Assalamualaikum dan hai korang! Salam hujung minggu. Hari ni apa aktiviti korang? Mimi hujung minggu selalunya buang masa dekat rumah saja. Lagipun si kecil demam, lepas tu hujan pula hari ni. Mood nak jalan jalan tak ada. Malam nanti baru pergi open house.
Semalam Mimi masak nasi lemak, ada sambal ikan bilis dan sambal udang. Tapi tak dan nak snap gambar share dengan korang. Hari ni sempat snap gambar masakan hari ni. Hari ni ada 4 menu simple yang Mimi masak plus pencuci mulu buah naga.
 |
| Sambal udang |
 |
| Telur dadar |
 |
| Tumis sawi dan lobak |
 |
| Telur Asin |
 |
| Buah Naga |
Hujung minggu memang lebih dua menu Mimi masak. Nak nak kalau suami ada di rumah. Kalau tak, hujung minggu kalau Mimi ada dengan anak anak Mimi akan masak satu menu saja dengan kuantiti banyak. Kadang masak bihun goreng, nasi goreng tengok pada mood dan keadaan. Kadang mood nak masak ke laut, Mimi bawa anak anak makan kat luar. Tapi bukan selalulah. Korang masak apa pula hari ni?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih sudi tinggalkan komen.