Isnin, 6 November 2017

Kenali Bahan Bahan Merbahaya Di Dalam Produk Kecantikan

4:47:00 PTG 0 Comments
Kenali Bahan Bahan Merbahaya Di Dalam Produk Kecantikan | Setiap wanita inginkan wajah yang cantik, cerah dan gebu. Oleh kerana inginkan kulit wajah yang cantik sempurna, kebanyakan mereka sanggup melabur duit dan menanggung risiko dengan menggunakan produk produk tersebut yang menjanjikan kesan dalam masa yang singkat.

Kalau kita lihat sekarang ini, lambakan produk yang ada di pasaran sangat banyak dan dikhuatiri kebanyakannya mengandungi bahan bahan terlarang dan merbahaya. Jadi, amat penting bagi kita untuk mengambil tahu setiap kandungan yang digunakan dalam produk kecantikan. Selain daripada itu, sangat penting untuk mengetahui fungsi bahan bahan tersebut.

Apa kata kita kenali antara jenis jenis bahan merbahaya yang kebanyakkannya digunakan di dalam produk kosmetik.

1) Hydroquinone - Bahan ini biasanya didapati dalam produk pemutih kulit. Penggunaan dalam jangka masa yang panjang bileh mengakibatkan kulit merah dan rasa terbakar, mewujudkan masalah ginjal, kanser darah dan kanser sel hati.

2) Merkuri - Bahan ini juga digunakan dalam produk pemutih. Kesan menggunakannya ialah berlaku iritasi dan alahan pada kulit, kerosakan pada otak, ginjal, gangguan perkembangan janin, kerosakan paru paru, muntah muntah dan kanser.

3) Paraben - Banyak digunakan pada deodoran dna kosmetik. Ia boleh menyebabkan kemerahan pada kulit dan disyaki beh menyebabkan kanser payudara.

4) Rhodamin - Produk yang mengandungi bahan ini akan memberi kesan kepada pengguna seperti kerosakan hati dan gangguan pada pernafasan.

5) Isopropyl Alcohol - Alkohol jenis ini biasanya digunakan sebagai pelarut di dalam produk kecantikan. Ia boleh merosakkan lapisan kulit dan untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan penuaan.

6) Polythyene Glycol (PEG) - Bahan ini menyebabkan gangguan pada kelembapan kulit, mempercepatkan penuaan dan pembiakan bakteria.

7) Minyak Mineral - Bahan ini akan melapisi kulit hingga pengeluaran toksin dalam badan terganggu di mana ia mengakibatkan jerawat pada kulit.

FUNGSI DAN KEGUNAAN


1) Bertindak sebagai pengawet - Penggunaan bahan bahan tersebut adalah untuk memberi perlindungan terhadap kosmetik daripada pencemaran kuman semasa digunakan serta mengurangkan kerosakan pada kosmetik yang berpunca dari pertumbuhan kuman. Selain daripada itu, pengawet digunakan untuk mencegah minyak di dalam kosmetik daripada menjadi tengit.

2) Pengawal Kelembapan - Digunakan untuk mencegah kehilangan air apabila kosmetik dibuka berulang kali. Bahan bahan yang digunakan di dalam losyen dan krim oelembao memudahkan penggunaan agar mudah disapu dan diratakan ke kulit.

3) Pewarna - Digunakan untuk menghasilkan warna yang menarik perhatian. Pewarna yang digunakan merupakan pewarna kimia seperti FD & C Merah atau pewarma asli seperti karotena, alkanet dan safron.

4) Sebagai pengimbang pH - merupakan bahan yang mengekalkan pH kosmetik supaya serasi dengan kulit. Antara bahan yang digunakan untuk mengimbangi pH ialah asid sitrik yang merupakan suatu asid atau ammonium karbonat yang meruoakan suatu bes. Di samping penambahan suatu asid atau bes, pengimbang pH juga merupakan campuran garam seperti ammonium bikarbonat.

5) Perasa - digunakan untuk menutup rasa bahan bahan kosmetik yang tidak enak apabila digunakan. Contoh bahan perasa ialah amil asetat dan etil asetat.

Ini antara bahan bahan merbahaya serta fungsi bahan bahan tersebut digunakan dalam produk kosmetik. Pendek kata, sebagai pengguna kita harus berhati hati dan lebih peka dengan kandungan bahan kosmetik yang digunakan. Kena ambil tahu dan ambil peduli baik buruk sesuatu bahan yang digunakan dalam bahan kosmetik.

Jangan terlalu inginkan kulit yang cerah sempurna sanggup membahayakan diri sendiri. Kesan selepas menggunakan memang menakjubkan dalam jangka masa pendek tetapi cuba fikir dan renungkan, jangka masa panjang nanti apa yang bakal kita lalui. Gunalah produk yang berasaskan bahan semulajadi yang tiada bahan merbahaya. Biarlah kesannya pada kulit lambat asalkan hasil yang kita dapat baik dan selamat.

Ahad, 5 November 2017

Berkatkah Rezeki Kita?

7:00:00 PG 1 Comments
Berkatkah Rezeki Kita? | Di zaman ekonomi yang semakin meruncing dan mencabar ini, ramai yang mengambil langkah untuk berjinak jinak di dalam bidang perniagaan. Sama ada secara online atau membuka butik. Tidak kira suri rumah, pelajar IPT, penjawat awam sama sama mencari rezeki dengan berniaga. Namun, sejauh manakah keberkatan rezeki yang kita perolehi itu?

BERKATKAH REZEKI KITA?


Keberkatan rezeki dalam rezeki merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan terutamanya golongan peniaga Islam. Ini kerana rezeki yang kita peroleh hasil daripada perniagaan yang dijalankan akan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan darah daging kita. Jadi, amat penting kits mencari keberkatan dalam mencari rezeki. Mungkin ada yang memandang enteng isu keberkatan ini. Namun, perlu diingatkan rezeki yang tidak berkat itu secara tidak langsung akan berkaitan dengan nasib, kejayaan, perhubungan dan segala aspek kehidupan kita.

SEBAB REZEKI TIDAK BERKAT


Antara sebab sebab rezeki yang kita perilehi tidak berkat ialah :

1) Datang dari sumber pendapatan haram seperti berjudi, mencuri, rasuah, pelaburan haram, nombor ekor, mengaut keuntungan yang banyak dan sebagainya.

2) Berlebih-lebihan menyatakan kehebatan produk kesihatan atau kecantikan yang dijual. Sedangkan produk tidaklah sehebat mana seperti yang digambarkan serta memudaratkan pengguna.

3) Mengurangkan kuantiti bahan bahan di dalam resepi penyediaan makanan.

4) Menjual barangan dengan harga yang terlalu tinggi untuk peroleh keuntungan yang banyak.

TANDA REZEKI KITA BERKAT


Tanda  tanda rezeki yang berkat ialah :

1) Hati kita selalu mengingati Allah SWT dan selalu dekat denganNya.

2) Menjaga solat lima waktu  dan sering melakukan amalan sunat.

3) Keuntungan yang diperoleh disalurkan kepada pusat zakat atau bersedekah untuk membantu mereka yang memerlukan.

4) Lidah kita akan sentiasa basah dengan zikir dan memuji Allah SWT serta mengalunkan ayat ayat suci Al Quran.

5) Tidak merungut rezeki yang diterima tidak cukup malah sentiasa rasa bersyukur walaupun tidak banyak mana.

Jika rezeki yang kita perolehi itu berkat, pasti Allah SWT akan melipat gandakan lagi rezeki kita asalkan kita tidak melupakan Allah dan makhlukNya yang lain. Jika kita ditimpa sesuatu, muahasabahlah diri kerana dikhuatiri perkara tersebut terjadi berpunca daripada rezeki yang tidak berkat.

Sabtu, 4 November 2017

VESSBROZ - Album Pertama Dengan Artis Dari 5 Kontinen

11:32:00 PG 2 Comments
Vessbroz - Album Pertama Dengan Artis Dari 5 KontinenKini, Vessbroz sudah bersedia untuk melancarkan album antarabangsa yang pertama, mengabungkan artis dari seluruh dunia - Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Ia telah menjadi satu usaha besar untuk mengumpulkan kesemua artis ke dalam satu album, bagi memupuk semangat keamanan global. Album "LOST" adalah campuran beberapa genre muzik untuk mencipta sesuatu yang sangat unik, hasilnya, ia mempunyai Electro-Pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua. 

VEEBROZ - ALBUM PERTAMA DENGAN ARTIS DARI 5 KONTINEN




Vessbroz telah mencipta bunyi unik mereka terutama pada drum. Album "LOST" telah ditetapkan sebagai Album Rasmi bagi Filem Inggeris Malaysia yang mempunyai bajet yang besar yang berjudul "C144". Lagu ini juga menjadi lagu tema untuk filem ini. Beberapa buah lagu dari album ini akan diselitkan di dalam filem ini juga. 

Album pertama ini dilancarkan selepas Vessbroz melancarkan sepuluh (10) 'singles" tahun lepas. Walaupun baru memasuki industri muzik pada tahun 2015, Vessbroz telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre "deep house" sehingga "dance floor". Sebagai jurutera audio yang mahir dengan latar belakang belajar muzik klasik, selain bunyi EDM yang mereka telah dikenali, ia membantu mereka mencapai kejayaan dalam dua (2) pertandingan antarabangsa tahun lepas untuk Lagu "Original" Terbaik dan Video Muzik Terbaik. 

VESSBROZ - ALBUM GABUNGAN ARTIS ANTARABANGSA YANG PERTAMA


Dengan lebih daripada 1,000,000 "views" atas Vevo & YouTube dan lebih daripada 4.35 juta pendengar di Soundcloud, mereka telah membuktikan diri mereka mempunyai kedalaman dan keluasan sebagai Penerbit Musik / Artis Muzik. Pada April 2017, Vessbroz telah melancarkan "Single" berjudul "Dreams" di pelbagai platfom sosial media dan dalam talian. Ia terus menjadi "viral". Lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan testimoni yang positif daripada banyak orang. Ia bahkan juga dipaparkan pada Blog Rasmi 50 Cent dengan komen ini:


"Video muzik terbaru Vessbroz sedang "viral" !!!! Vessbroz telah mengeluarkan video muzik baru berjudul "DREAMS". Mereka menulis dan membuat lagu ini tentang kehidupan mereka! Semak video muzik yang hebat ini."

Tonton Promo Single Pertama Vessbrozz >>

Tonton Promo Single Kedua Vessbroz >> https://www.youtube.com/watch?v=YntYzxGaAZo <<

Sejajar dengan pelancaran Album Antarabangsa pada November 2017 dan pelancaran Filem "C144" akhir tahun depan, Vessbroz akan mengadakan Lawatan Promosi ke China, Hong Kong, Thailand, Indonesia & London, serta lawatan ke seluruh Malaysia. Album ini akan diedarkan di bawah label Sony Music Malaysia. Untuk menambah impak yang lebih besar untuk Lawatan Promosi, Vessbroz akan mengedarkan satu video lirik dan satu video muzik untuk setiap lagu yang terkandung di Album ini.

Antara artis Malaysia yang terlibat (menyanyi) di dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato' Zainal Abidin dan Nadeera.

Untuk maklumat lanjut, permintaan promo atau untuk membuat temu bual, sila hubungi:

Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telepon: +60192112288
E-mel: samkassim@gmail.com
Laman web: www.vessbroz.com
Platfom Vevo: VessbrozVevo
FB: Facebook.com/Vessbroz
IG: Instagram.com/Vessbroz

Jumaat, 3 November 2017

Cipta Detik “Scent-sasi” Di Mana-mana Sahaja

9:39:00 PTG 0 Comments
Kebiasaan hari seorang wanita bermula dengan semburan wangian pada nadi, rambutnya dirapi dan membuat kemasan terakhir pada pakaian dan solekan di hadapan cermin sebelum melangkah keluar. Menjelang tengah hari, selepas menghadiri beberapa mesyuarat dan melakukan tugasan lain beliau akan menambah gincu pada bibir selepas makan tengahari. Menjelang petang, beliau akan membuat perancangan bersama rakan untuk menikmati makan malam, ataupun temujanji bersama teman lelaki dan sekali lagi membuat sentuhan terakhir pada solekan sebelum melangkah keluar. Satu perkara yang perlu beliau ingat setiap kali selepas merapikan semula diri adalah untuk menyembur semula wangian memandangkan bau dapat mencipta daya tarikan penuh “scent-sasi” dan memberi impresi yang berkekalan.  

ENCHANTEUR berbangga menjadi pakar dalam memperkenalkan wangian Perancis yang memahami keperluan dandanan wanita dan sentiasa berusaha untuk mencipta inovasi bagi menghasilkan produk yang relevan. ENCHANTEUR juga sedar bahawa sesetengah wanita sering membawa bersama sebotol wangian EDT atau semburan wangian badan untuk merapikan semula wangian diri.



ENCHANTEUR memperkenalkan wangian terbaharu mesra beg tangan iaitu ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dalam bentuk bebuli - yang boleh didapati dalam saiz padat 9ml. Rangkaian ini merupakan inspirasi personaliti gadis-gadis Paris yang feminin namun penuh dengan tenaga dan sentiasa menyerlah. Dengan usaha sama bersama pencipta wangian Perancis, ENCHANTEUR menterjemahkan personafikasi keempat empat gadis ini pada pakej pembungkusan yang menarik. Dilancarkan dalam empat variasi wangian, para gadis kini mempunyai dua pilihan dari 2 aroma paling laris dari rangkaian ENCHANTEUR PARIS, iaitu Belle Amour dan Adore; serta wangian baharu iaitu Cheri dan Jolie yang lahir dari inspirasi trend bunga semasa.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM dirumus khas tanpa alkohol, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk pengguna beragama Islam kerana sesuai dibawa sembahyang tanpa perlu mencuci wangian. Tambahan pula, formulasi berasaskan minyak ini membolehkan aromanya bertahan lebih lama.

Direka dengan aplikasi bebuli membolehkan pengaplikasian menjadi lebih pantas dan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari. Cara penggunaan yang mudah dapat membangkitkan deria seseorang secara halus disulami sentuhan keajaiban.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM yang baharu, anda akan sentiasa bersedia untuk mencipta saat penuh sensasi, di mana sahaja. Pembungkusan berbentuk kompak dan mudah ini cukup kecil untuk dimuatkan di dalam tas tangan anda - direka untuk kelihatan hampir sama dengan saiz gincu, menjadikannya benda penting yang perlu ada sebelum meninggalkan rumah. Rekaannya juga mesra pesawat dan mudah dimuatkan di dalam beg kosmetik atau bagasi bimbit sebagai penambah wangian yang lebih mudah. Kini, para wanita boleh membawa pelbagai wangian di dalam tas tangan tanpa perlu bimbang tentang lebihan ruang atau muatan.


Rangkaian ini membolehkan wanita meneroka kreativiti yang sememangnya ada pada diri mereka! Mereka boleh suai padankan mana mana wangian untuk mencipta wangian tersendiri yang menjadi ‘signature’ si pemakai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - Jolie (Lovely)
Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear amat sepadan dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Aroma lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan anda kekal anggun di pandangan dan tetap disukai.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - Cheri (Darling)
Buat yang berhati muda remaja, kami persembahkan bauan yang enak dan manis untuk memastikan anda tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang lazat bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai.


ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - Belle Amour (Beautiful Love)
Ciptaan dari aroma yang menawan yang mampu membuat jantungmu berdegup dan meransang deria. Pembungkusan merah jambu ini bakal mengimbau memori si gadis pada saat temujanji pertama manakala campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan gadis berpersonaliti romantis dan menawan. Belle Amour membolehkan anda menikmati setiap kenangan manis dengan yang tersayang, dan menjadikanmu teman istimewanya selamanya.  

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM - Adore (Adorable)
Haruman ‘signature’ ini mencetuskan kegembiraan, keyakinan dan daya tarikan yang abadi. Rona pembungkusan ungu ini mengandungi sensasi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Cipta kesan berpanjangan pada temujanji anda dah penuhi hatinya dengan dambaan kasih padamu.

Dengan ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM, anda akan sentiasa bersedia. Hanya perlu diaplikasikan ke nadi bila bila masa yang anda inginkan dan anda akan sentiasa bersedia untuk mencetuskan saat romantis bersamanya.

ENCHANTEUR PARIS PETITE PARFUM boleh didapati pada harga RM9.90 (Semenanjung) dan RM10.40 (Sabah Sarawak), di Watsons, Guadian, AEON Wellness, Mydin, The Store serta pasaraya dan pasar mini di seluruh negara.


ENCHANTEUR merupakan rangkaian berkualiti berinspirasikan wangian dan produk penjagaan diri dari Paris Wangian ENCHANTEUR dicipta khas untuk menyemarakkan saat kemesraan di dalam setiap perjalanan romantis seorang wanita

Khamis, 2 November 2017

Cover Photo FB Tema Sakura

3:16:00 PTG 1 Comments
Cover Photo FB Tema Sakura | Sebelum ni Mimi tempah edit blog tema sakura. Kali ni Mimi tempah cover photo FB dari blogger yang sama bertanggungjawab edit blog Mimi iaitu Sis Awa, blogger www.sitihawa.com. Untuk cover photo FB kali ni Mimi kekalkan tema sakura juga. Cover photo FB tema sakura yang Sis Awa buat ni memang cantik sangat. Berbaloi dengan harga yang dikenakan.

COVER PHOTO FB TEMA SAKURA




Masa Sis Awa tunjuk gambar cover photo ni terus jatuh cinta. Hahaha...Dah la pink...Meroyan tengok warna pink ni.

Cover photo FB ni selamat dah Mimi guna dekat FB blog, FB page dan Twitter. Nampak seragam dan nice saja. Mimi memang berpuas hati dengan hasil kerja Sis Awa ni. Menepati citarasa tau korang. Sekarang ni Mimi tengok ramai blogger yang suka guna khidmat Sis Awa untuk edit blog diorang. Korang yang berminat nak guna khidmat Sis Awa, pm saja dia. In shaa Allah dia akan balas secepat yang mungkin.

Rabu, 1 November 2017

Pemenang Top Komentator Oktober Di Blog Suria Amanda

9:43:00 PTG 6 Comments
Pemenang Top Komentator Oktober di Blog Suria Amanda | Alhamdulillah rezeki awal November. Kali kedua Mimi jadi pemenang top komentator di blog Suria Amanda a.k.a kak SA. Kemenangan kali pertama masa bulan September, dapat RM20. Kali ni hadiah pemenang top komentator Oktober di Blog Suria Amanda ialah sebuah novel. Novel tajuk apa tak pasti sebab hadiah tu kak SA pilih sendiri. Mimi tak kisah dapat novel tajuk apa pun sebab Mimi memang kaki novel.

PEMENANG TOP KOMENTATOR OKTOBER DI BLOG SURIA AMANDA




Nampak kak SA umumkan pemenang top komentator pagi tadi. Macam biasa memang Mimi akan blogwalking ke blog kawan kawan balas kunjungan dan balas komen termasuk blog kak SA. Bila baca entry terbaru kak SA tak sangka pula jadi pemenang top komentator. Itulah yang dinamakan rezeki kan. Rezeki awal November.

Tak sabar pula rasanya nak dapat novel daripada kak SA. Rasanya dah berbulan Mimi tak beli novel tau sebab sibuk memanjang. Sampai tak ada masa nak pergi kedai buku Popular atau MPH. Last novel yang Mimi beli ialah Imaginasi karya Ramlee Awang Murshid. Tu pun belum khatam lagi baca walaupun dah berbulan bulan beli. Selalunya sebuah novel paling lama Mimi habiskan seminggu saja. Paling sekejap 3 jam. Tapi tu dululah. Sekarang ni makan masa sampai berbulan bulan. Hahaha...Nampak sangat tak boleh hadap novel kerap macam dulu dulu. Sekarang ni lebih utamakan anak anak dan blog. Novel bila bila boleh baca kan.

Rezeki awal bulan November dapat novel. Harap harap lepas ni rezeki lain akan datang pula. Tak kisah apa bentuk rezeki yang di terima asalkan kita bersyukur dengan kurniaan Allah.

Something Magical Is Coming

10:46:00 PG 4 Comments
Do you feel it? It's like something magical is in the air.

From that tinkly jingle that lightens the heart as the familiar notes float from every corner, to the wider, more merry smiles on the faces of people we meet. And somehow, be they children or adults, there is a palpable sense of growing wonder and anticipation, as the year end draws near. 

It's like the whole world is settling into a happier, more relaxed mode, with the arrival of that gorgeous season finale of the year -- Christmas!

So don't be surprised if you hear us at Juice Works humming along, or if you see a smile teasing our lips when we mix up your drinks.



And in conjunction with this merry season, we've whipped up a special, sparkly red drink! To us, it epitomises all the goodness, happiness and sweet excitement this time of year brings. We hope the very name itself sends a happy tingle, for we're calling it 'Honey, it's Christmas!'

An icy smoothie mixed with the juices of honey dew, plum, strawberries, lemon, and the seasonal additions of dried mulberry and ruby-red pomegranate juice, this little concoction is only available from Nov 6, right up till Jan 1, 2018!

Dried mulberries, which have a naturally sweet flavor with no added sugar, also provide unusually high levels of protein and iron for a fruit. It is a rich source of vitamin C, fibre, calcium, and antioxidants. That's why dried mulberries is delicious as a snack, or mixed in yogurt, smoothies, and more.

Pomegranate and its distinctive jewel-like seeds have been used for medicinal purposes for thousands of years. With higher levels of antioxidants than most other fruit juices, it also has three times more antioxidants than red wine and green tea. As such, this Middle Eastern fruit is claimed to be effective against heart disease, high blood pressure, inflammation and some cancers, including prostate cancer.

Honey dew has high water content and potassium levels, which make it a great fruit for maintaining healthy bloodp ressure levels. As it contains both vitamin C and copper, it also promotes healthy skin by aiding collagen production and tissue repair. To further boost that vitamin C-o-meter, lemon juice is added too, for that balancing taste of citrus, to help with digestion and to keep the immune system at optimum levels.

As for strawberries, it is chockful of fibre, folate, and antioxidants like vitamin C and phytochemicals to help reduce cholesterol in the arteries and vessels. It is also rich in iodine to help regulate the proper functions of the brain and nervous system, on top of having high doses of potassium per berry, which is great for concentration and memory.



As you can tell by now, this smoothie combination has truly been painstakingly crafted to help you ward off sickness during the celebrations, reduce cholesterol  while you indulge, and to keep you well-hydrated, with healthy and pretty skin!

So while you party the year end away and celebrate the coming of the new year, don't forget to drink up! 

And from all of us at Juice Works: Have a healthy, merry Christmas and an exciting New Year!!! 


 

ABOUT JUICE WORKS MALAYSIA



Juice Works Malaysia is the pioneering fresh fruit juice company in the country where they are trusted by thousands of loyal customers to craft the finest concoctions using natural ingredients.

Founded by Jason Choy and Ling Mooi Li, the duo opened their first kiosk at The Curve shopping mall in December 2004. The single kiosk soon won acclaim for its menu of remarkably delicious yet healthy juices and power packed smoothies.

From that one kiosk, Juice Works Malaysia has evolved as the country’s premium fresh fruit juice and smoothie company specialising in a fabulous menu of over 30 handcrafted choices. The brand is renowned for creating healthy drinks that are freshly made to order, and which are so delicious that a return visit is guaranteed. From busy business executives to parents and health conscious consumers, Juice Works Malaysia has that perfect drink freshly made for every individual need.

Juice Works Malaysia is today found in 29 locations around the country with many more in the pipeline. To meet the increasing demand for wholesome lifestyles, Juice Works Malaysia offers franchise opportunities as part of its expansion plans, as well as mobile kiosks to serve up deliciously healthy drinks to go.

For more information and press images, please contact

Chan
Great Works Marketing Consultation
Mobile +6010 295 4802

Ends.