PETALING JAYA: Pelakon Lisa Surihani membuat laporan di Balai Polis Bangi dekat sini pada Jumaat selepas menyedari ditipu berhubung kait dengan wang.
Lisa, 27, berkata, dia membuat laporan itu dengan ditemani suami Yusry Abdul Halim dan ibunya Amira Ahmad, kira-kira pukul 2 petang Jumaat.
“Saya mengaku telah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tetapi saya tidak dapat untuk menjelaskan kes itu secara terperinci.
“Bukan saya tidak mahu bekerjasama tetapi buat masa ini ia masih dalam siasatan pihak polis,” katanya ketika dihubungi mStar Online lewat petang Jumaat ketika berada di Ipoh, Perak kerana menjadi juri pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012.
Lisa berkata, sekiranya pihak polis selesai membuat siasatan, barulah dia bersedia untuk berkongsi kisah itu agar peristiwa berkenaan menjadi pengajaran kepada orang ramai.
“Saya tidak boleh mengulas panjang kerana ia masih dalam siasatan polis,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain Lisa juga sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiriMaskara arahan Nizam Zakaria di samping Nasha Aziz dan Anzalna Nasir.
Sumber : mStar


ha ah biar le polis siatan dulu..apalah kesnya ye
BalasPadamha ah tunggu polis buat kerja dia ye..
BalasPadamapalah masaalahnya ye
apalah masalahnya biarlah polis buat kerja dulu ye
BalasPadamCantik baju Lisa :D
BalasPadamSalam...pasai apa pulak ni yer...
BalasPadamSapalah yang tipu lisa ye? orang seni juga ja
BalasPadamapalah kan.. main tipu2 lak... kan dh kne report..
BalasPadambanyak jugak duit dia hilang.
BalasPadamkesian lisa kena tipu..padan muka si penipu..harap tertangkap sipenipu
BalasPadambanyak tue...huhu..RM 50,000.00
BalasPadamsaper la yg tipu lisa ni kan
BalasPadambahaya la ni..haihh..
BalasPadam