Pembukaan NYX Professional Make Up Store di Sunway Pyramid | Khamis yang lepas Mimi berkesempatan hadir ke event NYX di Sunway Pyramid tau korang. Event bermula jam 10.00 pagi tapi Mimi sampai jam 09.45 pagi. Al maklum sajalah naik motor dari Seremban ke Sunway Pyramid. Suami pecut pun slow slow manja gitu. Event ni meriah sangat tau korang. Hah nak tahu apa yang best semasa pembukaan NYX Professional Make Up Store di Sunway Pyramid, baca entry ni sampai habis tau.
PEMBUKAAN NYX PROFESSIONAL MAKE UP STORE DI SUNWAY PYRAMID
Sambutan semasa pembukaan NYX store ni happening tau korang. Meriah sangat. Sampai sampai saja Mimi terus register lepas tu join blogger dan influencer yang lain. Sempat juga buat live di facebook semasa PEMBUKAAN NYX PROFESSIONAL MAKE UP STORE DI SUNWAY PYRAMID.
Beberapa minit kemudian, kitorang pun apa lagi kan serbu lah NYX store. Rambang mata sangat jadinya. Macam macam jenis mekap ada. Rasa nak beli semua yang ada dalam store tu tapi nasib baik iman masa kuat tau. Sebenarnya ramai MUA yang turut serta dalam event ni cuma masa Mimi datang tu tak ramai yang ada. MUA Bellaz datang petang. Tak ada rezeki nak jumpa dia.
Untuk pengetahuan korang, store NYX di Sunway Pyramid ni adalah store yang ketiga tau. Sebelum ni ada di SOGO dan juga IOI City Mall. Lepas ni kalau nak pergi NYX store, Mimi singgah IOI City Mall sajalah. Yang ni paling dekatkan. Hopefully, lepas ni NYX ada buka store baru di Seremban pula.
| Swafoto dengan blogger kak Suria Amanda. Kali kedua jumpa dengan kak SA |
Jadi tak tentu arah dalam NYX store lama lama. Banyak sangat koleksi mekap yang ada sampaikan tak tahu nak beli yang mana. Rasa nak grab semua tapi dah set awal awal apa nak beli. Mimi sempatlah grab empat produk NYX. Tapi sebelum tu apa kata korang tengok dulu koleksi produk produk NYX yang sempat Mimi snap.
| Highlight Mochi yang Mimi berkenan. Teksturnya macam sponge tau. Next time nak grab. |
Puas cuci mata, Mimi decide nak shopping mekap untuk diri sendiri pula. Mimi grab empat barang iaitu foundation, eyeliner hitam dan putih dan lippie.
Dah rasmikan pun keempat empat mekap ni. So far, Mimi suka keempat empat produk NYX ni. NYX Total Control Drop Foundation ni Mimi beli kod Buff Chamois. Sebelum beli of course lah Mimi minta suggestion daripada consultant yang ada di situ. Disebabkan muka Mimi mudah berpeluh dan jenis oily, Mimi digalakkan pakai foundation ni sebab ia jenis matte. Bila sapu di muka memang sekata dan matte serta full coverage. Tak ada pun rasa lembap atau oily sangat. Dah beberapa hari pakai ni memang jatuh cinta sangat dah. Berpeluh macam mana pun mekap tak bercapuk still maintain. Memang like 45 juta kali.
Then, Mimi suka juga Powder Puff Lippie yang Mimi beli ni iaitu kod Squad Goals. Sekali sapu saja pada bibir dah sekata. Tak comot dan warna tahan lama tak melekat pada bibir. Lippie yang Mimi pilih jenis matte juga. Total ke empat barang yang Mimi beli ni RM173.00 tapi selepas tolak diskaun RM50.00 Mimi just bayar RM123.00 saja. Baru empat barang tau. Tu pun ada dua tiga barang yang Mimi duk usha nak beli nanti.
Lepas dah bayar, Mimi ambil goodies bag pula sebab nak balik dah. Kalau melangu lama lama dekat NYX store mahu habis duit..hahaha. Goodies yang Mimi dapat pun best best tau. Mimi dapat lima barang kesemuanya.
Lebih kurang pukul 11.30 pagi Mimi balik dah. Tapi tak terus baliklah, Mimi dan suami pergi makan dulu isi perut yang dah lapar.
Memang seronok bila join event macam ni. Kalau NYX ada nak buka di Seremban, Mimi orang pertama offer diri join event store opening ni lagi tau. Dah nama pun perempuan kan. Kalau bab mekap memang tak boleh cakap apalah. Nasib baik dapat suami yang memahami.





Tengok produk make up akak suka. Nak suruh make up akak tak pandai. Pandai tengok dan suka tengok orang pakai saja.
BalasPadamseronoknya dapat pergi event. dah lama x pegi event ni
BalasPadamkalau bawak kawan pi sana ni, mau berejam try test make up2..
BalasPadamTahniah buat NYX dan onie respek dengan awak sebab berani naik motor dr Seremban ke Sunway Piramid. Memang respek. Onie tak berkesempatan nak join.huwarrrr..bestnyaaa! Onie suka lipstik dr NYX ni.
BalasPadamnyx sangat terkenal sekarang sebab produknya yg berkualiti
BalasPadamAmboi sakan shopping barang mekap ye. Rewards diri sendiri untuk encik suami ok juga kan
BalasPadamseronoknya dpt attend event beauty mcm ni..mesti rambang mata duk dlm tu kan..kami dulu pun ms pergi sephora ada event nyx..mmg rambang mata..mujurlah kuat iman haha..oklah tu dpt diskaun RM50 lgi berbaloi
BalasPadamaida ni kurang pandai make up.
BalasPadammakan memang kurang bab make up ni, mimi.
tapi suka la dgn brg make up.
selalu gak belek-belek kalau ke mall.
nice juga produk nyx ni.
I love NYX. Banyak selection. Lucky you to have very understanding hubby.
BalasPadamBestnya sis dapat pergi event camni..nanti sis nak sini la shoping , selalu pakai lipstic dia je..
BalasPadamMeriahnya majlis. Memang happening untuk kaki-kaki makeup. Rambang mata tengok. TApi akak tak reti nak mekeup.
BalasPadamWow sunway is nearby with my house. I think i want to visit and buy make up there because nyx is trusted product.
BalasPadamAla bestnya rugi x pegi hari tu. Harap dapat join event mcm ni lagi
BalasPadammimi dapat goodies lain ya. i dapat yang kotak hari tu apa apa pun memang seronok dapat berjumpa dengan rakan rakan tau hee
BalasPadamwarna warna lipstick nyx memang cantik tapi kalau sis lama lagi tau tu dapat redeem lip matte kecik kecik best betul rasanya heee
BalasPadamBrand ni mahal sket..tapi berbaloi milikinya.
BalasPadamwah produk kecantikan sure semua peremouan suka ni
BalasPadamAla best nya..tp AR ni ada lip ice je dlm beg. Hehe. Next time kena try masuk tgk2 kat sini plak lagi pun dekat je. Ioi city mall boleh, sunway piramid lagi la dekat . Oh no
BalasPadamSyok mimi dpt pi event ni.. Pernh tgk lipstick NYX kt sephora tp xpernh try beli
BalasPadamWowwww.. Awesome sangat. Best betul nyx ni. Kalau kinah la semua nak haha. Warna lippie tu macam lawa je kak mimi
BalasPadamSelalu sangat TB dengar pasal NYX ni tapi lum pernah guna lagi.. tak tau la kalau pi tempat ni maunya meroyan sat tengok macam2 ada tu
BalasPadamRajinnya Mimi travel jauh2... Sapa yg gemar ngan makeup, pasti suka la pegi event camnie ^^
BalasPadamBestnya Mimie, kalau Kak Sue pun rambang mata gak nie walaupun tak pandai n tak pakai sangat barang make up nie..
BalasPadam