmian packaging baru Appeton


Sebagai  seorang  pakar  bedah  ortopedik,  Datuk Dr. Sheikh  Muszaphar  memahami kepentingan kesihatan dan  mengekalkan  perlindungan  bagi mencapai matlamat  yang telah  ditetapkan  oleh  diri sendiri. Sebagai  seorang  kanak-kanak,  beliau sentiasa terpesona  dengan  perjalanan  di  angkasa lepas. Beliau  bernasib  baik  kerana  ibu bapanya sentiasa menyokong  impiannya  dari  awal  lagi; mereka memupuk  dan menyokongnya  sepanjang perjalanan, dan  memastikan  bahawa  beliau  sihat, dan tetap dilindungi  sepanjang  zaman  kanak-kanaknya.

'Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar  adalah  seorang peneraju  yang  telah  memberi  inspirasi kepada ramai  orang  melalui  semangat,  keazaman  dan inovasi  berterusannya,  tanpa mengorbankan pendirian  asas  beliau.  Kami  mahu  meneroka sejarah  latar belakangnya,  dan  juga pencapaiannya, untuk  menggerakkan  mesej  kami  ke pelanggan teras  kami,  dan  inilah  pencetus  kolaborasi  kami,” tambah  Cheah. 

Datuk Dr Sheikh Muzaphar,  YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika sesi bergambar


Sebagai  sebahagian  daripada  Kempen  Impian Besar  Appeton,  Datuk  Dr.  Sheikh Muszaphar  dan dua  orang  anak  perempuannya,  dipaparkan  dalam iklan  televisyen dan  papan  iklan  'Dream  Big' Appeton  di  sepanjang  beberapa  lebuhraya  terpilih di seluruh  Malaysia.  Satu  pepotong  beliau  dalam sut angkasa  lepas  juga  akan menyambut pengguna  di farmasi-farmasi  utama  di  seluruh negara. 

Aktiviti bersama orang ramai ketika majlis

Acara  pelancaran  menyaksikan  ibu  bapa  dan anak-anak  menyertai  pelbagai permainan  pentas, beberapa  kuiz,  seni  pasir,  seni  dan  kraf,  serta teka-teki  abjad. Mereka  juga  berjaya  mengambil gambar dengan  angkasawan  berani  yang  menjadi ahli perniagaan,  bersama  anak-anak perempuannya yang cantik,  Sophea  Isabella  (6 tahun)  dan Sophea Natasha  (4  tahun). 

Datuk Dr Sheikh Muszaphar ketika sesi autograf

Bercakap  kepada  pemberita  pada  majlis  itu,  Datuk Dr.  Sheikh  Muszaphar  berkata, 'Saya  telah mengenali  jenama  Appeton  sejak  dari  dulu  lagi. Mereka  terkenal  kerana memperjuangkan kesihatan kanak-kanak;  dan  sebagai  seorang  doktor, kesihatan adalah  teras  kerjaya  saya,  dan  oleh  itu, ia  dekat dengan  hati  saya. 

Sebagai  kanak-kanak,  kita  selalu  beranggapan bahawa  tiada  yang  dapat mengalahkan  kita  -  iaitu tiada  apa  yang  boleh  berlaku  kepada  kita.  Tetapi adakalanya kita  jatuh  sakit  dan  menghidap selesema,  serta  penyakit  biasa  yang  lain.  Apa yang saya  sedar,  pada  usia  yang  sangat  muda, ialah apabila  kita  menjaga  diri  kita  sendiri, sama ada melalui senaman, makanan, atau cara lain, kita membenarkan  diri kita  untuk lebih  bersuka-ria.Tahap  tenaga  kita  telah  meningkat,  dan  kita boleh terus  berusaha untuk  melakukan  perkara perkara  yang  kita  nikmati. 

Sebagai  seorang  bapa  kepada  dua  anak perempuan, dan  sekarang,  anak  lelaki kembar, saya  berusaha sebaik  mungkin  untuk  memastikan anak-anak  saya kekal sihat  dan  dilindungi,  supaya mereka  dapat keluar  dan  mengenali  segala perkara  yang ditawarkan  oleh  dunia.  Maka, apabila Appeton berbincang  dengan  saya  mengenai kempen  ini,  saya telah  melihat  sinerginya  secara serta-merta  dan terus  berkata  ya. Hakikatnya, semua  ibu  bapa mahukan  yang  terbaik  untuk anak-anak  mereka  - saya berharap  bahawa penglibatan  saya  dalam Kempen  Dream  Big Appeton  akan memberi inspirasi  kepada  kanak-kanak  untuk  ‘Memiliki Impian  Besar',  dan mengingatkan  ibu  bapa  untuk memastikan mereka sentiasa  sihat  dan  dilindungi, agar mereka  dapat mencapai  bintang-bintang.' 

Dalam  persekitaran  perniagaan  penjagaan kesihatan hari  ini,  dengan  peningkatan berterusan dari  segi persaingan  dan  perubahan  yang  semakin pesat, Appeton  tetap teguh  dalam  usaha memenuhi permintaan  untuk  produk  penjagaan kesihatan  yang berkualiti  dengan  kos  yang kompetitif. Mengaplikasikan  kombinasi  unik kepakaran serta penyelesaian  industri  dengan konsep  yang  betul, Appeton  terus  berusaha  untuk memberikan  kualiti yang  terbaik  kepada  semua. 

Rangkaian  'A-Z  Vitamin  C'  Appeton  boleh  didapati di  farmasi-farmasi  utama  dan  kedai perubatan Cina di  seluruh  negara.  Untuk  maklumat  lanjut mengenai Appeton,  sila layari  www.appeton.com.

Lovera Magic Jelly Bebas Merkuri Merawat Jerawat Dan Parut

8:24:00 PG 2 Comments

Lovera Magic Jelly Bebas Merkuri Merawat Jerawat Dan Parut|Bila muka berjerawat dan meninggalkan parut jerawat memang down sungguh. Mulalah rasa tak yakin nak berdepan dengan orang ramai. Sebab itulah, sekarang ini Mimi menggunakan Lovera Magic Jelly Bebas Merkuri merawat jerawat dan parut.


Korang pernah dengar tak mengenai Lovera Magic Jelly? Untuk pengetahuan korang, Lovera Magic Jelly ialah gel pelbagai guna yang diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera dan ekstrak timun di mana ia boleh digunakan pada muka, badan dan rambut. Formula Lovera Magic Jelly ini juga telah dipertingkatkan dengan Chamomile dan Jicama di mana ia mempunyai 25 kebaikan hanya dalam satu botol yang sangat sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, bayi dan dewasa. 

LOVERA MAGIC JELLY BEBAS MERKURI MERAWAT JERAWAT DAN PARUT 


Lovera Magic Jelly Advanced Intensive Treatment


Macam Mimi beritahu tadi,  Mimi gunakan Lovera Magic Jelly bebas merkuri merawat jerawat dan parut sebab nak kurangkan jerawat dan menghilangkan parut jerawat yang ada pada muka. Sebelum ini Mimi salah guna produk,  jadi muka teruk habis keluar semua jerawat. Bila baca kelebihan dan kebaikan Lovera Magic Jelly, mestilah Mimi tak nak lepaskan peluang untuk mencuba. 

Mimi telah guna Lovera Magic Jelly selama hampir dua minggu.  Alhamdulillah, kesan penggunaan secara konsisten selama dua minggu memberikan hasil yang sangat memuaskan. Jerawat dah segan silu nak tumbuh dan parut pun semakin pudar. Setiap hari selepas cuci muka dan sebelum tidur Mimi akan apply Lovera Magic Jelly pada muka. Bukan itu sahaja tau,  Mimi juga jadikan Lovera Magic Jelly sebagai make-up primer sebelum apply compact powder pada muka. Kesannya, mekap tahan lama, sekata dan tidak bercapuk. Muka berpeluh pun tak risau sebab mekap still ada, tak hilang pun.  Lagi nampak glowing tau. Yang paling Mimi suka liang pori juga semakin mengecil. 

Sapu Lovera Magic Jelly pada muka setiap kali lepas cuci muka

Tak perlu was was menggunakan Lovera Magic Jelly ini kerana ia sangat selamat digunakan kerana tidak mengandungi paraben, bebas merkuri, tiada kandungan berbahaya dan tiada warna tiruan. Produk ini juga dikeluarkan oleh kilang bertaraf GMP dan telah mendapat kelulusan KKM serta memiliki sijil halal daripada JAKIM. Jadi, kenapa perlu was was, betul tak? 

KEBAIKAN SERTA KELEBIHAN MENGGUNAKAN MAGIC JELLY LOVERA


Seperti yang dikatakan sebelum ini, Lovera Magic Jelly ini merupakan gel pelbagai guna di mana ia boleh menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi. Banyak kebaikan serta kelebihan menggunakan Magic Jelly Lovera tau. Kebaikan dan kelebihannya ialah :

Untuk kulit :

- merawat masalah jerawat dengan efektif
- menghilangkan kulit kusam
- memudarkan parut lama dan baru
- memudarkan lingkaran gelap pada mata
- melegakan ekzema
- menghidrat kulit kering
- merawat sunburn
- mengecilkan liang pori
- anti penuaan
- membantu merawat ruam,  alergik dan sensitif
- membaiki dan memulihkan kulit dari dalam
- menjadikan kulit menjadi lebih lembut

Untuk rambut : 

- membantu mengurangkan kelemumur
- melembutkan rambut yang tidak terurus
- boleh dijadikan sebagai serum rambut
- menggalakkan pertumbuhan rambut

Selain daripada itu Magic Jelly Lovera juga mempunyai kebaikan yang lain iaitu membantu merawat luka dan luka terbakar serta merawat masalah bibir merekah dan kering. Magic Jelly Lovera juga boleh digunakan sebagai pelembab kulit, menanggalkan mekap, serum muka, serum rambut, serum bulu mata,  pelembab bibir dan juga make-up primer. 

Tekstur Lovera Magic Jelly yang tidak melekit 

Apa yang paling Mimi suka ialah tekstur Magic Jelly ini sangat lembut,  tidak melekit dan terasa sejuk pada kulit. Bila disapu pada kulit, ia mudah meresap dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit. 

Tidak rugi jika korang memiliki sebotol Lovera Magic Jelly ini kerana ia mampu merawat pelbagai masalah dari hujung rambut hingga hujung kaki. Ia seharusnya menjadi salah satu benda wajib dan perlu ada sebotol dalam setiap beg korang tau. Ia juga perlu ada dalam simpanan setiap keluarga untuk kegunaan seisi keluarga. Korang tahu tak, aloe vera telah digunakan beribu tahun dahulu sejak zaman Cleopatra. Hebat tak hebat aloe vera ni kan. Mimi dari dulu memang tahu aloe vera ni sangat bagus untuk kecantikan dan kesihatan. 

Dulu, dekat kampung Mimi ada tanam aloe vera. Setiap kali balik kampung,  mesti Mimi ambil sikit untuk dapatkan isi aloe vera tu. Ramas ramaskan isinya buat sapu pada rambut dan kulitnya buat sapu di muka. Sekarang ni dah tak buat lagi sebab aloe vera dah tak ada dan susah nak dapat. Tapi sekarang ni Mimi tak kisah pun kalau susah nak dapatkan aloe vera sebab Lovera Magic Jelly kan ada. Pam sekali pada tapak tangan terus saja apply pada kawasan yang bermasalah. Semudah 123.

TESTIMONI TESTIMONI PENGGUNA LOVERA MAGIC JELLY


Korang dah tahu kan kesan yang Mimi dapat hasil penggunaan Magic Jelly serta kebaikan dan kelebihannya. Mimi nak share dengan korang testimoni testimoni pengguna yang menggunakan Lovera Magic Jelly ini. 

Magic Jelly Penghapus Jerawat

Parut Jerawat Dah Nampak Kurang

Luka Dah Kering Nanah Pun Dah Takda


Banyak lagi tau testimoni testimoni daripada pengguna setia Lovera Magic Jelly ni. Teruja dan rasa seronok sangat baca testimoni mereka. 

Lovera Magic Jelly Protect, Repair, Enhance


Lepas ni tidak perlu membazir duit beli produk mahal lagi untuk nampak cantik. Beli saja Lovera Magic Jelly pun lebih dari cukup. Mimi highly recommended Magic Jelly ni tau korang. Memang best sangat. 

Korang yang nak dapatkan Lovera Magic Jelly ni boleh klik link ini http://www.lovera.com.my/product/magic-jelly. Di sini juga korang boleh baca kelebihan dan review daripada para pengguna mengenai Lovera Magic Jelly. 

Harga untuk sebotol bagi Lovera Magic Jelly ialah RM70.00 dengan kandungan sebanyak 60ml. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Lovera Magic Jelly ini, boleh layari :

Isnin, 20 November 2017

Kenapa Kita Perlukan Kolagen

7:00:00 PG 3 Comments
Kenapa Kita Perlukan Kolagen | Sejak akhir akhir ini, banyak lambakan produk kesihatan yang mengandungi kolagen ada di pasaran. Ramai juga yang berlumba lumba untuk mendapatkan kolagen yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan. Namun, sedarkah kita bahawa kolagen yang diambil memberi kebaikan atau keburukan? Adakah penggunaan kolagen, perlu atau tidak?

KENAPA KITA PERLUKAN KOLAGEN



Kolagen ialah sejenis protein yang ada pada kulit kita. Ia merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen ini menyokong sebahagian besar sel sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut,kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

APAKAH FUNGSI KOLAGEN?


Antara fungsi kolagen ialah :

• Menghasilkan asid amino penting seperti lysin, prolin dan glysin yang secara khususnya diperlukan oleh badan untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
• Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
• Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
• Menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
•Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
• Menampung air dalam tubuh 
• Meningkatkan penyerapan kalsium
• Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang 
baik.



APAKAH KEBAIKAN KOLAGEN


Kebaikan yang kita perolehi jika mengamalkan kolagen ialah : 

• Menghasilkan ketegangan dan keanjalan kulit
• Memelihara kelembapan kulit
• Menyokong baik puluh tisu daripada kecederaan otot dan tulang
• Menguatkan otot dan tulang
• Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
• Memelihara kelenturan sendi
• Mengurangkan keradangan
• Memberi tenaga dan membantu pola tidur
• Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf


KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN KOLAGEN


Tidak dapat dinafikan, walaupun kolagen banyak kebaikan dan khasiat, namun pengambilan kolagen juga ada kesan sampingannya. Ini bergantung kepada keadaan individu tersebut. Kesannya juga berbeza mengikut sistem tubuh seseorang. Antara tanda yang mungkin di alami pada peringkat permulaan pengambilan ialah :

1) Sakit/pening kepala
2) Ruam kulit
3) Sembelit
4) Demam atau tidak sedap badan
5) Cirit birit
6) Bisul atau kudis
7) Letih atau kepenatan
8) Perut berangjn
9) Jerawat keluar lebih banyak dari biasa
10) Selsema atau batuk (berkahak)

Bagi membantu mengatasi kesan kesan yang dialami iaitu pemulihan amat penting untuk kita mengambil langkah berikut :

1) Mendapatkan rehat yang secukupnya kerana badan dalam keadaan tertekan ketika pembersihan toksik. Rehat yang cukup sangat penting membantu badan mengeluarkan toksik.


2) Minum air suam dengan banyak kerana air merupakan bendalir yang membawa toksik toksik keluar dari badan melalui perpeluhan, urin atau najis.


3) Elakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan protein dan lemak yang tinggi kerana ketika proses pembersihan toksik ia memerlukan paras tenaga yang optimum. Protein dan lemak memerlukan tenaga yang tinggi untuk menghadamkannya dan ini secara tidak langsung mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksik.

4) Berus kulit badan dengan berus yang lembut untuk merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.

5) Mandi dengan air suam kerana ia menggalakkan pembukaan pori pori kulit bagi mengeluarkan toksik yang perlu dibebaskan.

Apabila meningkat umur seseorang, semakin berkurangan kandungan kolagen di dalam tubuh. Jadi, amat penting bagi kita mengambil kolagen. Namun, kita harus berhati hati dan lebih peka ketika mengambil kolagen supaya tidak mudah tertipu dengan lambakan produk kolagen yang ada di pasaran. Pastikan kolagen yang diambil itu selamat dan diiktiraf pakar memandangkan banyak lambakan produk fake di pasaran. Diharapkan perkongsian ini sangat membantu untuk anda yang ingin mengambil kolagen.

Ahad, 19 November 2017

School Of Collector Is Back Bigger At The School By Jaya One

6:34:00 PTG 3 Comments
School of Collector is back for the second time on 18th and 19th of November 2017. Organised by Dumpster, the event will be an eye-opening experience for vintage lovers to see, touch and feel beautiful artworks and collectible items.



Over 70 vendors giving you a selection of antiques, vintage, toys, hot wheels, comics, records, music memorabilia, film and many more, guests can also expect to see Vespas and a school bus, which are beautifully decorated with spray paints and designs. Some of the vendors will also bring exclusive items just for this event. It is a great opportunity to expose the younger generation to local and pop culture.



More on Collectors Market




Collectors Market is one of the initiatives kicked off by Dumpster - an effort to help collectors from all across the country by providing an avenue for them to sell off their antiques, vintage toys, musical memorabilia and vinyl, used second-hand items and many more. While some may think that "old items" are worth junk, some may find it an invaluable treasure they have been looking for, all their lives. This is exactly the value that Dumpster is built upon, to uphold the culture of buying and selling vintage items whilst taking that experience to a whole new level. 


By getting the famous “pasar karat” vendors from all over Malaysia such as from Kg. Berjaya Alor Setar, Rope Walk Penang, Riverside Seremban, Muar & Amcorp Mall KL, attendees can experience the Collectors Market all at one go at The School by Jaya One on the 18th & 19th of November 2017.

For more info, visit Collectors Market : https://www.facebook.com/mycollectorsmarket/ 

School of Collector event page: https://www.facebook.com/events/1634465056614645/

Sabtu, 18 November 2017

Resipi Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Kicap

5:24:00 PTG 3 Comments
Resipi Kentang Dan Ikan Bilis Masak Kicap |  Jarang jarang tau Mimi share resipi atau up entry pasal makanan dalam blog. Kali ni mood rajin nak share resipi yang ringkas dan mudah disediakan. Sebelah mata tertutup pun boleh masak tau. Kali ni Mimi nak share resipi kentang dan ikan bilis goreng kicap

RESIPI KENTANG DAN IKAN BILIS GORENG KICAP


Kentang dan Ikan Bilis Goreng Kicap


Resipi ni pun tak guna bahan yang banyak pun. Kalau malas nak masak yang remeh remeh masak saja kentang dan ikan bilis goreng kicap ni. Yang baru nak belajar masak pun boleh try resipi ni.  Mudah saja disediakan. 

Bahan bahan

3 biji kentang dipotong panjang
1/2 biji bawang besar merah dihiris
Segenggam ikan bilis
5 sudu besar kicap
Garam secukup rasa

Cara menyediakan :

1. Kupas kulit kentang dan potong panjang. Cara nak potong ikut korang lah nak macam mana. Nak nipis bulat ke nipis panjang ke, terpulang. Basuh bersih bersih. Lumur dengan garam kemudian goreng garing. Dah masak ketepikan. 

2. Kopek ikan bilis dan basuh dengan air. Toskan. Goreng sehingga garing. Ketepikan. 

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dihiris tadi. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. Masukkan secubit garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan kicap. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. 

Kentang dan Ikan Bilis Goreng Kicap

Sekali sekala masak ringkas macam ni memang sedap. Makan dengan nasi panas lagi sedap. Anak anak Mimi bertambah tambah makan lauk ni. Selalu kalau rumah ada kentang Mimi guna untuk masuk dalam kuah. Tak pun kentang tu potong nipis, goreng garing pastu pecahkan telur. Letak sikit cili api potong. Perghh,  memang sedap.

Jumaat, 17 November 2017

Dah Nama Pun Anak Lelaki

4:33:00 PTG 4 Comments
Dah Nama Pun Anak Lelaki | Hari ni kerja half day sebabnya nak bawa Adhwa pergi klinik.  Demam, batuk dan selsema. Malam tadi badan dia panas sangat. So, decide bawa dia pergi Klinik Kesihatan Sendayan. 

Walaupun klinik mula beroperasi pukul 2.45 petang. Pukul 2.40 petang dah sampai.  Sebab tak nak tunggu lama. Takut orang ramai. Masa mula mula nak register tu sedikit masalah timbul. Nama Adhwa tak ada dalam sistem HRMIS. Ah sudah. Padahal dalam sistem HRMIS PDRM semua Mimi dah update. Nasib baik bawa GL. 

Walaupun demam, batuk dan selsema, seketul Adhwa ni memang tak reti duduk diam. Jalan sana sini keliling dalam klinik. Lari sana sini. Siap tinjau bilik rawatan. Alahai anak! Terhantuk kerusi,  jatuh kat lantai dha biasa. Ada yang dia nangis ek ek macam tu ada yang tak. Sampailah masa tiba tiba Mimi dengar suara Adhwa menangis. Tengok dia jatuh. Pujuk dia. Masa pujuk dia Mimi terperasan mulut dia berdarah. 

Ah sudah.  Cepat cepat ambil napkin dia yang Mimi bawa dan tekap di kawasan yang berdarah. Kebetulan, nama Adhwa dipanggil untuk ambil ubat. Sambil dukung dia dan tekap napkin tu sambil dengar arahan pengambilan ubat tu. Nasib baik time tu Adhwa dah stop menangis. 


Sebahagian kesan darah Adhwa pada napkin. Dah nama pun anak lelaki kan macam macam lah kena hadap. Mimi dah redha dah. Faham sangat budak seusia Adhwa nak nak lelaki suka explore macam macam sampai mendatangkan kecederaan yang tidak terjangka. 


Nasib baik luka tak dalam sangat.  Tiga empat kali tekap dengan napkin darah dah stop. Anak saudara Mimi jatuh,  bibir dia luka sampai tekoyak tau. Kena tiga jahitan tak silap. Masa jatuh gigi tergigit bibir. Masa tengok tu ngeri tau. Budak budak tengah lasak memang macam tu lah kan. Kawal macam mana pun tetap juga kenanya. Tunjuk gambar Adhwa dekat Abi dia. Abi dia cakap saja cari penyakit..hehehe..

Beza betul jaga anak perempuan dan anak lelaki kan. Anak perempuan lasak macam ni anak lelaki lasak macam tu. Macam macam fiil tau. Ummi sabar sajalah. 

Rabu, 15 November 2017

Review Vivo V7+

9:24:00 PG 7 Comments
Review Vivo V7+ |  Kalau ikutkan dalam list,  Mimi nak beli handphone lain untuk kegunaan blog. Memang dah plan kumpul duit tau.  Tapi tak sangka, Mimi memenangi Vivo V7+ dari Vivo V7+ Blogger Contest.

Baca sini : Pelancaran Vivo V7+ di Senheng / senQ

Vivo V7+

REVIEW VIVO V7+


Hari ni genap lima hari dah Mimi guna Vivo V7+. Jadi Mimi akan review Vivo V7+ sepanjang lima hari menggunakan. So far, guna Vivo V7+ ni sangat puas hati tau.  Kualiti gambar sangat cantik.  Function yang lain pun best sangat.  Sehari dua guna tak belek sangat handphone ni.  Masuk hari ketiga mula belek sana sini setting handphone.  Agak terkial kial juga nak guna Vivo V7+ ni sebab sebelum ni biasa guna Samsung dan Xiaomi saja.  Bila guna Vivo V7+ memang agak janggal.  

Nak belek belek function dan setting Vivo V7+ ni kena duduk diam diam otak tengah fresh baru boleh buat. Makin lama makin seronok pula tengok function yang ada pada Vivo V7+. Banyak juga Mimi dah explore dalam Vivo V7+ ni. Mimi nak share dengan korang apa yang best Vivo V7+. Jom baca dengan lebih lanjut review Vivo V7+ ni. 

ANTARA YANG MENARIK MENGENAI VIVO V7+


Antara yang menarik mengenai Vivo V7+ ialah :

1) Kamera - Sudah semestinya dilengkapkan dengan kamera depan berkapasiti 24mp dan kamera belakang 16mp akan menghasilkan gambar yang cantik. Mimi dah try kamera depan dan belakang.  Memang cantik.  Kalau snap gambar dalam gelap automatik cahaya dari flash digunakan. Apa yang best gambar sangat cantik dan clear tau. Ada sesetengah handphone kalau snap dalam gelap memang tak cantik dan tidak berapa clear. Boleh tengok gambar di bawah yang Mimi snap dalam keadaan yang gelap. Memang lampu tak buka langsung.  Memang clear. 

Menggunakan kamera depan

Menggunakan kamera belakang dan di ambil dalam keadaan gelap

2) Keselamatan Telefon - Kalau anak anak suka main handphone, korang tak perlu risau dah selepas ini sebab adanya fungsi fingerprint dan password apabila handphone berada tidak aktif.  Bila aktif semula kena letak jari yang korang scan untuk fingerprint.  Kalau fingerprint yang dikesan salah kena masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum aktifkan semula handphone korang. 

Vivo V7+ bahagian belakang

3) Setting - Bab setting ni memang Mimi explore lama sikit sebab nak faham kan satu satu fungsi. Salah satu setting yang ada ialah wallpapers dan fonts. Macam macam ada tau,  rambang mata tengok.  Font handphone pun Mimi dah tukar ikut apa yang berkenan. Rambang mata jadinya. Semua font berkenan. Wallpaper pun best best. Font dah tukar, theme pun dah tukar.

Dah tukar font dan keyboard

Theme handphone baru

4) Reka bentuk - Reka bentuk Vivo V7+ yang nipis dan ringan mudah dibawa kemana saja walaupun skrinnya 5.99 inci tapi bagi Mimi ia sangat selesa bila dipegang. 

Pandangan dari sisi

Pandangan dari bawah

Ada beberapa lagi yang Mimi belum explore lagi. Nak kena duduk tenang setenangnya untuk explore semua, baru best kan. Ada kawan kawan cakap Vivo pun ada bokeh bila snap gambar tapi Mimi tak nampak lagi bokeh tuh hah.

Setakat hari ini sangatttt puas hati guna Vivo V7+. No wonderlah ramai puji best. Ternyata memang best. Korang ada yang dah guna Vivo V7+? Boleh share dengan Mimi apa yang best Vivo V7+ yang Mimi tak explore lagi. 

Isnin, 13 November 2017

Why Are You Still Paying To Service Your Air-Conditioner?

4:25:00 PTG 3 Comments
We all know that when it comes to cost of living, it's generally a one-way street -- one that only goes up.

So maximising the ringgit is just good money sense, and one of the best ways to do so boils down to doing some simple cleaning chores yourself instead of hiring a contractor to do it. Even if it involves a machine seemingly as complicated as the air-conditioner. 



We reckon most households in Malaysia have one, and that’s not a cheap item, we're sure every air-conditioner owner hopes it could lasts for many good years once the item is purchased. To keep it in a good condition, cleaning and servicing the air conditioner is definitely at the top of the list of what you should do.

Contrary to what some may think, cleaning an air-conditioner is really as easy as 1-2-3 with a product of WD-40. To start with, just get hold of a recommended good cleaning agent - the 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner. 



A water-based cleaning agent that dissolves grease, dirt, fungi, mold and other build-up from the cooling coils of your air-conditioners. No rinsing is required. Here's a simple step-by-step guide on how to use this 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner to do the job : 



1.Safety first, so switch off the power to your air-conditioner. 
2.Remove the filters and wash away the dust on them.
3.Spray the 3-IN-ONE® Professional Air Conditioner Cleaner onto the cooling fins vertically, from left to right, to ensure you cover each fin properly.
4.Leave the fins for two minutes for the cooling agent to work and then slide the filters back into place.
5.Now switch on the air conditioner for at least 15 minutes to allow the dirt to be drained out through the drain hose.



That's it ! Your cleaning is done !

Upon completion of the cleaning, your air conditioner will cool faster, thus saving electricity. The best part is  you will get to enjoy cleaner and fresher air ! So save that few hundred ringgit hiring someone to clean your air conditioners and just DIY today ! It's all about being a smart consumer.

To get more tips and ideas on what you can do to improve and upkeep your home with the right products, check out http://wd40.asia on WD-40® as well as its 3-IN-ONE® product range. 

About 3-IN-ONE®



The 3-IN-ONE® brand has been famous since 1894, solving problems and making people smile. And that is why WD-40 Company officially acquired the 3-IN-ONE Oil business in 1995 and has been innovating ever since to produce the best product with the best delivery systems around.

Specialising in heavy-duty solutions that are often the product of choice for trade professionals and serious DIY, the 3-IN-ONE ® brand is another quality product from WD-40 Company. Visit our Asia website for more information: https://goo.gl/NiDfNd; or http://wd40.asia/products/3-in-one/3-in-one-professional-air-conditioner-cleaner

ABOUT WD-40

Company WD-40 Company is the maker of the widely trusted WD-40® Multi-Use Product, an essential in every toolbox and household worldwide. The American brand was created in 1953 as an anti-rust, anti-corrosion protectant for the outer layer of the Atlas Missile and has since transformed into the quick-fix solution to cleans and protects, loosens rusted parts, drives out moisture, frees sticky mechanism and stops squeaks.

Maintenance professionals and DIY amateurs alike find diverse applications for WD-40® in their works with hardware, industrial, automotive, cycling, sporting and mass retail goods. Today, WD-40® is available around the world in a variety of sizes, and it has diversified into a new range of specialised products -WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive.

WD-40® range of products are found in major retail and hardware supply stores across all states in Malaysia. For more information on WD-40® range of products, visit: www.wd40.asia

For more information and press images, please contact:
Chan 
GreatWorks Marketing
Mobile +6012 362 7205
Email chan@greatworksmarketing.com