Mungkin terlalu mengantuk (adik sepupu saya beritahu sehari suntuk Auni tak tidur langsung) Auni tertidur. Ikutkan memang saya tak nak bagi dia tidur time time macam nih sebab tak elok tapi tak sampai hati pulak nak kejutkan dia sebab dia betul betul dah tidur lena. Bila dia dah tidur tuh, saya letak dia kat katil dalam bilik first. Alang alang dia dah tidur, saya ambik kesempatan nak mandi. Yelah, balik kerja, penat tak habis dengan badan melekit dan gatal gatal kan. Baru aje nak masuk bilik mandi, tetiba Auni menangis. Terpaksalah saya berpatah balik nak pujuk dia.
Bila pujuk dia lagi menangis. Lagi saya pujuk lagi dia meraung raung. Ishh, tak pernah pernah Auni meragam macam nih....Saya pujuk dia lagi tapi kali nih dia meraung lagi kuat. Saya nih dah lah penat tambah lagi dengan badan yang gatal gatal memang hilang sabar lah. Sampai saya tinggikan suara kat Auni tanya dia kenapa...Masa tuh adik sepupu yang tolong jaga anak anak saya pun ada sekali sama sama pujuk. Mati akal adik sepupu saya dibuatnya. Saya apa entah lagi kan...Sampai saya dah naik tension, saya biarkan adik sepupu saya pujuk Auni dan saya buat keputusan nak mandi....Tapi hati saya tak sampai nak biarkan Auni menangis meraung macam tuh.
Saya ambik dia dekat adik sepupu, saya pujuk lagi sambil baringkan dia kat sebelah saya. Sekali nak tau apa tindakan yang Auni buat? Dia terus peluk saya sekuat hati dia. Dia pautkan tangan kanan kat tengkuk saya dan sorokkan muka dia kat badan saya. Cara dia tuh seolah olah takutkan "sesuatu". Memang betul betul dia pejamkan mata langsung tak nak bukak. Sambil tuh saya bacakan ayat Kursi kat telinga dia. Tengok keadaan dia macam tuh, saya tanya adik sepupu petang tadi Auni main dekat mana? Adik sepupu saya jawab dekat depan rumah lah....Depan rumah nenek a.k.a mak saya nih ada padang futsal dan taman permainan. Untuk pengetahuan kawan kawan, area perumahan mak saya nih memang "keras' sikit. Dah ramai terserempak dan nampak makcik "Pon Pon"....
Disebabkan keadaan Auni yang seperti takutkan sesuatu, saya mintak mak tawarkan air untuk Auni. Time nih Auni dah tidur, lepas saya keluar dari bilik. Lena je dia tidur. Rasa bersalah terus bermaharajalela kat dalam diri saya sebab tengking Auni tadi. Sungguh saya memang menyesal. Hanya kerana penat, saya tak boleh nak kawal marah. Astagfirullah...
Lepas dah tawar air tuh, mak cakap memang ada "benda" kacau Auni. Lepas dah tawarkan air, mak sapukan air tuh kat seluruh kepala dan muka Auni. Alhamdulillah, Auni tidur lena sampai ke pagi walaupun kejap kejap dia bangun dan merengek. Tapi tak seteruk tadi lah....
**Ada penambahan dalam entry nih sebab mungkin saya tak cerita lebih details....Tak nak berlaku salah faham..(^_^)


awat dok tidur waktu maghrib.. mmg tak baik... huhu.. :(
BalasPadamEeeee..nauzubilahi min zalik...meremang bulu tengkuk baca tengah2 mlm ni dear...huhuhu.
BalasPadamsaya faham perasaan akk masa tu,saya pernah mengalami stuasi sama,swaktu Bieha umr 1thn.
BalasPadamFiras dulu pun pernah kena sekali. Waktu tu kami balik mesia. Maklumlah rumah dah lama kosong.sebijik sama mcm auni,meraung2 nangesnya. Badan kami pun rasa meremang smacam.firas peluk mcm org ketakutan.ksian sgt
BalasPadamsiannya auni
BalasPadamEii seram mak dgr..xsbr nktau cite.cian auni
BalasPadamkita tak dapat nafikan kewujudan makhluk halus ni. apapun semoga Auni tak di ganggu lagi
BalasPadamseram pulak baca tgk2 malam gnie. .
BalasPadamserammm pulak kak mimi!
BalasPadamalhamdulillah... tak apa2 dia. anak akak Alya tu memeel kalau siang tak tidur tapi main gelak2 sakan, mlmnya kalau dia tidur awal sahihlah jdk bnd2 mcm Auni tu. mcm kena sampuk.
BalasPadamtak pe..
BalasPadamkita sama je. saya housewife pun ada penat dan letihnya.kadang sabar pun jadi kurang.apatah lagi ibu yang bekerja kan.
hehe.
mudahan auni tak pape ye...
budak mmg boleh nampak kan, Anak buah sy pun selalu kata nampak antu...
BalasPadamyui plak rasa seram ni.
BalasPadambdk2x ni sng je terkena...tu kalau men slalu ckp jgn smpi ptg2x sgt.jgn smpi penat sgt...hrap takde pape yg merbahaya la yer...moga dilindungi keluarga akak...amin
BalasPadamhuhu....budak kecik senang nampak benda2 halus nie...
BalasPadamwaaaaaaaa....misteri betol...
BalasPadamseramlah pulak...
BalasPadamBudak2 kan org kata boleh nampak 'benda2' halus ni.. selalu lah baca kan ayat kursi kt depa.. sy klu dah ptg sgt mmg tak bagi anak main kt luar..klu balik dr mana2 malam2 mesti sy masuk rumah diiringi bacaan ayat kursi.. takut juga kot2 ada 'benda' ikut...
BalasPadamapa pun harap auni baik2 je ya...
seram plak saya yg baca..bdk2 mmg senang nmpak yg mcm2..
BalasPadamanak saya pon penah kena..terus demam..pas mtk air penawar kt ustaz..Alhamdulillah..
budak2 memang senang kena.. pasni kena hati2 lagi la kak.. pas balik main terus mndi kan dia..
BalasPadamdia usik anak mimie la tu kot...
BalasPadamSi Auni tu dah siap mandi ke belum Mimi...Yelah... budak-budak memang benda tu suka apatah lagi dengan tidur waktu maghrib2 ni...
BalasPadamsian pulak, sampai peluk camtu sekali.. takut plak rasa...
BalasPadambudak budak memang mudah nampak sesuatu...
BalasPadamnauzubilahi min zalik
BalasPadamseram la kak
BalasPadamish naik seram plak bca dah tgh mlm ni huhuhuhu~!
BalasPadam