Memaparkan catatan dengan label Safi Shayla. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Safi Shayla. Papar semua catatan

Selasa, 20 Jun 2017

SAFI Shayla Syampu Wanita Bertudung

2:31:00 PTG 4 Comments
SAFI Shayla Syampu Wanita Bertudung | Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung.

SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.

SAFI Shayla didatangkan dengan rangkaian seperti berikut :


SAFI Shayla  Anti Kelemumur

SAFI Shayla Hitam Menawan

SAFI Shayla Itch Kontrol

SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak

SAFI Shayla Licin Terurus

SAFI Shayla Penyegar Kulit Kepala

SAFI Shayla Perapi Rambut

Mimi sendiri memang pengguna SAFI Shayla tau. Sekarang ini memang Mimi gunakan SAFI Shayla Kawalan Minyak. Baunya wangi dan tahan lama memang best sangat tau. Mimi juga memggunakan SAFI Shayla Perapi Rambut. Setiap kali selepas cuci rambut, Mimi akan gunakan perapi rambut. Selepas bilas, rambut memang wangi dan lembut sangat tau.

Rangkaian produk SAFI Shayla yang Mimi ada sekarang ini. Stok untuk beberapa bulan. Silap haribulan stok untuk setahun.

Dari kiri : SAFI Shayla Kawalan Minyak, SAFI Shayla Hitam Menawan, SAFI Shayla Perapi Rambut dan SAFI Shayla Itvh Kontrol.

Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI.

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab, boleh tonton video YouTube di bawah.



Untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari laman laman berikut :


Facebook SAFIwww.facebook.com/SAFI.MY
Instagram SAFI : @safimalaysia 
Web SAFI : www.safi.com.my

Ahad, 9 Oktober 2016

Safi Shayla Pek Fleksi : Syampu Wanita Bertudung Pelbagai Fungsi Untuk Lebih Jimat Tanpa Kompromi

7:00:00 PG 2 Comments
Assalamualaikum....

Sebagai wanita amat penting menjaga penampilan agar tampil berkeyakinan di khalayak ramai. Bukan sekadar penampilan perlu dijaga tetapi rambut sebagai mahkota wanita juga perlu dijaga dengan rapi dan perlu sentiasa wangi.

Seperti yang kita sedia maklum, rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.

Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.

Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung yang diperkaya Habbatus Sauda memperkenalkan satu solusi penuh inovasi, SAFI Shayla Pek Fleksi.


"SAFI Shayla sebagai teman terbaik mahkota wanita bertudung berbangga untuk melancarkan satu lagi bentuk terbaru mudah guna but semua wanita. Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus atau digunakan sebagai pek isian semula atau sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat." Jelas Puan Mahsuri Sulaiman,Pengurus Pemasaran SAFI.


Warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi syampu SAFI Shayla Pek Fleksi dikekalkan sama dengan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. Pek inovasi bersaiz 480g ini memudahkan pengguna membawa ke mana sahaja. Malah pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik 65% lebih kurang.


Mimi sendiri merupakan pengguna syampu SAFI Shayla. Bila ada pek fleksi ini memang mudah sangat nak bawa ke mana mana terutamanya bila balik kampung atau berkursus. SAFI Shayla Pek Fleksi yang Mimi guna ini khas untuk kawalan minyak. Selepas menggunakannya memang rambut tidak berminyak, kelihatan bermaya dan yang paling best baunya yang wangi.

SAFI Shayla Pek Fleksi didatangkan dengan 8 rangkaian wangian dan fungsi yang berbeza iaitu :

 SAFI SHAYLA PEK FLEKSI KAWALAN RAMBUT ROSAK

 SAFI SHAYLA LEK FLEKSI KAWALAN RAMBUT GUGUR


SAFI SHAYLA PEK FLEKSI KAWALAN MINYAK

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI ITCH-KONTROL


SAFI SHAYLA PEK FLEKSI ANTI KELEMUMUR

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI SEGAR BERMAYA

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI LICIN TERURUS

SAFI SHAYLA PEK FLEKSI HITAM MENAWAN

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama pada harga RM14.65.

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI boleh layari :


Instagram : @safimalaysia