Apa kata kita baca fakta menarik tentang bayi yang mungkin kita tahu dan tak tahu.....
Aina
Auni
Saja tempek gambar budak tecik dua orang nih...
1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan
9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.
14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.



betapa indah dan sempurnanya ciptaan Allah..... kagum :)
BalasPadamsbb 2 ley branak dlm air kan..
BalasPadam:)
BalasPadammemang fakta :)
BalasPadamYang no 16 tu baru tahu tapi tak tergamak pulak suruh dorang menyelam....huhu
BalasPadamala tomey2...geram pulak aunty tengok... ^_^ thanks for sharing the info and semoga diperkenankan impian untuk dapat baby lagi next year...Amin...
BalasPadamkak ina sk baca cite ttg baby camni.. rs mcm sntiasa je nak ada baby... heheh
BalasPadamerm.. akak baru tahu bayi mempunyai 300 tulang.. & tidak ada kepala lutut.. besarnya kuasa Allah...
BalasPadambau baby sgt harum~
BalasPadamgeramnya tgk pic diorang... teringat balik masa anak2 br lahir..
BalasPadamsuka bau baby
BalasPadampernah baca sebelum ni..
BalasPadamteringin nak ade bby sendiri...
BalasPadammang suke ngan baby... geram tengok
BalasPadambila tengok baby camgini .. teringin lak nak baby baru... cewah leh tak gitu.... hahahah.. poyo aje kannnn...
BalasPadamnak jugak.. sentiasa berdoa moga ada rezeki.. akak doakan Ros ye :)
BalasPadambaca dengan mulut terlopong. Thanks for sharing.
BalasPadamfakta yg menarik pasal baby..terasa nk ada baby lg la
BalasPadamthank for sharing..
BalasPadamsubhanallah...begitu menarik ciptaan Allah yg berada di dalam perut kite sebenarnya
besarnya ciptaan Allah..bayi dalam perut duk dalam air la kan? air ketuban tu kan? kalau kita ajar diaorang berenang dari kecik boleh ke??mcm anak datuk sheikh muzaffar tu
BalasPadam