Memaparkan catatan dengan label Althea. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Althea. Papar semua catatan

Ahad, 13 Ogos 2017

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off Melembabkan dan Melembutkan Kulit Wajah

12:37:00 PTG 8 Comments
Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off | Selepas seharian muka bermekap, pastinya kita inginkan muka yang bersih dan bebas dari mekap. Penjagaan muka bukan hanya semata mata cuci dengan cleanser tetapi skrub atau mask juga diperlukan untuk membersih kulit muka secara mendalam. Mimi suka skincare yang berfungsi sebagai skrub dan mask. Mudah dan jimat masa. Dan yang paling best Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off yang Mimi beli dari Althea memenuhi kehendak Mimi, dwifungsi skrub dan mask. 

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off


Rice Mask Wash Off
Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off

Bila seharian bermekap mestilah kita nak kulit kulit bersih dan bebas dari mekap. Selepas cuci muka dengan cleanser, Mimi akan sapu muka dengan Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off. Yang best tentang rice mask ni ia terhasil dari tumbuh tumbuhan segar dan buah buahan. Jadi, tidak perlu khuatir menggunakannya kerana diperbuat dari bahan semulajadi. Produk dari Korea ini juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya tau. 

Cara menggunakannya pun cukup mudah. Cuma letak sedikit rice mask di kawasan dahi, pipi, dagu dan hidung. Elakkan kawasan mata dan mulut. Kemudian sapu rata secara perlahan lahan secara memusing. Lebihkan menggosok secara lembut di bahagian hidung. Tak perlu risau mengenai tekstur rice mask kerana ia tidak kasar di muka. Teksturnya lembut tau. Walaupun ada rasa biji biji pada rice mask ni tetapi bila sapu akan rasa lembut saja. 

Sapu Rice Mask Wash Off pada kulit muka


Bila dah rata, biarkan seketika pada kulit muka dalam 10-15 minit. Macam pakai mask kan? That's why Mimi suka sangat dengan rice mask ni. Selepas sental muka dengannya kemudian kena biarkan seketika sebelum cuci. Skrub dan mask kan. 2 in 1, jimat masa dan tenaga. Tak perlu susah payah selepas skrub kena pula pakai mask. Buat terus sekaligus kan mudah.

Selepas 10-15 minit biarkan rice mask di muka, boleh basuh muka dengan air yang suhunya agak agak suam . Air jangan terlalu panas atau sejuk. Dah cuci bersih, lap muka hingga kering. Dan korang akan rasa kulit muka lembut dan lembab saja.

Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off

Tekstur Rice Mask Wash Off

Packagingnya pun ringkas dan menarik. Cuma Mimi harapkan agar disediakan sudu kecil pada bekas rice mask ini tujuan untuk menjaga kualiti dan kebersihan produknya. Yang lain, so far okey saja. Selama sebulan Mimi menggunakannya, kandungannya still banyak lagi. Mungkin satu bekas ini boleh bertahan 4 - 5 bulan. Yelah, takkan hari hari guna kan. Mimi sendiri guna seminggu tiga kali.

Hasil selepas penggunaan Skin Food Since 1957 : Rice Mask Wash Off selama sebulan, selain daripada kulit muka lembut dan lembab, Mimi perasan jerawat yang ada di bahagian pipi Mimi semakin mengecut dan mengecil. Bekas jerawat juga semakin pudar. Mimi yakin jika gunakannya secara konsisten mesti hasilnya gempak. Bila umur semakin meningkat ni menjadi jadi pula jerawat tumbuh di pipi kanan. Geram tau. Dengan adanya rice mask ni, masalah yang dialami dapat di atasi.

Mungkin hasilnya lambat tapi bagi Mimi biar lambat asalkan selamat. Produk yang menggunakan bahan bahan semulajadi memang akan memberi kesan yang lambat tapi hasilnya pasti memuaskan. Biar lambat asal bebas dari bahan kimia berbahaya.

Korang yang nak dapatkan Rice Mask Wash Off seperti Mimi boleh dapatkan secara online di :

Rabu, 19 Julai 2017

Althea Turns 2

3:14:00 PTG 7 Comments
Althea Turns 2 | Tahun ni kali pertama Mimi berpeluang sambut birthday Althea. Walaupun kali pertama, seronok tu tetap ada. Teruja. Yeayyy!!!Althea turns 2! Happy birthday Althea. Semoga terus berjaya mengorak langkah menjadi platform online pertama yang menjual barangan mekap yang terkemuka. Barangan mekap dari Korea semua best best tau.


Korang, sempena birthday ke 2 Althea pada Julai ini, Althea ada menganjurkan pelbagai contest yang best best untuk disertai tau. Di Althea juga ada sale untuk korang peminat setia Althea. Setiap pembelian barangan mekap di Althea, korang juga berpeluang untuk dapat birthday goodies dan birthday giveaway sementara stok masih ada.

Contest yang sedang berlangsung di Althea sekarang ni seperti berikut :

đź’„20 Days Of Beauty The Birthday Giveaway
đź’„Fly Me to Korea for Two
đź’„Shop & Win
đź’„pelbagai lagi yang menarik ada di Althea. Terma & syarat www.althea.kr

ALTHEA TURNS 2


Althea Turns 2

Sempena birthday Althea yang ke 2 tahun ni Mimi nak ucapkan :

"SEMOGA ALTHEA TERUS MENJADI PLATFORM TERBAIK ANTARA YANG TERBAIK KEPADA SEMUA WANITA YANG MENGGEMARI KOLEKSI MEKAP DARI ALTHEA SERTA DIHARAPKAN ALTHEA TERUS MENGECAPI KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN"

Kali ni, Mimi berpeluang shopping di Althea sempena birthday ke 2 Althea. Yang paling best, Mimi dapat goodies yang best best dari Althea. Terima kasih Althea!! Jom sama sama tengok satu satu produk yang Mimi grab di Althea.

Selfie dengan birthday box + birthday kits + produk yang dibeli
Skin Food Since 1957 Rice Mask Food Off

Mimi suka bau rice mask ni tau. Wangi je. Cara nak guna pun senang. Selepas cuci muka, apply saja rice mask ni pada muka dan gosok gosok perlahan. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas. Lepas pakai, memang soft dan moist saja kulit muka tau.

Nella Black & Black Cleansing Foam

Dah lama aim pencuci muka ni. Siap ada sekali dengan berus muka tau. Makin bersihlah muka lepas ni.

Innisfree Jeju Volcanic Blackhead

Dengar dengar Innisfree Jeju Volcanic Blackhead ni best bila apply. Memang berkesan. Setakat ni, Mimi belum guna lagi. Rasa sayang pula nak guna.hahaha..

A'Pieu Pure Block Natural Sun Cream

Dah lama aim nak beli sunblock. Bila terdedah dengan matahari ni faham faham sajalah. Kulit semakin tua kena jaga betul betul. So, why not kita jaga kulit kita dengan sunblock dari A'Pieu.

Marry Me Hand & Nail Cream

Krim untuk tangan dan kuku Marry Me gitu. Mimi dari dulu memang gila losyen atau krim tau. Pantang nampak losyen atau krim baru, memang nak grab saja. Kali ni, kita grab di Althea pula. Buat koleksi.

It's My Puff - Oval Puff

First time guna puff ni, aduh duh duh lembutnya lahai. Anak anak Mimi siap cakap lembutnya ummi...Beli puff ni sebab mudahkan apply concealer kat seluruh muka. Sekata je kan. Lepas ni, nak beli puff lain pula.

Comme Comme Brush Case

Warna pink jadi pilihan. Of course lah kan kata peminat pink! Brush case ni Mimi beli sebab senang nak simpan berus berus dalam ni. Mudah kerja, taklah nanti berus hilang kan.

No Poreblem Color Balm

Mimi ada sikit pori terbuka kat area pipi dekat dekat dengan hidung. So, bila mekap nampak tak cantik pula sebab liang pori terbuka. Jadi, sebelum apply concealer dan loose powder, kena apply dulu No Poreblem Color Balm ni dulu. Memang best pakai, wangi. Bila apply memang pori tak nampak tau. Memang berkesan!

Kesemuanya ada 8 barang yang Mimi beli berjumlah RM150 free postage tau. Selain daripada itu, Mimi dapat juga goodies yang best best dari Althea! Terima kasih Althea bagi goodies yang best!!

Mask, Cleanser dan Lotion Gifts

Belle Journée Tattoo Tint

Apa tunggu lagi! Jom shopping di Althea sempena Althea Turns 2, confirm korang rambang mata sebab macam macam ada di Althea.

Fb : Althea

Ahad, 25 Jun 2017

Althea Haul - Unboxing Althea Limited Edition Box

7:07:00 PG 4 Comments
Althea Haul | Sempena Raya Giveaway Festival, macam macam produk yang ada sale di ALTHEA. Dari produk skincare sampailah ke barang mekap semua murah murah uols. Rambang mata jadinya. 

So, Mimi juga tak lepaskan peluang shopping di ALTHEA sempena Raya Giveaway Festival nih. Time time nak raya nih haruslah tambah koleksi barang mekap. Raya nanti bolehlah melaram sakan dengan mekap baru. 

Cantikkan bungkusan ALTHEA..Cute sangat.

Limited Edition Box warna hijau pastel. 

Cantik kan Limited Editton Box nih. Kebiasaannya kalau shopping di ALTHEA box warna pink tau.

Untuk setiap pembelian RM99 ke atas, akan dapat free shipping dan yang paling best dapat satu free produk sempena giveaway Raya. Pilih saja apa korang suka.

Nak tahu apa yang Mimi pilih untuk free giveaway, jom sama sama unbox ALTHEA Haul dengan Mimi.

Witch's Pouch Selfie Perfect Eyebrow

Mimi pilih warna Brown. Kalau pilih warna hitam mahu jadi Shin Can nanti. Hahaha..Bila apply dekat kening terus jatuh hati sebab smooth aje bila apply. Mudahkan kerja Mimi nak bentuk kening.

Witch's Pouch Shadow for Eyes Kod 02 Pink of Moon.

Bila pakai memang nampak nice je mata tuh. Warna pun cantik.

Witch's Pouch Color Corrector CC Cream SF50+ PA+++ 6 in 1

Mimi dah try pakai CC Cream nih memang best. CC cream nih ada 6 fungsi tau iaitu UV protecting, Moisturizing, Whitening, Anti-Wrinkle, Covering dan Correcting. Bila pakai lama lama cc cream nih akan blend dengan warna kulit. Kulit pun nampak glowing dan lembut saja bila sentuh.

Witch's Pouch Banhana Mascara Sweet Curling

Apa yang best pasal mascara nih, baunya best ala ala bau bubble tau. Lepas tuh, sapuan mascara pada bulu mata pun sekata saja tak ada berbutil butil mascara tuh kat bulu mata.

Witch's Pouch Selfie Like Shot Dual Lipstick Kod 03 Coral & Red

Mimi suka lipstick nih sebab warnanya tak terlalu terang. Just nice saja bila apply.

Eyelash Curler & Cushion

Beli nih sebab pengepit bulu mata dah lama hilang..Cushion tuh beli sebab senang nak apply bedak kat muka.

Witch's Pouch Selfie Perfect Concealer Kod 23 Natural Beige

Dah apply kat muka. Best sangat. Soft saja bila apply kat muka. Tak payah tepek tebal tebal pun. Dap dap sikit kat muka sapu dan nampak sekata dah.

Witch's Pouch Love Me Blusher Kod 03 Berry Pink

Hah, nihlah barang yang Mimi pilih untuk giveaway tuh. Memang dapat free okey. Blusher nih besar, puas hati sangat. Warna pun cantik just nice kalau apply di pipi.

Selain tuh, Mimi pun dapat sampul raya dari ALTHEA yang ada code shopping. Sempat lagi nak gunakan. 

Okey, dah settle unbox dan korang dah tau apa yang Mimi beli di ALTHEA. Produk produk yang ada di Althea nih semuanya produk KBeauty didatangkan khas dari Korea. Dijamin selamat. Korang kalau nak shopping di ALTHEA sempat lagi okey, Raya Giveaway Festival masih berjalan lagi. Rugi kalau tak shopping di ALTHEA.

Thanks ALTHEA for da aweaome gifts. Will shopping more and more again after this!!❤❤❤

Khamis, 8 Jun 2017

ALTHEA's Raya Giveaway Festival

11:30:00 PG 0 Comments
ALTHEA's Raya Giveaway Festival | Koranggggg nak bagitahu nih, memandangkan tak lama lagi kita nak sambut Raya, ALTHEA mengadakan Raya Giveaway Festival buat korang yang memang kaki mekap. ALTHEA merupakan platform online shopping barangan kecantikan dan mekap produk KBeauty. Yang kaki mekap memang tidak asing lagi dengan ALTHEA nih.Biasalah kan perempuan dan mekap berpisah tiada. Pelbagai produk mekap boleh korang dapat di ALTHEA tau. So, raya nanti bolehlah melaram sakan dengan mekap ala ala retis Korea gitu. Rugi kalau korang tak shopping di ALTHEA sekarang nih sebab tengah ada promosi kaw kaw, harga panah janung gitu.

Setiap kali log in kat web ALTHEA, memang rambang mata dibuatnya tau. Pilihan terlalu banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana. Semua produk di ALTHEA nih best best tau korang. Tak ada yang tak best..Memang rugi sangatlah kalau tak shopping kat ALTHEA. Korang tak perlu rasa was was atau ragu ragu nak shopping produk mekap ALTHEA nih tau sebab produk nih merupakan produk KBeauty yang didatangkan terus dari Korea. Dijamin selamat okey. 


Sempena Raya Giveaway Festival nih korang akan dapat keisitimewaan yang tersangatlah best di Althea tau. Nak tahu apa keistimewaan yang korang dapat? 

♡ Satu gift setiap pelanggan - Korang akan dapat free gift yang boleh dipilih mengikut pilihan yang korang suka selepas shopping nanti. Korang akan ke satu page goodies items, just pilih saja barang yang korang nak. Bila check out nanti, harga produk tuh akan ditolak siap siap tau.
♡ Dannn yang paling best ialah The Limited Edition Althea Raya Box. Designnya yang simple dan cantik.


Cantikkan Althea Raya Box Limited Edition nih..Cantik dan simple tau. Boleh buat tambah koleksi kotak kat rumah..hehehe..

Korang apa tunggu lagi, jom shopping raya di ALTHEA. Tak rugi pun shopping kat ALTHEA nih tau korang sebab semua produk best best dan berbaloi untuk korang miliki. Rasa tak sabar pula nak shopping Raya di ALTHEA. Jom korang!!