Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:
1) Mobil dan Gajet - Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa dan Bateri
2) Kesihatan dan Kecantikan - Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3) Permainan, Kanak-kanak dan Bayi - Fesyen Kanak-kanak; Permainan dan Pendidikan; Perkakas untuk Makan dan Penyusuan
4) Pakaian Wanita - Baju; Pakaian Dalam dan Pakaian Tidur; Gaun
5) Perabot dan Perhiasan Rumah - Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil dan Gajet; Kesihatan dan Kecantikan; Permainan, Kanak-kanak dan Bayi; Perabot dan Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit dan Haiwan Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.
Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.





Aduhhh Ros tak bolehlah buka shopee.. ade je benda nak dibeli.. tadi terbeli mop.. hihi
BalasPadamConfirm tersampuk kalau buka shopee..relax..akak dh terbabas dh...ntah apa nak jadi dh ni
PadamAkhirnya tershopping td. Hahaha.. Tp pilihan utama kita mmg shopee dh skrg .. Xpndg lain..
BalasPadamSyabas...welcome to the club
Padamshopee ni bahaya betul, lagi2 bila tengah banyak duit baru lepas gaji. asyik nak membeli aje hahah
BalasPadamMacam kena sampuk kan..akak dh kena sampuk dh..3 hari berturut2 ni
PadamJangan shopping lagi Kak! Hahaha...ade je promo si Shopee ni...hbs duit kita
BalasPadamTak leh la x shopping sally..memang tersampuk habis..puas kawal..x jalan gak
PadamAlahai mimi.. akhirnya akak pun terjebak.. Barang pertama baru sampai harini haha
BalasPadamWelcome to the club..nak salahkan sapa ni kan..sapa yg ajar kita kan..
PadamTak sabarnya nak dapat gaji. Nak shopping kat shoppee.
BalasPadamHuwaaaaa....dh jahanam dh gaji ni....tolong Cik T..sedarkan SA
PadamAdoiiii..sales lg. Suka goda tau hihi..mcm tetau shopping cart ada berduyun2 list hihi
BalasPadamSapa yg menggoda ari tu..cer citer
PadamNi semua salah mimi..hahahaha...habislah akak dah terjebak sama ni..tak pernah- pernah buat kerja online shopping teruk giler macam ni..
BalasPadamNak kena intai shopee gak ni ramai kata shopee okjer
BalasPadamKalau tak takut kena sampuk sila intai cepat..
PadamTak sabar nak shopping. 😍😍😍😍
BalasPadamTiba-tiba membuak pulak perasaan nk shopping
Sabar mimi..sabar...hahahhaaha...
PadamOk kena save the date. Banyak wishlist ada dalam senarai ni.
BalasPadamAkak dh add to cart..delete balik..cari lagi best..hahaha
PadamMimi sayang tolong rojer Bonde date promosi hari gaji tu takut lupa... nak menang HP samsung tu jugak!
BalasPadamAduhai bonde..tak takut ke tergoda teruk nanti?
PadamWah, shopping pulak lah ni dekat shopee.
BalasPadamWah shopping lagi lah ni. Byk wishlist tak tertunai lagi ni, hihi.
BalasPadamshopeee..oemgeee..smlm dh masuk kat sini..hah!kan dah tersangkut..hihi
BalasPadamSA puas tahan nafsu tgok semua barangan tu..tak bleh tahan..terbabas gak
PadamTerjebak lagi lah jawabnya Kak Sue nanti nie Mimie..
BalasPadamRelax kak sue baru sikit je
PadamMarsha pun tunggu sale hari gaji nanti. Brg dah masuk basket dah. Tunggu nak checkout je
BalasPadamWakakkaa sorang lagi bakal terjebak nampaknya ni
PadamTB tak sabar nak tunggu tarikh 26-28 tu sebab macam nak shopping something je kat shoppee.. heee. hope boleh bersabar .. kih3
BalasPadamJangan tunggu lama-lama TB kang barang akak sambar habis..
Padamdah terjebak dah..dapat dah handbeg..hihihi
BalasPadamUntungnya beli handbag
PadamAduhhh, goodaaannnn! Mesti ramai dah terjebak ni. 18% cashback tuuu..😍
BalasPadam18% bukan sikit kan..jom la cuci mata
PadamTahniah shopee. Tengah survey barang sebab dapat voucher ☺
BalasPadamSA dh redeem 3 voucher...mmg bahaya la shopee ni
PadamFuhhj hujan shopee.. Nampak gayanya seteoi yana akan terjebak nie
BalasPadamBestnya kalau cmni nak shooping dekat Shopee lah!
BalasPadamJom Lia.. macam2 ada
Padamoiii shopee lagi.. gila la hasut orang je.. takmau singgah la.. hahah
BalasPadamBawak mengucap..bawak bertendang..hahhahaha
PadamBawak mengucap..bawak bertendang..hahhahaha
Padamhabis dah gaji shopping dekat shoppee haritu. haha
BalasPadam