Waktu Yang Paling Sesuai Timbang Berat Badan | Kalau bercerita bab berat badan agak sensitif sedikit sebenarnya kan? Nak nak orang tanya berapa berat korang. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara nak dapatkan bacaan berat badan yang tepat sebenarnya. Bukan main timbang saja sebab ada waktu berat kita berbeza beza tau. Jadi, Mimi nak share dengan korang waktu paling sesuai timbang berat badan.
WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN
![]() |
| Penimbang berat badan yang Mimi beli di Shopee |
Dulu Mimi pelik juga kenapa timbang berat badan hari ni lain hari esoknya lain. Kadang turun kadang naik. Sampai Mimi cakap penimbang rosak. Hahaha..Sekali bukan penimbang tu rosak tapi Mimi yang sebenarnya salah tak tahu WAKTU YANG PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN. Sia sia saja penimbang tu dipersalahkan.
Sebenarnya korang waktu yang paling sesuai untuk korang timbang berat badan adalah pada waktu pagi. Kenapa waktu pagi bukan waktu malam? Ini kerana berat badan kita pada waktu pagi dan waktu malam adalah berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak konsisten serta keadaan pundi kencing yang tidak konsisten juga.
Jadi, korang adalah disarankan WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN adalah waktu pagi. Kalau nak timbang berat badan hari hari pastikan korang timbang berat badan pada waktu pagi selepas bangun tidur, selepas buang air kecil, sebelum makan sarapan dan timbang berat badan pada waktu yang lebih kurang sama. Mungkin ada yang masih kurang jelas dan faham kan. Okey, jom Mimi terangkan.
Contoh hari Isnin, korang bangun pagi jam 5.45 pagi. Korang terus mandi, dah buang air kecil dan air besar. Keluar bilik mandi lebih kurang pukul 6.05 pagi. So, korang terus timbang berat badan. Berat badan yang korang dapat tuh lah berat badan sebenar. Dah timbang, lepas tu nak melantak sarapan pun tak apa. Esoknya hari Selasa, rutin seperti biasa. Tapi hari korang keluar bilik mandi 6.07 pagi. Korang terus timbang berat badan. Jadi, waktu korang timbang berat badan ni lebih kurang sama dengan hari semalam.
Gambar kat atas ni Mimi timbang waktu malam tau. Yang atas sebelum mandi dan buang air kecil. Gambar bawah selepas mandi dan buang air kecil. Keluar bilik mandi terus timbang, kaki pun tak sempat kering. Tu sebab nampak kesan air pada penimbang tu. Nampak kan berat berbeza. Tapi nampak still berat kan sebab yela perut penuh makanan lagi plus belum membuang. Setiap pagi timbang berat Mimi maintain je around 59-60 kg. Bila malam je berat mendadak naik. Sekarang ni dalam usaha turunkan berat badan ideal sebab lutut dah mula sakit. Sebab apa sakit? Boleh baca entry Mimi kat bawah nih.
Baca sini :
Sebelum ni memang Mimi pernah dengar berat badan yang paling ideal untuk kita timbang adalah waktu pagi. Itu sebenarnya berat badan kita. Rutin harian Mimi sekarang ni kan setiap kali lepas mandi, Mimi akan timbang berat badan. Kalau timbang waktu malam pun saja suka suka nak tengok beza berat waktu pagi dan waktu malam. Dekat rumah memang Mimi standby penimbang berat badan tau. Mimi beli di Shopee. Harga asal RM3+.++ tapi selepas tolak diskaun baucer dapat harga RM2.++ saja. Hah, terlebih jimat kau!! Nak shopping kena jadi bijak.
| Penimbang berat badan iscale |
Masa beli penimbang ni, Mimi dapat juga tali tape pengukur warna pink yang digunakan untuk ambil ukuran bila buat baju tu dan dibekalkan juga bateri saiz triple A dua biji. Apa yang best penimbang ni, selain daripada timbang berat ia juga akan paparkan suhu korang.
| Berat badan Adhwa |
Gambar di atas ni berat badan Adhwa yang di ambil pada pukul 8.46 malam ya. Suhu dia memang tinggi sebab Adhwa demam time ni tapi pantang nampak penimbang dia nak juga timbang. Macam Mimi cakap sebelum ni lah, kalau timbang berat badan waktu malam saja suka suka. Selalunya timbang berat waktu pagi paling sesuai. Nanti Mimi share dengan korang berat yang Mimi ambil setiap pagi mulai 26.02 sehingga 28.02. Cukup tiga hari sajalah Mimi share. Berat sebelum ni Mimi catat dalam buku saja. Oh ya, penimbang ni kalau korang nak beli cari saja dekat Shopee tau. Laju laju lah install aplikasi Shopee confirm tak rugi...hehehe




tips terbaek.. blh timbang pagi2 ni.. hehe
BalasPadamJemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. Mee Udang Asajaya
saya tiap2x hari cek... rasa berat je check. hahaha
BalasPadamOh, patutlahhhh..macam tuh rupanyaaaa~ hahaha~
BalasPadamAdik saya, hari hari check, waktu lain..so memang nampak beza sangat~ fikir penimbang tuh rosak gak..ahhaha
wahhh.. baru tahu ni. selama ni main timbang je tak kira waktu..
BalasPadamKan...SA pun main timbang je..hahaha...skrg dh tau dh..
PadamBest penimbang ni..ada suhu bdn sekali
BalasPadamKat shopee ada jual tak agaknya linda...haha..
PadamMenariklah penimbang yg mimi tunjuk ni, mahal tak mimi
Padampenah dgr psl nih jgk, sbb tu akak selalu timbang time pagi2 klu ptg ke mlm tu mmg blh buat hati sakit hhahaha
BalasPadamn sbb tu jgk org pesan jgn timbang tiap2 hari biar seminggu sekali or dua je baru betul...
cute je penimbang pink awak tu dik
takut nak timbang sebab angka nya makin naik..
BalasPadamSA dh x takut dh sebab dh tau dh cara yg betul..
PadamSamalah hi hi hi... takut naik penimbang juga
PadamSA tak pa hot n gojes dah, khaty ni bambam n comel sangat tau. penimbang ibarat musuh sebab selalu bagi jawapan yang tak best..kofkofkof
Padamha..betul la pemahaman Sal...kena timbang pagi sebab dulu ada gak member share pasal timbang berat badan ni...
BalasPadamSelalu SA timbang sebelum makan tghari..hehehe...la ni gigih nak naik penimbang waktu pagi..kena ada satu kat rumah ni
PadamBonde pon ingat timbang waktu pagi rupanya salah hi hi hi
PadamBangun pagi harus chek.. Hahahaha
BalasPadaminfo yg sgt berguna..selama ni tak tau pun bila accurate time utk timbang berat hehe..lps ni blh la start monitor balik
BalasPadamOhh patut pun. Selama nie ikut suka hati je nak timbang bila
BalasPadamKan...selama ni main belasah je nak timbang..pas tu krik krik tepi meja
PadamOhhh baru tahu nak timbang berat badan yang sesuai pada waktu bila. Saya timbang ikut suka je. Jap malam, jap siang. Hehe...rupanya ada masa yang sesuai. Kena kekalkan berat badan ideal untuk kesihatan kita. Kalau terlebih berat akan ada penyakit pula kemudian hari.
BalasPadamKalau pagi perut kosong lagi kan..hahah..kalau malam kang baru nak timbang,memang berbeza
BalasPadamSebab tu berat badan x konsisten kan aida
PadamNak kena beli jgk la penimbang ni.. Lama dah tak timbng berat..
BalasPadamOwhhh... BAru tahu ada masa yang sesuai untuk timbang berat badan. Selama ni main timbang jer tak kira waktu... hahaha... Thanks for the info mimi.
BalasPadamPas ni tak yah meroyan pasal berat badan dh kan
PadamSekarang baru tau kenapa naik turun berat badan tu. Whoa penimbang ni siap ada suhu badan. Hebat la.
BalasPadamTak tahu pulak kena ada specific waktu utk timbang berat. But anyway, sy timbang pd waktu pagi ke petang ke malam ke, berat still pada tahap mengecewakan. Entah bila lah nak naik berat ntah
BalasPadamAkak pun biasanya akan timbang pagi sebelum sarapan...kalau timbang waktu lain memang makan hati la..menangis tepi katil...
BalasPadambagus mimi share, memang tak tahu sebelum ni kan SA
Padambetul, kalau timbang selepas tu agaknya memang lagi kecewa perasaanya
PadamTiap-tiap pagi timbang... takut nak timbang malam. Sebab selalu kalau malam beratnya berbeza dengan pagi. Hihi
BalasPadamSaya dah lama tak timbang ,sebab tau berat biasa antara 39-42 sekitar tu je
BalasPadamBaru tahu tips terbaik time bila sesuai timbang badan. Hehehehhe. Patutla ada perbezaaan kan
BalasPadamOhh patutla berat macam naik turun je rupanya time tak betul. Ok lepasni timbang pagi je la. Oh ye menarik penimbang kak mimi ni siap ada suhu badan lagi. Boleh usha shopee ni.
BalasPadamOwh baru tau kena timbang pepagi, lama tak timbang berat badan Kak Sue nie. Kawan yang lama tak jumpa Kak Sue, cakap Kak Sue dah bulat.. hahaha..
BalasPadamPaling x suka bila jumpa kawan2 lama komen dh bulat la..gemuk la apa la kan kak sue..
PadamKak Sue bulat.. memang comel sekali!
Padamkhaty pun kategori bambam tapi perasan comel. boleh macam tu. hihihi
PadamNice sharing mimi..baru tahu kalau nak timbang berat ada waktu dia..selalu main suka hati je...
BalasPadami dah lama tak timbang berat badan tapi rasa macam badan ni ringan mungkin sebab catu makanan recently hehehee
BalasPadamOh waktu pagi. .Nanti nk try tgk perbezaan . Biasa main timbang je xikut waktu hehe
BalasPadamAgree with you as the correct way to stand on scale is morning. That time out body is the lightest with any fluid.
BalasPadamoh ade time jugak ye..heheh sy main bedal je
BalasPadamO.. baru TB tahu.. nak timbang berat badan pun ada time2 yang sesuai gak ye.. ingatkan main timbang je suka2 hati.. hahaha
BalasPadamMalam kalau timbang memang memangis tepi bucu lah nak. Masa makan tak beringat ye. Hehe.
BalasPadamAkak selalu macam tu la..hahaha...pas tu mula set nak diet bagai..nampak nasi lemak terus ckp..xpe la banyak lagi masa
Padamkeh keh keh... Ana yg comel pun menangis, Kalu Bonde... lebamlah mata menagis non stop
Padamnak diet tu sentiasa ada, tapi buatnya entah bila. itu lah khaty
PadamBaru akak tau nak timbang pun ada masa yang sesuai. Biasa ikut je suka hati nak timbang bila...hihi
BalasPadamBaru tahu waktu timbang berat badan yang betul. Selalu timbang je x kira time.
BalasPadamwww.liahasty.com
eh ada beza rupanya. Kalau gitu, bestlah timbang waktu berpuasa..mesti steady je berat dr pagi sampai ke petang..hehe
BalasPadami always do that when i woke up and the most to take it in the evening... hahahha however it is.. janji sihat! always weigh ourself so that we can maintain not to be overweight though i am now... lolz
BalasPadamRacheal
owh baru tahu
BalasPadamesok pagi lah timbang balik
hehehe
Wahhh baru tau.. Waktu yg tepat utk timbang bwrat badan. Sebelum ni main hentam sahaja..
BalasPadamHaha, tengok penimbang pun takut. COnfirm naik mencanak. Tapi tq k.mimi utk tips tu.
BalasPadamBaru tau ada waktu-waktu tertentu kalau nak timbang berat badan yang betul. Hahah! Selama ni timbang ikut suka jiwa je. Macam best je pulak penimbang iscale ni. Siap boleh sukat suhu badan sekali. Nak try usha jugaklah nanti.
BalasPadamYup betul tu...sis pun selalu timbang waktu pagi, time tu memang syiok je tengok angka kat penimbang tapi kalau malam..nak.nangis tengok..hahaha
BalasPadamOo.. kna timbng waktu pg rupanya ye. Sllu ikut dan je. Erm.. mcm nk bli penimbang jugak la kt shopee. Blh guna sllu kn.hihi
BalasPadamkatanya waktu pagi tu adalah waktu badan kita paling jujur dengan kita. itula waktu terbaik nak timbang. waktu lain tu saja2 suka2 boleb ja tapi untuk orang yang memang keep track berat badan elok konsisten pepagi..
BalasPadamok tq mimi lepas ni nak timbang pagi je laa
BalasPadamTak tahu pun cara timbang yang betul Tak kira waktu. asal dapat berat badan. Hihihi
BalasPadamtq mimi.. tapi nak tanya.. harga penimbang tu rm20++ ke rm2.++?
BalasPadamida da lama tak check. asal check je 44.5 underweight. malas aih haha
BalasPadamFrust da nak timbang xpenah naik pun huhu
BalasPadamWah..dah lama xtimbang berat bdn..hehe.. Bolehlah nk cuba beli penimbang kt shopee ni..
BalasPadamKalau rabia timbang dekat rumah lain..dekat hospital lain..
BalasPadam