Assalamualaikum….
Akhirnya keputusan juara Maharaja Lawak Mega 2012 telah pun
kita ketahui. Yang paling happy sekali bila jangkaan saya tepat. Saya jangka
Jozan akan merangkul gelaran juara dan Jambu pulak naib juara. Dan yang paling
best, nenek a.k.a mak saya terkejut bila saya cakap SayWho nno.5, Boboi no.4
dan Shiro no.3…Bila Dato’ AC umum aje nama pemenang, mak terkejut sebab tekaan
saya tepat. Siap dia tanya lagi siapa juara. Dengan yakinnya saya jawab Jozan.
Mak cakap Jambu yang juara. Bila keputusan diumumkan ternyata tekaan saya
tepat.
Bagi saya masing masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri.
Masing masing punya aura tersendiri. Terus terang saya katakan walaupun juara
telah pun kita ketahui, bagi saya kesemua finalis adalah juara kerana Berjaya melayakkan
diri ke final Maharaja Lawak 2012.
Tahniah diucapkan kepada JOZAN kerana telah menjadi JUARA Maharaja Lawak Mega 2012…Hadiah
wang tunai yang dimenangi diorang gila lumayan. Kemunculan Johan nyata memberi
kejutan kepada penonton. Saya pun terkejut bila Johan muncul tiba tiba…..Semangat
Johan memang kuat. Sanggup beraksi di pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2012
walaupun keadaan kesihatan dia yang belum pulih sepenuhnya…
Sememangnya JOZAN adalah juara antara juara di pentas
Maharaja Lawak Mega 2012 malam nih..
Keputusan pemenang Maharaja Lawak Mega 2012 dan hadiah yang
dimenangi pemenang ialah :
Juara : RM 500,000 + trofi (Jozan)
Naib juara : RM 250,000 + trofi (Jambu)
Ketiga : RM 150,000 + trofi (Shiro)
Keempat : RM 50,000 + trofi (Boboi)
Kelima : RM 15,000 + trofi (SayWho)
Nota kaki* Saya mula tak sedap badan...nak demam agaknya....


wah, tahniah jozan... nanti nak cuba cari link online... nak tgk jugak :D
BalasPadamTahniah jozan
BalasPadamjozan terbaikkk
BalasPadamtahniahhhh jozannnn
BalasPadam