Produk Kecantikan dan Kebersihan Harian Yang Digunakan | Hai semua! Baik lelaki mahu pun wanita mesti ada produk kecantikan dan kebersihan harian yang digunakan. Pencuci muka, syampu, skrub, sabun dan sebagainya. Ada yang tanya, Mimi kongsi dan review produk di media sosial tu Mimi guna atau pun tak. Hah nak tahu Mimi guna produk apa? Jom tengok! Bukan senang tau Mimi nak kongsi dengan orang produk kecantikan dan kebersihan harian yang digunakan.
Hahhh...Nampak tak? Bukti Mimi share, review dan guna. Bukan review kosong tau. Contoh syampu dan perapi Safi Shayla. Memang dah lama guna tau. Bau wangi dan best. Untuk muka, Mimi memang guna Contour Cleanser dari Althea dan skrub pula memang St. Ives. Dulu Mimi guna yang Apricot Scrub. Sekarang beralih guna Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange scrub.
Dulu Mimi salah seorang pengguna produk "sampah" tau. Sekarang dah bertaubat. Memang sekarang guna produk dari drugstore dan produk yang selamat dan guna bahan semulajadi.
Yang atas ni pula antara produk yang Mimi guna untuk muka dan badan. Deodoran Nivea Men tu suami Mimi punya barang tau bukan Mimi. Jangan salah faham pula. Produk yang Mimi guna memang kebanyakannya dari Althea, Safi, Good Virtues Co., Nivea dan Id. Az Derm. Kalau mekap lain pula.
So, tak timbul isu Mimi share produk dengan semua orang tapi tak guna. Nope. Mimi guna je as long as produk yang digunakan selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Serik rasanya nak pakai produk sebarangan ni. Muka rosak sendiri tanggung. Alhamdulillah setakat ni, semua lroduk yang Mimi gunakan ni selamat.



terbaek.. banyaknya.. hehe
BalasPadamMcm2 produk kecantikan yg mimi review and guna sbb sesuai ngan kulit mimi.. Kdg2 certain org kulit sensitive kn
BalasPadamWah kebanyakkan sama dengan ana. Sep sikit. Paling best set BE tu. Love love love it so much.
BalasPadamkita pun guna produk drugstore gak..
BalasPadamKak Sue pun sama macam Mimie.. mana rasa okay dan selamat, Kak Sue guna ja..
BalasPadamni banyak betul ni, abis semua tempat nak di sapunya betul tak? hehehehhe eh kita sama sebenarnya jugak tau
BalasPadamkalo deodorant...
BalasPadamhusband saya suke bebenor dashing sticks tu dia kata tahan ngan dia dan kekal.lama baunya.
Wowwwww banyaknya produk. Hahahaha. Guna secara konsisten dan jangan lupa mencuci wajah selepas mekap tau. Walaupun mekap simple aje. Itu first step utk memudahkan produk seterusnya mudah meresap ke dalam kulit. Hehe
BalasPadamBanyaknya Produk yang digunakan.. Setakat nie satu dua produk ajer yg maintain guna harian
BalasPadam