PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN | Hai korang! Semalam seharian Mimi sibuk tau. Dari pagi sampai habis kerja, jadual pack sangat. Pagi semalam Mimi terlibat dengan PERTANDINGAN PEMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN di Dewan Tan Sri Khalid, Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan.
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN
PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ini disertai seramai 44 orang peserta di mana setiap jabatan menghantar wakil 4 orang termasuk 4 orang VIP yang terdiri daripada isteri Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan.
Dah nama pun pertandingan permainan tradisional kan, tema pertandingan tu tema gadis kampung ayu ayu gitu. Hahaha. Semua peserta kena berbaju kurung Kedah berkain batik. Baru nampak meriah dan suasana kampung tu kan.
Pertandingan dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan dijangka habis pukul 12.00 tengahari. Pertandingan dimulakan dengan permainan congkak. Selesai congkak main batu seremban pula. Yang mana terror main batu seremban pun kalah sebab banyak ketawa daripada fokus. Kalah menang adat pertandingan. Kitorang sebenarnya lebih nak seronok dan happy happy.
Pertandingan selesai pukul 11.45 pagi awal dari masa yang dijangkakan. Hadiah disampaikan oleh Penasihat dan Penaung PERKEP IPK Negeri Sembilan oleh ACP Nor Azman bin Muhammad Yusuf.
Apa apa pun memang enjoy habis. Tak kiralah peserta tu pegawai polis ke, anggota polis ke, ketua kerani ke, kerani ke tapi semua tuh bukan penghalang untuk kitorang bersama sama jayakan pertandingan ni. Seronok sama sama kan.









Best kan k.mimi sekali sekala ada aktiviti gini. Boleh release tension, haha.
BalasPadamBestnya aktiviti macam ni.. siap berbaju tradisional lagi.. sporting je semua kan. Congkak lama dah tak main.
BalasPadamwow. menarik nyer ni. suka sgt.
BalasPadamdgn permainan nyer tradisional. hingga la pakaian .
sporting abis semuanya...
benda gini kena maintain buat tiap tahun, mimi.
baru la ia berkembang semula dlm masyarakat.
Dulu masa kecik2 selalu main congkak ngan member2. Tapi dulu saya ada batu seremban..cuma yang main tu..member2 saya. Sebab saya tak pandai main batu seremban. Hahahaha.. :)
BalasPadamLamanya x main congkak..tp bt seremban memang saya x pandai lansung
BalasPadamAmboii seronok nya, akak kat sini nengok gambor pon dah rasa terhibur , happy sesangat
BalasPadamPerniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan
Dah macam pertandingan pecah rekod Malaysia lak ramai yang main tu hehehe dengan pakaian tradisi bagus lah acara macam ni...
BalasPadamKemain ayu lagi baju kedah dan berkain batik. Pastu main congkak dan batu seremban. Dulu masa sekolah rendah saya ni memang suka main batu seremban. Ada time tu famous permainan ni. Masa rehat la mainnya tu.
BalasPadamMasa dulu memang ini ajelah kejenya..sampai hilang batu seremban kena sorok dengan mak! Bagus kekalkan tradisi..sekarang budak moden ada main ke lagi? Tertanya2 pula
BalasPadamWah menariknya... Siap berbusana tradisional pulak tu. Sekali sekala dengan aktiviti begini bagus juga. Release tension selain merapatkan ukhwah. Bagus betul!
BalasPadamWah bestnya dah lama tak main congkak.cantik kain batik semua orang hihi
BalasPadamhohoho.. lama giler x main congkak
BalasPadamdulu masa zaman kita kecik2 benda ni
je mainan selain serembat ting ting
galah panjang baling selipar bola
lisut.. skeg tinggal kenangan..
Salam sabtu. Ibu singgah blogwalking blog sis mimi. Serba berkain batik, nampak ayu gitu
BalasPadamWahhh bestnya sesekali dpt bermain permainan tradisional mcm nie yer. Siap buat pertandingan lagi. Siap berkain batik. Wahhh rare sangat nie
BalasPadamAlololo comelnyaaaaaaa semua berpakaian Ala-Ala tradisional melayu tu. Ruby dah lupa main batu seremban dan congkak tu macam mana. Tapi masa dulu memang kerap menang lah kalau bertanding. Well well well hahaha. Sekarang anak sedara ajak main batu seremban pun slow. Mata tak cekap macam dulu. Wuwu
BalasPadamWah bestnya. Tak sangka ada lagi yang mahu angkat permainan-permainan dulu-dulu ni. Memang menggamit memori betol
BalasPadamNampak kiut je semua pakai baju kedah dan berkain batik. Nad ada lagi tempat congkak dengan guli. Nanti anak dah besar baru boleh main. Seronok main permainan dulu2 kita main ni
BalasPadamTempoh hari buat pertandingan dam haji dengan rakan2 blogger... next boleh kot buat pertandingan main congkak pula hahahahh..
BalasPadamNanti, join tau....
Bestnya Mimie ada aktiviti macam nie, lama tak main congkak.. hehehe..
BalasPadamwooo... i remember this activity back to the school and really fun.. i called it the most friendly match ever as ppl play as fun..
BalasPadam