Sunday, June 23, 2019

Happy 3rd Birthday Muhammad Adhwa Faris

HAPPY 3RD BIRTHDAY MUHAMMAD ADHWA FARIS | Alhamdulillah! Hari ni anak bongsu Mimi (buat masa ni lah) Muhammad Adhwa Faris genap 3 tahun. Rasa sekejap saja masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun dia. Rasa baru semalam je lahirkan dia.



Sakit czer pun terasa rasa lagi tau. Siapa sangkakan anak ketiga Mimi lahirkan secara pembedahan. Bukan Mimi minta tapi dah kehendakNya. Ada hikmahnya kan. Anak sulung dan kedua Mimi bersalin normal. Cuma lahirkan Muhammad Adhwa Faris ni istimewa sikit. Tak kisahlah lahir normal atau czer dua dua ada istimewanya. Sama sama sakit. Kalau diberi peluang mengandung lagi memang Mimi nak normal. Mimi rasa czer lagi sakit dari normal. 

Jadi tak perlulah buat perbandingan lahir normal lagi bagus dari czer. Kadang ada ya g mulut celupar nak saja Mimi sepuk mulut dia. Bagi Mimi lahir normal ke czer ke sama saja kesakitan yang ditanggung, betul kan?

Imbas semula kejadian 3 tahun yang lepas. Masa tu Mimi sibuk masak untuk berbuka. Masa masa tu dah sakit dah. Rasa sakit di bahagian bawah perut (atas ari ari). Sakit yang sama Mimi rasa masa nak bersalinkan Aina dulu.



Memang sakit on off on off tapi kerap. Memang redah tahan saja sakit sambil masa. Tup tup masa masak gas pula habis. Sakit makin bertambah. Duduk dekat kerusi meja makan bantai menangis sebab sakit. Terus whatsapp suami yang pergi rumah kawan sekejap ada urusan.

Kelam kabut suami balik siapkan keperluan anak anak sebab nak hantar balik PD. Nasib baik baju baby siap semua. Cuma baju Mimi jela tak siap lagi. Sambil sakit sambil bagi arahn kat suami apa keperluan Mimi. 

Dah siap semua terus balik PD. Hantar anak anak rumah makcik. Ajak makcik teman pergi hospital PD. Doktor check pembukaan jalan dah 2cm. Check jantung baby. Makin lama makin naik. Doktor decide tolak ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban sebab diorang tak ada pakar plus katanya baby besar. Dan yang Mimi tak nak denfar dia cakap kemungkinan kena operate. Huargghhh! Tak nak operate, takutttt!! Pasrah dan redha jela kena naik ambulans pergi HTJ. Seumur hidup 1st time tau naik ambulans. Pengalaman betul!

Sampai HTJ terus kena tolak masuk labour room. Doktor pasang CTG semua, check jantung baby normal. Doktor pun cakap baby tak besar so boleh bersalin normal. Masa tu lega dah. Tapi bila check suhu badan Mimi doktor cakap Mimi demam. Kita punyalah sangkal doktor cakap demam. Doktor cakap demam, Mimi jawab tak demam. Hahaha nampak tak ada hati nak melawan cakap doktor. Dah doktor cakap demam tu maknanya demam lah! Dasar degil!



Ramai jugaklah nurse dan ada dua doktor perempuan pantau Mimi. Entah macam mana bacaan jantung baby makin lama makin naik. Dokotr yang sorang tu pandang doktor lagi sorang. Mimi pun pandang dua dua doktor tu dan dua dua pandang Mimi. Saling pandang memandang. Eh eh! Terus doktor tu cakap, "Puan, kita terpaksa proceed operation" Nak tak nak terima jelah. Macam macam prosedur yang Mimi kena lalui. Last last tolak ke labour room. Tak ingat kena tolak masuk pukul berapa tapi malam lah.

Dalam labour lepas kena bius, sempat minta izin nurse nak tidur. Hahaha teruk betul perangai. Lantaklah doktor nak buat macam mana nak keluarkan baby. Sedar sedar nurse kejutkan cakap baby dah keluar. Alhamdulillah lahirlah seornag anak lelaki yang Mimi namakan Muhammad Adhwa Faris. 

Nak tunggu kehadiran Adhwa dalam perut memang macam macam Mimi lalui. Bila dah pregnantkan dia hadap lagi macam macam masalah. Rasanya buku dia paling tebal compare dengan kakak kakak dia. Nak lahirkan dia pun macam macam tapi dialah paling sennag nak jaga masa baby. Cuma kena prolonged jaundis tu biasalah. Dah ummi dan abi dia sama sama darah O. Faham faham sajalah kan.


Hari ni genap usia Adhwa 3 tahun. So tak tahu apa lagi perancangan nak sambut birthday Adhwa. Tengah memikir lagi ni. Nak sambut jauh jauh tak berani sebab abi dia mood standby bekerja. Anytime saja kena panggil balik kem. Maybe beli kek sambut kat rumah saja kot. Nanti cerita sambutan hari lahir Adhwa Mimi share entry lain ya.

7 comments:

  1. awww happy birthday cutie

    ReplyDelete
  2. happy birthday adhwa... nanti datang berkunjung ke blog auntie pula ya...

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Adhwa, moga jadi anak soleh ye !

    ReplyDelete
  4. Happy birthday budak hensem.. moga menjadi anak yang membesar dengan bijak, dan berjaya.. dan menjadi anak yang soleh.. Aamiinn

    ReplyDelete
  5. Happy Birthday cutie Adhwa..moga membesar jadi anak yg baik, dengar kata ibu bapa,kakak-kakak, berjaya dlm apa jua bidang yg bkal diceburi nanti...aunty wish awak sentiasa cemerlang dlm pelajaran...

    ReplyDelete
  6. happy birthday adhwa..semoga menjadi anak yang soleh, membesar dengan baik dan dengar cakp ibu ayah

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.