Khamis, 5 April 2018

Pemenang Top Komentator Bulan Mac 2018

11:05:00 PG 1 Comments
Hai korang! Sekejap saja dah 5hb. Mimi hampir terlupa nak umumkan pemenang top komentator bulan Mac. Banyak sangat fikir sampai lupa nak umum.

Pemenang top komentator bulan Mac 2018 akan menerima eye shadow pallette Focallure. Jom tengok siapa yang bertuah tuh.


Tahniah Rabiahtul Adawiyah. Nanti emailkan maklumat seperti nama, alamat dan nombor telefon ke email mimiazirah84@gmail.com ya.

Pencarian top komentator masih diteruskan tau. Apa hadiah untuk top komentator bulan April nanti. Tunggu ya.

ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

9:01:00 PG 3 Comments
Aneka Juadah Enak Majlis Makan Malam Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Baru baru ni Mimk berpeluang hadir dan dapat merasa ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3. Majlis makan malam yang diadakan berjalan dengan lancar dan sangat meriah.


ANEKA JUADAH ENAK MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis. Seterusnya ucapan aluan daripada pemilik UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Kemudian kitorang dijemput menikmati juadah makan malam yang disediakan. Sambil menikmati juadah, majlis diserikan dengan penyampaian sijil khidmat cemerlang kepada staf UBE, sambutan hari lahir dan juga cabutan bertuah.



Kitorang dijamu dengan pelbagai menu yang sangat sedap dan cukup rempah dan rasanya. Semua ni juadah yang dihidangkan atas meja kitorang. Nak lihat secara dekat menu menu ni korang boleh tengok gambar gambar di bawah.

Nasi Kuning D'Raja

Ayam Golek
Daging Goreng Beriani

Kambing Masak Pedas

Buah Tembikai dan Epal

Buah dan asam

Ada juga gerai gerai di sekeliling dewan yang meletakkan pelbagai menu seperti Gerai Pembuka Selera, Gerai Penyejuk Tekak, Gerai Pencuci Mulut, Gerai Apam Balik "Kriuk Kriuk", Gerai Aiskrim "Cing Cing Cing", Gerai Kambing Juicy dan Gerai Mee Ketagih.



Gambar di bawah ni semua menu yang ada di Gerai Pembuka Selera tau. Memang membuka selera sungguhlah. Rambang mata dibuatnya. Semua menu nak di makan.

Sup Perut Berempah

Sambal Arab

Acar Arab

Ulam Timun

Banyak tau gerai yang ada. Menu malam tu pun banyak. Ada juga beberapa menu Mimi tak dapat nak rasa sebab perut dah penuh. Tak boleh masuk. Menu yang paling Mimi suka mestilah Nasi Kuning D'Raja makan pula dengan Ayam Golek dan Daging Goreng Beriani memang terbaik. Lepas tu, campur pula dengan Sup Perut Berempah lagi lah bertambah sedap. Semua menu sedap, cukup rasa rempahnya tak lebih tak kurang.

Untuk pencuci mulut, Mimi minum cendol dan makan kek. Mimi suka cendol. Sedap, pekat dan cukup rasa. Kek pula Mimi makan sikit je sekadar nak rasa.





UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ini besar tau korang boleh muat sehingga 2000 pax. Apa yang best, selain daripada mengadakan majlis perkahwinan, korang juga boleh sewa dewan untuk majlis makan malam atau pun aqiqah. Yang Mimi suka, sudut mini taman permainan untuk anak anak yang ada di hujung dewan. Anak anak boleh bermain di hujung dewan sambil diperhatikan ibu bapa. Kira anak anak kecil tidak mengganggu sangat majlis yang ada.

Majlis makan malam yang diadakan di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 sangat happening tau korang. Diceriakan lagi dengan lagu Hari Raya gitu. Memang puas hati sangat tau kalau ambil pakej katering dan sewa dewan di UBE Banquet Hall  D'Nilai 3. Mimi ada update berkaitan pakej yang ditawarkan oleh UBE Banquet Hall D'Nilai 3 sebelum ni.

Baca sini : PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan : 

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Facebook :

Instagram :

No.Telefon : 
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email : 
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com

Selasa, 3 April 2018

The Regent of Kelantan Attends ‘Kelantan: Splendeurs d’un Sultanat’ Exhibition in France

11:30:00 PG 18 Comments
Paris, France, 2 April 2018 - Key officials, diplomats and authorities from France and Malaysia in Paris gathered around HRH Regent of Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra, for the official inauguration of the ‘Kelantan, Splendeurs d’un Sultanate’ exhibition today.

A section of the exhibition displaying artifacts  courtesy from Kelantan State Museum Corporation and photographic poster display of inspirational women from Kelantan, photographed by Kelantanese photographer, Yaman Ibrahim.


Open to the public, the exhibition runs until 6 April 2018 and presents the art of living in Malaysia through craftsmanship and cultural heritage. It was created with the support of the Malaysian Ministry of Tourism and Culture, the Malaysian Embassy in France, the office of the Sultan of Kelantan, the Kelantan State Museum Corporation, the Faculty of Art and Design, UiTM Shah Alam and Tourism Malaysia.

The art pieces from state museums in Kelantan and private collections are presented for the first time in France and to show continuity in their ancestral knowledge, students of the Faculty of Art and Design, UiTM Shah Alam also exhibited their creations in jewelry and textile.

Malaysians dressed in traditional costumes. From left: Professor Sulaiman Ghani (UiTM Shah Alam), Dato Siti Hamindah Hamat (Villa Danialla), Nazwan Ismail (Kelantan State Museum Corporation), Julia de Bierre (Curator of the exhibition), Datin Seri Haflin Nazri Aziz, Haslina Abdul Hamid (Deputy Secretary General, MOTAC), Dato Dr. Rizon Juhari (Rector ASWARA), Adlina Borhan (AB & Artho) and Abdul Rahim Haron (Tourism Malaysia).


Mr Francois Laurent, Deputy Director of International Affairs, French Ministry of Culture and Communications exchanged gifts with Tengku Muhammad Faiz marking 60 years of Franco-Malaysian relations at the event which was also attended by Datuk Ibrahim Abdullah, the Ambassador of Malaysia to France and Haslina Abdul Hamid, Deputy Secretary General - Tourism, Ministry of Tourism & Culture.

Julia de Bierre, Curator of the exhibition gave Tengku Muhammad Faiz a guided tour on the richness and diversity of the Malay heritage where jewelry, textiles, community art, wedding ceremony customs and a reconstruction of the royal dining room were on display.

Dancers from ASWARA performing Mengadap Rebab


A short Mak Yong dance of “Mengadap Rebab”, a mixture of theater and dance, classified as an Intangible Heritage of Humanity by UNESCO was performed by dancers from Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

The exhibition is sponsored by the Malaysian Ministry of Tourism and Culture in association with Tourism Malaysia, the Embassy of Malaysia in France, Kelantan State Museum Corporation, UiTM Shah Alam and co-sponsored by Ancom Berhad, MAA Group Berhad and Uzma Group.

Francois Laurent receiving a Kelantanese silverware gong from HRH The Regent of Kelantan as part of the gift exchange marking 60 years of Franco-Malaysian relations.


Adlina Borhan, co-founder of the Marketing and PR agency Ab & Artho, the organiser of this exhibition is supported by Julia de Bierre, Curator of the exhibition, Shah Ramli BVBA, design firm, Professor Sulaiman Ghani of UiTM Shah Alam, Rita Aziz and Yaman Ibrahim, photographers.

RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY

7:00:00 PG 3 Comments
RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY | Hai korang! Sihat tak? Kali ni Mimi nak kongsi dengan korang resipi rendang. Rendang ni Mimi belajar dari buku masakan. Walaupun tahu masak tapi Mimi tak malu mengaku Mimi masih belajar dan belajar memasak dari buku masakan. Kadang kalau buntu tak tahu nak masak apa, memang Mimi cari ilham dari buku masakan. Kali ni, Mimi nak kongsi dengan korang RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY.

RESIPI RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY

Resipi Rendang Hijau Ayam Tak Crispy


Selalunya Mimi masak tak banyak mana pun sebab bukan ramai mana pun. Suami dan anak anak. Anak anak pun bukan kuat makan sangat. Makan tapi sikit. Jadi, kalau masak banyak membazir pula. Jadi resipi yang Mimi kongsikan ni kuantitinya ikut pada bilangan ahli keluarga Mimi tau. Kalau korang keluarga besar kena lebihkan kuantiti lah.

Bahan bahan :

7 ketul ayam dipotong sederhana
3 biji lada hijau - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
1 labu bawang besar India - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia
1 batang serai dititik
1/2 kotak santan
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit
Air
Minyak
Garam

Cara membuat :

1. Gaulkan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. Goreng ayam sehingga kekuningan tetapi jangan terlalu masak dan garing. 
2. Kisar lada hijau, cili padi, halia, bawang besar dan bawang putih. Ketepikan.
3. Panaskan minyak masukkan bahan yang dikisar tadi dan serai. Biarkan masak sampai pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam. Gaul rata.
5. Masukkan santan, air dan kerisik. Gaul rata dan biarkan sehingga kuah mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Kalau korang nak rendang kering, biarkan saja tak payah gaul. Kalau nak berkuah, dah mendidih boleh angkat. Dah siap sedia untuk dihidang.

Resipi Rendang Hijau Ayam Tak Criapy


Kalau nak lagi sedap korang boleh saja letak daun limau purut dan daun kunyit. Tapi disebabkan rumah Mimi kedua jenis daun tak ada, masak saja guna bahan yang ada. Tak jadi masalah kalau daun tak ada tapi tuhlah kan tak rasa kick pula. Tapi rasa tetap sedap. Lagi satu rendang Mimi buat semalam berkuah sebab nak makan dengan nasi lemak Mimi suka ada kuah. Baru puas makan. Korang boleh juga tonton video Mimi masak RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY seperti di bawah.



Terasa macam nak raya pula masak rendang bagai. Macam Mimi semalam masak RENDANG HIJAU AYAM TAK CRISPY semalam sebab teringin nak makan demgan nasi lemak. Tapi sorrylah RENDANG HIJAU AYAM Mimi ni TAK CRISPY pun macam yang judger MasteChef UK u nak..Opss!!! Makan dengan nasi lemak panas panas memang sedap tau korang. Nanti korang bolehlah cuba masak untuk raya nanti. Selamat mencuba korang!

Ahad, 1 April 2018

PENINGKATAN PAGE VIEW BLOG DI www.mimiazirah.com

11:48:00 PG 1 Comments
Peningkatan Page View Blog di www.mimiazirah.com | Mimi mula berblog pada bulan Disember 2010. Masa tu, Mimi tertarik nak start berblog bila tengok kawan sekolah ada blog. Cantik sangat blog dia. So, dari situ tercetus nak berblog. Dulu berblog saja suka suka langsung tak fikir pun dari blog buat side income. Sekarang baru ada kesedaran. Bila dah mula serius dalam blog, banyak faktor Mimi ambil berat untuk majukan blog. Salah satunya ialah berusaha keras menaikkan page view di blog. Alhamdulillah, PENINGKATAN PAGE VIEW BLOG DI WWW.MIMIAZIRAH.COM amat memberangsangkan.


PENINGKATAN PAGE VIEW BLOG DI WWW.MIMIAZIRAH.COM


Mimi attach dekat sini page view blog Mimi dari bulan Oktober 2017 hingglah bulan Mac lepas. Sebelum ni Mimi rujuk page view pada blog tapi kawan kawan beritahu page view di Google Analytic lebih accurate.

PV Oktober 2017

PV November 2017

PV Disember 2017


PV Januari 2018

PV Februari 2018

PV Mac 2018

Dulu tak fikir langsung page view (PV) tu sangat penting bagi performance sesuatu blog. Sekarang baru faham dan sedar betapa pentingnya PV blog. Tapi tuhlah, bila Page view makin naik average time on page makin menurun pula. Penting ke tak ye? Banyak juga Mimi kena belajar untuk mantapkan blog.

Apa pun syukur sangat page view bulan Mac capai target yang Mimi tetapkan. Target nak cecah 30k page view tapi tak sangka lebih pula. Entry untuk bulan Mac pun tak banyak pun Mimi update ada 20++ entry saja. Untuk bulan April, Mimi target page view cecah 40k pula. Tak sabar nak tunggu hujung bulan April capai ke tak target Mimi tu.

TIPS DAPATKAN KULIT WAJAH CANTIK DAN SIHAT BERSERI

1:32:00 PG 19 Comments
Tips Dapatkan Kulit Cantik dan Sihat Berseri | Setiap wanita mengimpikan kulit wajah cantik dan bebas daripada sebarang cela. Jerawat, parut jerawat, jeragat, bintik hitam dan putih, liang pori besar merupakan musuh utama wanita. Jadi Mimi nak kongsi dengan korang TIPS DAPATKAN KULIT WAJAH CANTIK DAN SIHAT BERSERI agak kita tampil berkeyakinan apabila berada di khalayak ramai.

TIPS DAPATKAN KULIT WAJAH CANTIK DAN SIHAT BERSERI


Sumber : Google


Mesti pelbagai cara yang dilakukan untuk dapatkan kulit wajah cantik dan sihat berseri kan. Macam macam produk kita cuba dan macam macam petua kita buat tapi mungkin tidak memberi kesan yang positif.

Apa kata kita cuba beberapa tips untuk DAPATKAN KULIT CANTIK DAN SIHAT BERSERI.

Sumber : Google


1) Banyakkan minum air suam
Semua orang tahu kebaikan mengamalkan minum air suam kerana air suam mempunyai 0% kolesterol. Disarankan minum 8 gelas sehari air suam atau sekurang kurangnya 3 liter sehari. Kalau kita amalkan petua kecantikan sekalipun tetapi tak minum air suam tidak guna juga. Air suam membantu mengeluarkan segala toksin di dalam badan. Jadi, pastikan minum air suam!

2) Gunakan skincare yang selamat dan organik
Diakui skincare yang selamat dan organik agak mahal harganya di pasaran. Namun, hasilnya memuaskan hati dan selamat untuk kulit wajah kerana bebas paraben dan bahan kimia yang berbahaya seperti merkuri, hydroquinno dan sebagainya. Sekarang ni banyak skincare organik ada dijual di drugstore.

3) Gunakan bahan alami 
Banyak petua petua orang lama yang boleh kita amalkan contohnya buat masker dari putih telur, skrub beras dan kunyit dan basuh muka dengan air basuhan beras dan banyak lagi petua yang boleh diamalkan untuk dapatkan kulit cantik dan berseri.




4) Pengambilan supplimen
Pengambilan supplimen juga penting untuk dapatkan kulit wajah yang cantik. Namun harus diingatkan, sebarang pengambilan supplimen perlulah amalkan minum air suam yang banyak. Yang paling penting pastikan supplimen yang diambil itu selamat dan mendapat kelulusan daripada pihak berwajib. Salah satu produk yang selamat diamalkan ialah ELLDORA SNOW CRYSTALL yang mengandungi 22 bahan aktif dari alam semulajadi.



Mesti korang nak tahu apa itu ELLDORA SNOW CRYSTAL kan? ELLDORA SNOW CRYSTAL merupakan tablet kunyah berwarna merah jambu dan putih yang mengandungi 22 bahan aktif dari alam semulajadi di mana ia mempunyai sistem pencerahan 2 kali ganda lebih hebat. Ia selamat dimakan dan mendapat kelulusan KKM. Snow Crystal merupakan produk 100% bahan semulajdi tanpa bahan terlarang dan berbahaya. Snow Crystal juga adalah keluaran bumiputera Muslim yang dijamin selamat dan berkesan.

KANDUNGAN BAHAN ELLDORA SNOW CRYSTAL




STRAWBERRY JUICE POWDER
Menentang pembentukan radikal bebas. Kaya dengan vitamin C dan phytonuient yang dapat menghaluskan dan mencerahkan kulit 

ISOMALT
Mengandungi nilai kalori & nilai glisemik yang rendah yang sangat bagus untuk mengawal berat badan berlebihan. Juga sangat bagus untuk kesihatan sistem pencernaan

VITAMIN C
Mencerahkan kulit dari jeragat, anti-penuaan, dan kulit lebih lembut. Memperbaiki struktur kulit



MANGOSTEEN PEEL EXTRACT
Xanthones dapat bertindakbalas dengan radikal bebas dan menghalang dari kerosakan sel kulit.

BOVINE COLLAGEN (COW)
Mengekalkan keremajaan kulit, tekstur dan penampilan kulit yang lebih anjal. Dapat membantu mengurangkan kedutan dan melawan tanda-tanda penuaan.

LYCHEE JUICE POWDER
Membantu menghilangkan ‘black spot’ & jerawat. Selain itu, jus laici juga dapat melambatkan proses penuaan.

L-CYSTIENE
Merupakan komponen penting untuk pertumbuhan rambut, kuku dan sel kulit. Bertindak sebagai ejen pencerah kulit & merawat masalah kulit yang lain seperti jerawat, jeragat, kedutan dan lain-lain.

RICE BRAN EXTRACT
Bertindak sebagai ejen pelembap yang sangat hebat. Juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV merbahaya.

MINERAL PREMIX
Melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh sinar UV dan juga bertindak sebagai anti-bakteria.

VITAMIN PREMIX
Membentuk komponen penting dalam struktur kulit dan melancarkan fungsi sel kulit

TOMATO EXTRACT
Dapat mengekalkan kelembapan kulit, mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan mengatasi kulit berminyak.

ALOE VERA EXTRACT
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah disamping membantu melembapkan kulit.

POMEGRANATE EXTRACT
Dapat mengembalikan sel-sel kulit yang baru dan melindungi kulit daripada radikal bebas matahari.
Merawat masalah kulit kering, berminyak & berjerawat

GREEN TEA EXTRACT
Melindungi kulit dari sinaran UV & membantu mengatasi masalah kulit kering, berminyak & berjerawat, melembapkan kulit

PAPAYA EXTRACT
Mengatasi masalah bintik hitam di wajah, membantu menghilangkan jerawat & melambatkan proses penuaan.

MIXBERRIES EXTRACT
Dapat mengurangkan bintik hitam & lingkaran gelap bawah mata, disamping dapat melembapkan kulit & mengurangkan keradangan di kulit.

OLIVE LEAF EXTRACT
Bertindak sebagai anti-penuaan, melembutkan tekstur kulit, melindungi kulit dari radikal bebas & membantu memulihkan kulit berminyak.

ASTAXANTHIN
Merupakan agen semulajadi bagi mencerahkan dan memutihkan kulit. Mengandungi fungsi anti-fungal, anti-aging & dapat merawat masalah kulit.

BIRD NEST EXTRACT
Mencegah masalah kulit kering & kulit kusam. Juga dapat memutihkan,  mencerahkan  & melembapkan kulit.

SAKURA EXTRACT
Dapat melembapkan kulit & menegangkan kulit. Juga dapat membantu mengatasi kulit kusam & dapat mencerahkan kulit.


APPLEPHENOL
Mengandungi molekul poliphenols yang mampu memberi kesan antioksidan, anti radang & anti penuaan. Mengurangkan pigmentasi & mencerahkan kulit.

DEXTROSE
Dextrose mengandungi karbohidrat yang memberi tenaga kepada tubuh. Ia juga bebas lemak, kolesterol dan sodium.


KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ELLDORA SNOW CRYSTAL


🌻Kulit wajah lebih cerah
🌻Tona kulit sekata
🌻Bintik hitam pada wajah pudar
🌻Kulit wajah semakin berseri
🌻Mampu mengurangkan pigmentasi
🌻Mengurangkan keradangan pada kulit wajah
🌻Kulit wajah kelihatan muda remaja
🌻Melindungi kulit daripada UV
🌻Bertindak sebagai agen pelembap
🌻Memperbaharui sel kulit 
🌻Mengawal pengeluaran minyak pada wajah

KESAN SELEPAS MENGAMALKAN SELAMA SEBULAN


Korang dah tahu kandungan bahan yang digunakan serta kebaikan mengamalkan ELLDORA SNOW CRYSTAL kan? Sekarang Mimi nak tunjuk dengan korang perubahan yang Mimi alami sendiri selepas mengamalkan Snow Crystal ni.

Korang boleh tengok perbezaan muka Mimi sebelum dan selepas amalkan Snow Crystal ni selama hampir sebulan.

Muka sebelum amalkan Snow Crystal. No edit no make up no filter
Selepas amalkan Snow Crystal hampir sebulan No edit no make up no filter. Mata saja bercelak.
Korang boleh nampakkan perbezaan wajah Mimi sebelum dan selepas mengamalkan Snow Crystal selama dua minggu


Hampir sebulan selepas amalkan ELLDORA SNOW CRYSTAL, Mimi memang nampak perubahan ketara pada kulit wajah Mimi. Jeragat semakin pudar, lingkaran gelap bawah mata semakin kurang, kulit pun makin cerah. Yang paling best, kulit Mimi dah tak berminyak. Yahoo!! Best sangat. Mimi suka Snow Crystal ni sebab rasanya sedap. Mix berry dan laici tau. Sebotol ada 60 tablet kunyah. Mimi amalkan sebiji pada waktu pagi sebelum sarapan dan sebiji waktu malam sebelum tidur. Yang penting amalan minum air suam secukupnya. Kakau dulu keluar rumah wajib bermekap. Sekarang ni keluar rumah Mimi hanya pakai lipstick dan celak saja. Sekejap saja dah siap. Tak buang masa mekap lama lama. 

TESTIMONI PENGGUNA ELLDORA SNOW CRYSTAL

Di bawah ni Mimi sertakan beberapa testimoni pengguna pengguna ELDDORA SNOW CRYSTAL. Korang boleh baca dan lihat testimoni berjaya mereka.








Hah, macam mana?  Seronokkan tengok testimoni mereka. Cantik cantik belaka. Nampak berbeza kan?Korang yang ingin mencuba ELLDORA SNOW CRYSTAL atau inginkan maklumat lanjut boleh layari dan hubungi : 

Elldora Empire
~ Inspire Your Desire ~ 

HOTLINE: 019- 227 1077



NOTA KAKI :

Sebelum Mimi terlupa, Elldora juga bakal memperkenalkan produk baru keluarannya iaitu ELLDORA MAJESTIC TOUCH TREATMENT FOUNDATION dan DERMALIC SKINCARE. Kedua dua produk ini akan berada di pasaran tidak lama lagi. Dengan bantuan Doktor Perubatan dan Chemist, terhasillah produk Elldora ini yang diformulasi khas buat korang yang inginkan produk yang selamat dan natural di mana ia mampu merawat, memutih, meremajakan dan mencantikkan kulit.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...