Sunday, June 30, 2019

BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

June 30, 2019 27 Comments
BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 | Dari dulu lagi memang Mimie sejenis ulat buku. Kalau ada event buku yang buat sale memang takkan lepaskan peluang pergi. Tapi tengok tempat juga kalau jauh sangat memang tak pergi.

Salah satu event book sale yang Mimie teringin nak pergi sudah tentulah BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2. Sebelum ni selalu tengok kawan kawan up cerita diorang shopping sakan buku buku di Big Bad Wolf. Jealous tau tengok dorang shopping. Sampai terdetiklah dalam hati, BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni tak nak ke buat kat Seremban. Yes! Finally ada juga Big Bad Wolf kat Seremban. Bila dapat tahu, apa lagi tak lepas peluanglah datang sini kan.

Pintu masuk ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2


BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

Banner Big Bad Wolf Boom Sale


Pertama kali jejak kaki kat Big Bad Wolf 2019 di Mydin Mall Seremban 2 jadi tak keruan sebab besar yakmat. Duk terfikir habis ke jelajah semua section kan. Penyudahnya memang tak habis jelajah semua section sebab besar sangat. Lagipun Mimie datang sini minggu ni sebab risau minggu depan tak dapat datang sebab nak pergi jemputan kahwin. So, kesempatan yang ada gunakan sebaiknya ye tak. 

Hah korang yang tak berkesempatan nak jejak kaki ke Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni jangan risau jangan sedih sedih sebab masih ada masa lagi korang nak datang je sini. Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2 ni berlangsung dari 27 Jun sehingga 7 Julai 2019 bermula dari pukul 10 pagi sampai 12 tengah malam. Hah 14 jam sehari tau Big Bad Wolf Book Sale ni dibuka. So, masih ada masa lagi nak datang sini shopping buku! 

Masa sampai kat Big Bad Wolf Book Sale 2019 ni pun ramai juga yang datang nak beli buku. Budak budak sekolah pun ramai. Yela, dah ada book sale besar macam ni takkan masing masing nak lepaskan peluang kan. Satu kerugian kalau tak datang BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni. 

Orang ramai mula memenuhi Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2


PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE W019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2

Fokus utama nak cari buku untuk Aina dan Auni barulah cari buku untuk diri sendiri. Rambang mata dibuatnya sebab PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2 ni tau korang. Antaranya buku  cerita kanak kanak, buku latih tubi untuk pelajar sekolah, buku motivasi, buku keagamaan, novel Melayu dan Inggeris, kamus, Al-Quran dan banyak lagi. 

Antara buku cerita kanak kanak yang ada

Section novel novel Melayu

Section buku latih tubi pelajar sekolah

Majalah untuk kanak kanak pun ada

Buku motivasi yang ada

Buku buku keagamaan pun ada juga tau

Harga semua buku yang ada di sini jangan cakaplah. Murah dari harga yang biasa dijual di pasaran. PELBAGAI JENIS BUKU ADA DI BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 ni murah murah tau korang sebab ada diskaun dari 75% sehingga 95%. Jangan tak percaya ada buku serendah RM1 tau. 

Ni pula Big Bad Wolf  Membership Zone

Pelanggan berpeluang memenangi RM50 baucer


Yang kaki novel, memang confirm tak keruan kalau datang sini sebab novel jauh murah dari harga asal. Ada harga RM8 ada harga RM10. Mimie memang hantu novel tapi tak beli novel Melayu pun sebab dekat rumah ada 5 buah novel masih cantik elok berplastik tak baca lagi. Buat hiasan dekat almari. So, Mimi cari buku keagamaan dan novel Inggeris. Nak improve kan bahasa Inggeris gitu! 

Aina duk belek buku latih tubi yang ada

Belek belek buku yang ada

Cepat nak beli buku apa. Pilih pilih! 


Untuk Aina dan Auni Mimie belikan buku latihan dan buku cerita. Adhwa Mimi belikan buku ABC Upin Ipin. Jumlah semua buku plus harga beg plastik RM0.20 ialah RM58.20. Puas hati sangatlah dengan RM58 dapat banyak buku. Nampak gaya memang akan jejakkan kaki lagi kat sini. Tak percaya tengok kan jelah. 

Berpeluh peluh tau nak beli buku punya pasal. Dah puas, moh ler bayar kat kaunter. 

Sebelum balik bergambar dulu dekat pintu gerbang Big Bad Wolf Book Sale 2019

Tepek lagi sekeping gambar! 

Hasil rembatan di Big Bad Wolf Book Sale 2019 di Mydin Mall Seremban 2

Buat korang yang tinggal di sekitar Seremban dan Port Dickson, apa tunggu lagi. Jom sama sama meriahkan BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 DI MYDIN MALL SEREMBAN 2! Banyak buku yang best best ada dijual di sini. Tak rugi kalau datang! Tapi jangan lambat sangat tau takut nanti buku yang korang nak kehabisan. 

Info lanjut mengenai BIG BAD WOLF BOOK SALE 2019 korang boleh layari : 


Instagram

Facebook

Website


Friday, June 28, 2019

Puding Triffle Kek Pisang Menu Jamuan Hari Raya Sekolah Anak

June 28, 2019 27 Comments
PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK | Selagi syawal tak habis memang macam macam jamuan raya yang ada kan. Kali ni jamuan hari raya dekat sekolah anak anak.

Macam biasa balik dari sekolah Aina dan Auni dah tanya nak masak apa untuk jamuan raya. Sebab malas nak fikir sangat bab masak masak ni Mimi decide buat puding triffle. Tapi nak tahu macam mana boleh jadi PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK hah baca sampai habis.



Malam tadi gigih tau cari beberapa bahan yang tak ada nak buat puding triffle. Last sekali cari kek. Swiss roll cake ni bila time tak nak banyak pula di kedai. Time kita nak, time tuhlah tak ada. Last last decide beli kek pisang. Sebab kek tu yang ada, beli jelah. Nak pergi kedai lain jauh sangat. Amik jela apa yang ada.

Dah beli semua barang, bertungkus lumus lah Mimi kat dapur buat puding triffle sambil dibantu Aina dan Auni. Alhamdulillah selesai buat puding pukul 10.30 malam.

Kalau nak resipi puding Triffle korang boleh tengok resipi di bawah. Resipi ni untuk dua tupperware besar. 



Bahan bahan

Kek pisang
2 tin buah koktail
1 tin susu cair
4 sudu besar tepung kastard
Gula
3 gelas air
10gm agar agar
1200 ml

Cara buat senang je.


1. Potong kek pisang sama besar dan susun dalam bekas. Ketepikan. 
2. Agar - agar : Panaskan 1200ml air dan masukkan 10gm serbuk agar agar. Lepas tu masukkan gula. Dah menggelegak ketepikan. 


3. Kastard : Bancuh tepung kastard dalam 1 gelas air. Masukkan dalam periuk. Kemudian masukkan dua gelas air lagi,setengah tin susu cair dan air buah koktail tadi. Last sekali masukkan gula. Rasa dah okey. Kastard pun dah pekat, ketepikan.



4. Kek yang dah disusun tadi dalam tupperware sapu dengan lebihan air buah koktail. Kemudian lapiskan kek tadi dengan kastard dia ats. Kemudian taburkan buah koktail tadi. Selesai susun buah tadi dan agak dah sejuk baru curahkan agar agar tadi.
5. Dah siap boleh simpan dalam fridge.



Senang saja nak sediakan puding triffle ni sebab tu Mimi pilih buat puding triffle. Senang dan jimat masa kan. Tapi sedap jugak guna PUDING TRIFFLE KEK PISANG MENU JAMUAN HARI RAYA SEKOLAH ANAK ni kan. Selalu guna swiss roll cake. Kali ni pakai kek pisang pula. 

Tuesday, June 25, 2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK

June 25, 2019 23 Comments

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK | Jarang sekali kita dengar seseorang autisme melibatkan diri dalam bidang muzik. Satu bakat dan kelebihan yang luar biasa. Mimi baru tahu dan sedar sebenarnya orang istimewa ni kelebihan yang ada padanya boleh seiiring dan setanding kita manusia normal. Dan Mimi salute pada seorang remaja istimewa yang terlibat dalam bidang muzik iaitu Ariq Azhafi. Siapa Ariq Azhafi? Mesti korang tertanya tanya kan. 




Ariq Azhafi atau nama penuh beliau ialah Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berusia 17 tahun dan telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain. Beliau juga diberi gelaran yang cukup sinonim dengan beliau iaitu "Timeboy". 

Tertanya tanya juga kan kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Ia digelar sedemikian kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. 



Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 


Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.



Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.



Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 



Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.



Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :




" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.




Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.




Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆





Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip"KITA" 


Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

Sunday, June 23, 2019

Happy 3rd Birthday Muhammad Adhwa Faris

June 23, 2019 7 Comments
HAPPY 3RD BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA FARIS | Alhamdulillah! Hari ni anak bongsu Mimi (buat masa ni lah) Muhammad Adhwa Faris genap 3 tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dia. Rasa baru semalam je lahirkan dia.



Sakit czer pun terasa rasa lagi tau. Siapa sangkakan anak ketiga Mimi lahirkan secara pembedahan. Bukan Mimi minta tapi dah kehendakNya. Ada hikmahnya kan. Anak sulung dan kedua Mimi bersalin normal. Cuma lahirkan Muhammad Adhwa Faris ni istimewa sikit. Tak kisahlah lahir normal atau czer dua dua ada istimewanya. Sama sama sakit. Kalau diberi peluang mengandung lagi memang Mimi nak normal. Mimi rasa czer lagi sakit dari normal. 

Jadi tak perlulah buat perbandingan lahir normal lagi bagus dari czer. Kadang ada ya g mulut celupar nak saja Mimi sepuk mulut dia. Bagi Mimi lahir normal ke czer ke sama saja kesakitan yang ditanggung, betul kan?

Imbas semula kejadian 3 tahun yang lepas. Masa tu Mimi sibuk masak untuk berbuka. Masa masa tu dah sakit dah. Rasa sakit di bahagian bawah perut (atas ari ari). Sakit yang sama Mimi rasa masa nak bersalinkan Aina dulu.



Memang sakit on off on off tapi kerap. Memang redah tahan saja sakit sambil masa. Tup tup masa masak gas pula habis. Sakit makin bertambah. Duduk dekat kerusi meja makan bantai menangis sebab sakit. Terus whatsapp suami yang pergi rumah kawan sekejap ada urusan.

Kelam kabut suami balik siapkan keperluan anak anak sebab nak hantar balik PD. Nasib baik baju baby siap semua. Cuma baju Mimi jela tak siap lagi. Sambil sakit sambil bagi arahn kat suami apa keperluan Mimi. 

Dah siap semua terus balik PD. Hantar anak anak rumah makcik. Ajak makcik teman pergi hospital PD. Doktor check pembukaan jalan dah 2cm. Check jantung baby. Makin lama makin naik. Doktor decide tolak ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebab diorang tak ada pakar plus katanya baby besar. Dan yang Mimi tak nak denfar dia cakap kemungkinan kena operate. Huargghhh! Tak nak operate, takutttt!! Pasrah dan redha jela kena naik ambulans pergi HTJ. Seumur hidup 1st time tau naik ambulans. Pengalaman betul!

Sampai HTJ terus kena tolak masuk labour room. Doktor pasang CTG semua, check jantung baby normal. Doktor pun cakap baby tak besar so boleh bersalin normal. Masa tu lega dah. Tapi bila check suhu badan Mimi doktor cakap Mimi demam. Kita punyalah sangkal doktor cakap demam. Doktor cakap demam, Mimi jawab tak demam. Hahaha nampak tak ada hati nak melawan cakap doktor. Dah doktor cakap demam tu maknanya demam lah! Dasar degil!



Ramai jugaklah nurse dan ada dua doktor perempuan pantau Mimi. Entah macam mana bacaan jantung baby makin lama makin naik. Dokotr yang sorang tu pandang doktor lagi sorang. Mimi pun pandang dua dua doktor tu dan dua dua pandang Mimi. Saling pandang memandang. Eh eh! Terus doktor tu cakap, "Puan, kita terpaksa proceed operation" Nak tak nak terima jelah. Macam macam prosedur yang Mimi kena lalui. Last last tolak ke labour room. Tak ingat kena tolak masuk pukul berapa tapi malam lah.

Dalam labour lepas kena bius, sempat minta izin nurse nak tidur. Hahaha teruk betul perangai. Lantaklah doktor nak buat macam mana nak keluarkan baby. Sedar sedar nurse kejutkan cakap baby dah keluar. Alhamdulillah lahirlah seornag anak lelaki yang Mimi namakan Muhammad Adhwa Faris. 

Nak tunggu kehadiran Adhwa dalam perut memang macam macam Mimi lalui. Bila dah pregnantkan dia hadap lagi macam macam masalah. Rasanya buku dia paling tebal compare dengan kakak kakak dia. Nak lahirkan dia pun macam macam tapi dialah paling sennag nak jaga masa baby. Cuma kena prolonged jaundis tu biasalah. Dah ummi dan abi dia sama sama darah O. Faham faham sajalah kan.


Hari ni genap usia Adhwa 3 tahun. So tak tahu apa lagi perancangan nak sambut birthday Adhwa. Tengah memikir lagi ni. Nak sambut jauh jauh tak berani sebab abi dia mood standby bekerja. Anytime saja kena panggil balik kem. Maybe beli kek sambut kat rumah saja kot. Nanti cerita sambutan hari lahir Adhwa Mimi share entry lain ya.

SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI

June 23, 2019 32 Comments
SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI | Dulu kan Mimi ingat lagi kalau sarapan malas nak makan berat berat Mimi minum minuman bijirin 3 in 1. Sebab senang nak sediakan. Koyak bungkusan masuk dalam cawan, buh susu sikit tuang air minum terus. Tapi tuhlah sampai tengahari perut lapar semula. Tapi rasa manis tu tetap ada. Bukan manis semulajadi. Sebab ada kandungan gula kan.

Bila umur makin meningkat ni Mimi duk mencari minuman multi-bijirin yang tak ada kandungan gula dan yang penting perut kenyang sepanjang masa. Cari punya cari, jumpalah SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG. Mimi beli dekat Watsons je wei. Tapi jenuh jugaklah dua tiga Watsons cari tapi tak ada. Eh laku keras pulak Surya S Great Grain ni kan?



BAHAN KANDUNGAN SURYA S GREAT GRAIN

Untuk pengetahuan koranglah kan, minuman multi-bijirin Surya S Great Grain ni mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada 18 bijirin berkhasiat iaitu beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rani beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitan, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih cia dan beras pulut. Ia juga mengandungi campuran 5 makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu di mana ia menpunyai nutrien yang komprehensif termasuklah karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan menjadikannya pilihan terbaik buat korang yang nak mulakan rutin harian korang dengan baik.


Korang dah puasa 6 atau puasa ganti belum? Hah kalau belum lagi baru nak mula puasa, apa kata korang amalkan minum Surya S Great Grain semasa sahur nanti. Gerenti kenyang dan full saja perut korang sampai berbuka. Bukan sahaja bagus diamalkan untuk berpuasa tau tapi kalau korang yang mana plan nak diet secara sihat boleh juga amalkan Surya S Great Grain ni. Sepanjang Syawal dah makan macam macam dah tiba masa diet untuk singkirkan segala lelemak dalam badan. Amalkan minum multi-bijirin waktu sarapan akan buat korang kenyang sepanjang hari di samping membekalkan tenaga pada korang seharian.



Surya S Great Grain juga boleh dijadikan minuman untuk seisi keluarga dan buat kita ibu ibu yang ingin memberi nutrisi yang baik untuk anak anak. Buat korang ibu ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi bagus minum Surya S Great Grain ni. Ia juga bagus diamalkan untuk mengelak penyakit seperti kolesterol, obesiti dan pelbagai lagi.

PENDAPAT MIMI MENGENAI SURYA S GREAT GRAIN



Masa mula mula minum tu Mimi macam tak boleh nak masuk sebab bancuh dengan air suam. Nak bagi nampak selera untuk minum Mimi simpan dalam peti sejuk bagi sejuk. Bila sejuk baru gagah minum. Tapi bila dah masuk peti sejuk kena kacau tau sebab ia mendap ke bawah. Memang bila amalkan minum Surya S Great Grain ni memang rasa kenyang tau. Nak makan lain pun tak lalu sebab perut rasa penuh. Rasa Surya S Great Grain ni tawar tau korang tak ada rasa gula langsung. Then, korang akan terasa kacang merah dan beras merah tu lebih dari bahan yang lain. Tapi okaylah minuman ni. Taklah langsung tak boleh minum. Nak nak Mimi jenis tak suka manis boleh saja telan tapi kena masuk peti sejuk dulu lah. 

Korang boleh dapatkan Surya S Great Grain ni di semua cawangan Watson, cawangan Himalaya dan farmasi tempatan yng berhampiran dnegan korang atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada. 

Untuk info lanjut, boleh layari :

Shopee : 


Thursday, June 20, 2019

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino's Semasa Perjalanan Balik Kampung

June 20, 2019 5 Comments
Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.



Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”



Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.



Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”




Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life

June 20, 2019 26 Comments
MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE | Sebenarnya dah lama duk usha nak minum air sarang burung ni tapi tak juga belinya. Usha sana usha sini tak juga beli. Yelah kebaikan minuman sarang burung ni siapa boleh nafikan. Betul tak?

Bagus untuk kecantikan luaran dan dalaman. Memang tak pernah minum so nak minumlah juga kan. Sebelum beli yang hat pure, Mimie cuba dulu dulu minuman sarang burung yang ada dijual di 7-Eleven iaitu Minuman Sarang Burung Ecolite The Joy of Life.



MINUMAN SARANG BURUNG ECOLITE THE JOY OF LIFE



Lepas beli tak maknanya terus minum. Simpan dulu dalam peti sejuk. Esoknya baru minum. Bila minum eh not bad lah rasanya kan. Rasa air agar agar je korang tapi tak manis pun. Memang boleh masuk tekak lah. Kalau air manis manis ni Mimi kureng sikit 

Nak dapatkan kulit cantik dan sihat kenalah konsisten minum air sarang burungkan. Sebelum ni Mimi ada usha kat fb pegawai Mimi dia tolong promote air sarang burung yang kawan dia jual. Rasa nak try tu juga 3 botol rm20. Nak sangat try sebab ia mampu membantu merawat masalah asma. Yelah Mimi kan ada asma. Nak juga cuba. Lagipun kita tahu khasiat air sarang burung ni kan banyak 

Minuman sarang burung Ecolite ni harganya RM6.00++ di 7-Eleven lah. Exact amountnya tak ingat lah pulak. Tak silap Mimie ada juga perisa longan tapi masa beli longan memang tak ada. Ada yang asli je.


Mesti korang nak tahu apa khasiat minuman sarang burung ni kan. Jom tengok apa khasiatnya sampai ramai yang nak amalkan.

1. Zat kolagen yang terkandung pada sarang burung melancarkan pembuluh darah, meningkatkan nafsu makan dan membaiki saluran pencernaan.

2. Dapat mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Ia mengandungi nutrisi yang bagus untuk paru paru dan menguatkan saluran pernafasan. Hah sebab tuhlah Mimi beria nak minum sebab penyakit asma yang Mimi hadapi nihlah. Hope berjaya kurangkan sakit ni.

3. Untuk ibu mengandung memang bagus minum kerana mengurangkan rasa sakit pada punggung. Juga menguatkan paru paru bayi yang dikandung dan mempercepatkan proses penyembuhan selepas bersalin.

4. Untuk orang tua pula kalau minum secara konsisten mampu menguatkan urat dan tulang serta daya ketahanan tubuh terhadap penyakit.

5. Untuk kanak kanak pula ia membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan dan menguatkan paru paru.

6. Bagus diamalkan oleh mereka yang perokok kerana mengurangkan kesan dari nikotin dan mencegah serangan barah.

7. Untuk wanita pula kalau minum secara konsisten dapat meningkatkan kadar metabolisma, memperbaiki kulit dan melambatkan proses penuaan.

Hah banyakkan khasiat srang burung ni. Thats why ramai yang amalkan minum air sarang burung ni. Kalau dapat air rebusan yang dibuat sendiri lagi bagus kan.

Korang yang nak try minum air Ecolite ni boleh dapatkan di 7 Eleven berhampiran. 

Wednesday, June 19, 2019

EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER

June 19, 2019 20 Comments
EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER | Bab bab kecantikan ni memang Mimi ambil tahu dan ambil peduli. Yelah sebab bila umur semakin meningkat ni macam macam masalah kulit yang timbul, betul tak?

Salah satu masalah kulit muka yang akan dihadapi kebanyakan wanita ialah tompok gelap pada muka. Mimi tak terkecuali hadapi masalah yang sama okey. So, bulan lepas masa kuta semua sambut Ramadhan Mimie try produk Eucerin yang baru iaitu Eucerin UltraWHITE + Spotless Double Booster Serum mengurangkan tompok gelap tanpa rawatan laser. Ishh tak kuasa nak buang masa, buang tenaga dan buang duit buat rawatan laser. Buat apa rawatan laser kalau boleh rawat dengan serum je. Kannnn...



EUCERIN ULTRAWHITE + SPOTLESS DOUBLE BOOSTER SERUM MENGURANGKAN TOMPOK GELAP TANPA RAWATAN LASER

Eucerin merupakan satu jenama yang dikenali dan sangat berkesan. Ia mempunyai pelbagai rangkaian produk seperti pencuci muka, toner, krim jerawat, serum, pelembap, penjagaan mata, penjagaan mulut dan pelbagai lagi. Semua rangkaian Eucerin kita boleh belu di mana mana drugstore yang berhampiran. 



Mesti korang nak tahu apa bestnya Eucerin UltraWHITE + Spotless Double Booster Serum ni kan. Double booster serum Eucerin ni merupakan produk  yang mengandungi Thiamidol iaitu kandungan aktif yang dipaten dan terbukti secara klinikal bertindak 10 kali ganda dengan berkesan mengurangkan tompok gelap tanpa kita perlu melalui rawatan laser. Selain itu ia juga mampu menyamaratakan tona kulit dan memudarkan jeragat. 



Sehingga ke hari ni Mimi still pakai double booster serum ni kerana ia mempunyai kelebihan seperti berikut :

🌸10 kali ganda berkesan untuk mengurangkan masalah tompok gelap, kulit tidak sekata, pigmentasi tanpa melakukan rawatan laser

🌸 Lembut pada kulit dan cepat meresap serta tidak melekit

🌸Memberi kesan kulit lebih sekata dan lebih cerah

Alhamdulillah dah 4 minggu guna dan nampaknya kulit muka Mimi serasi dengan double serum ni. Macam mana tak jatuh cinta. Dahlah lain daripada serum yang ada. Bau pula wangi, mudah meresap ke dalam kulit. Yang paling best tak melekit okey.





So Mimi nak ajak korang guna dan sahut Eucerin UltraWHITE + Spotless Challenge ni. Cara nak jkin senang je korang. Follow saja langkah langkah yang Mimi kongsi di bawah. 

Cara Sertai Eucerin Ultrawhite+ Spotless Challenge

  • Daftar SEKARANG di page Facebook Eucerin >>> http://bit.ly/UECUWSCH dan pihak Eucerin akan pilih 100 peserta untuk sertai kempen atau challenge ini. 
  • Bila dah terpilih, korang akan terima produk Ecurin Ultrawhite+ Spotless yang bernilai RM580. 

Tak payah buang masa lagi tau korang, jom join cepat cepat challenge ni. Mana tahu ada rezeki menang kan. Tuah ayam nampak di kaki tuah kita siapa yang tahu. Jom join sekarang!