10 Resipi Biskut dan Kek Guna 3 Bahan Untuk Juadah Hari Raya

Resipi Biskut dan Kek Guna 3 Bahan Untuk Juadah Hari Raya | Tinggal seminggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya. Walaupun kita semua menyambut Hari Raya kali ini dengan suasana yang berbeza namun hari kemenangan bagi umat Islam perlu diraikan. Tak dapat balik kampung sambut raya dengan keluarga memang sedih tapi nak buat macam mana, kita perlu utamakan kesihatan dan keselamatan kita. Virus Covid-19 masih ada lagi di kalangan kita.

Mimi sendiri buat persiapan nak sambut Hari Raya. Antara persiapan yang Mimi akan buat ialah sediakan biskut dan kek di pagi Hari Raya nanti. Kali ini Mimi pilih biskut dan kek menggunakan 3 bahan sahaja. Jom tengok biskut dan kek 3 bahan yang boleh disediakan sebgaai juadah Hari Raya nanti.



Resipi Biskut dan Kek Guna 3 Bahan Yang Mudah dan Menjimatkan Masa


BROWNIES


Bahan bahan :
1/2 cawan tepung gandum
2 biji telur
1/4 cawan Nutella

Cara cara :
1. Griskan loyang/ dulang pembakar dan panaskan ketuhar pada 180 darjah celcius.
2. Campurkan semua bahan dan gaul sebati.
3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Siap!

Kredit : sini.com.my

BISKUT HAZELNUT


Bahan bahan :
100g kacang hazelnuts
4 biji putih telur
Gula

Cara cara :
1. Panggang kacang hazelnuts ke dalam ketuhar suhu 180° celcius selama 15 minit.
2. Buang kulit kacang dan kisar kasar.
3. Panaskan ketuhar pada suhu 150° celcius dan lapikkan dulang dengan kertas minyak.
4. Pukul putih telur sehingga kembang menjadi meringue.
5. Kemudian masukkan gula dan kacang ke dalam adunan putih telur.
6. Sudukan adunan ke atas dulang dan bakar selama 30 minit.

Kredit : sini.com.my

SHORTBREAD COOKIES


Bahan bahan :
350g mentega
1/2 cawan gula ising
1 cawan tepung gandum

Cara cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180° celcius.
2. Gaulkan mentega dan gula ising. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga sebati menjadi doh yang lembut.
3. Uli doh menjadi panjang sehingga 1/4 inci tebal dan potong doh bentuk bulat.
4. Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak kekuningan.

Kredit : sini.com.my

BISKUT SEMPERIT SUSU


Bahan bahan :
250g mentega
5 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat

Cara cara :
1. Panaskan ketuhar pada suhu 150° celcius.
2. Gaulkan mentega dan susu pekat hingga sebati. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Pastikan doh lembut jangan terlalu keras.
2. Masukkan doh ke dalam acuan semperit dan tekap ke atas dulang. Biskut boleh dihias dengan coklat cip.
3. Bakar selama 15 minit atau sehingga masak. Siap.

Baca : 8 Resipi Kuih Tradisional Sukatan Cawan Yang Sedap dan Popular Untuk Dicuba

BISKUT Y


Bahan bahan :
250g marjerin
1 cawan gula
4 cawan tepung gandum

Cara cara :
1. Satukan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti. Jika adunan terlalu lembik tambahkan tepung dan gula.
2. Lepas adunan dah sebati tekan ke dalam acuan.
3. Susun acuan  yang telah diisi adunan biskut di atas dulang. Bakar selama 20-25 minit suhu 200° celcius (ikut pada oven masing masing) Jika biskut dah nampak kekuningan boleh angkat. Siap.

Kredit : Sha Aishah

BISKUT SUJI


Bahan bahan : 
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak sapi

Cara cara :
1. Masukkan gula kastor ke dlm tepung. Gaul,  masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sampai sebati jadi adunan.
2. Bakar suhu 170 atas bawah 20-25 minit. Siap.

Nak lagi sedap,  selepas bakar, sejukkan dan golekkan biskut dalam gula kastor.

Kredit : fashafer mazmy via mahn

BISKUT MILO CRACKERS


Bahan bahan :
1 pek biskut marie
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawna milo

Cara cara :
1. Hancurkan biskut marie seperti serbuk roti.
2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit hingga sebati. 
3. Gaul dan bentukkan ikut suka hati.
4. Nak nampak biskit menarik boleh salutkan dengan coklat rice, nestum, kacang dan sebagainya.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam. Siap!

Kredit : Nurasyikin Ali

BISKUT TART CADBURY


Bahan bahan :
1/2kg tepung gandum
500g mentega
Coklat cadbury (sejuk bekukan)

Cara cara :
1. Campurkan tepung dan mentega. Gaul sehingga jadi doh. 
2. Bentukan doh menggunakan acuan kuih tart. Keluarkan coklat dari peti sejuk beku. Balut coklat hingga semua tertutup. 
3. Panaskan oven dengan suhu 159° celcius menggunakan api atas bawah selama 5-7 minit. Boleh sapukan kuning telur atas tart untuk dapatkanrupa biskut yang menarik. Bakar suhu 130° celcous api atas bawah selama 30 minit. (ikut pada kesesuaian oven masing masing). Siap. 

Kredit : Puan Wan Nur Mahani Wanumar

KEK MILO


Bahan bahan :
2 cawan milo (agak agak saja) 
4 biji telur
2 sudu besar susu pekat

Cara cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender. Mesin bagi mix semua.
2. Masukkan ke dalam bekas dan kukus selama 30 minit. Siap!

Kredit : Hafiza Samijan

KEK OREO CHEESE 


Bahan bahan :
2 bungkus biskut oreo ( yang panjang ) 
200ml susu dutch lady
Keju cheddar (diparut) 

Cara cara :
1. Blend hancur oreo sekali dgn krim biskut oreo. 
2. Masukkan susu coklat sikit demi sikit. 
3. Bubuh adunan dalam bekas. 
4. Kukus 20 minit. Siap. 

Kredit : Nurul Diana

Menjadi Ke Biskut dan Kek 3 Bahan Kalau Buat?

Belum cuba belum tahu kan. Dah cuba baru tahu jadi ke tidak. Mustahil lah tak jadi kerana semua resipi ni telah dibuat terlebih dahulu oleh tuan empunya resipi. 

Sebagai contoh biskut semperit susu 3 bahan tu Mimi sendiri yang buat dan memang menjadi. Setiap tahun biskut semperit susu tu wajib ada. Memang mudah dan sennag buat. Jimat masa dan tenaga. Anak anak kecil pun boleh buat.

Nak buat biskut dan kek kita kena berani cuba dan cuba. Kalau setakat menggunakan 3 bahan sahaja insya Allah menjadi. Cara nak sediakan pun mudah sangat. Nama pun biskut dan kek 3 bahan kan, memang mudahlah. 

Yang masih belum buat biskut dan kek raya tu apa kata cuba saja resipi yang Mimi kongsikan ini. Boleh pilih mana satu yang hendak dibuat. Janji ia hanya gunakan 3 bahan sahaja dan memudahkan kita untuk sediakan. Selamat mencuba! 

Post a Comment

22 Comments

  1. Kak Sue belum mula lagi buat biskut Raya.. nak buat simple-simple ja..

    ReplyDelete
  2. can i have all this for raya? hhaha

    ReplyDelete
  3. Sesuai ni kalau nak buat aktiviti masak-masak dengan anak-anak.

    ReplyDelete
  4. Wahh macam sedap je biskut tart cadbury tu hehe 😀

    ReplyDelete
  5. mudah btul ni tk byk bahan diperlukan..rajin or tk je nk buat kn..tq share resepi

    ReplyDelete
  6. Ya ampun... sebagai orang bujang saya rasa saya mampu buat semua ni. Haha. Okeylah sementara banyak masa musim PKP rasa teringin nak buat sekurang-kurangnya satu. Nak mulakan dengan kek oreo cheese!

    ReplyDelete
  7. Paling favourite Yaya of course biskut suji atau biskut arab atau ada juga panggil biskut susu hee teringat kecil2 memang excited kalau tuan rumah ada biskut arab kat dalam balang. Rindunya nak beraya nanti kan tahun ni beraya dalam rumah je dulu

    ReplyDelete
  8. Arrgghhh..nak try la biskut tart cadbury.dh siap, kena sorok karang xdan jadi kuih raya, masa bulan puasa habis.hahhahah

    ReplyDelete
  9. bestnyaaaa semua resepi mudah bahan pun sikit. nanti nak buat. biskut Y memang selalu buat sebab suka.

    ReplyDelete
  10. Kadang-kadang tu macam takut nak mencuba bila kata 3 bahan aje, ye ke tak ye entah, kang buat tak jadi sayang je kan...tapi ada juga yang mencuba jadi,....nasib laa kan, kena yakin mencuba..

    ReplyDelete
  11. Woww. .Semua nampak mudah.. Nanti boleh try. Banyak reseipi ni..dapat buat dengan anak2 mesti diaorang suka

    ReplyDelete
  12. Mudah je nampak resepi2 buat biskut ni kan... nak cuba shortbread la nanti.

    ReplyDelete
  13. Warghh, semua resepi best. Bahan pun simple .. petang ni if sempat nak try 1 resepi sebab bahan macam ade je kat rumah. Cuma yang BISKUT HAZELNUT tu kan..sukatan gula berapa ya ...

    ReplyDelete
  14. thanks share. semua sedap2. tahun ni cuba juga la buat biskut suji. sedap

    ReplyDelete
  15. Wah terima kaaih atas perkongsian ni nanti nak rumum sbb kebetulan tgj plan nak buat biskut

    ReplyDelete
  16. Wahhh mudahnya hanya dengan 3 bahan sahaja dah boleh jadi macam-macam kuih raya dan kek raya wakakakakka nak juga lah cuba buat yang mudah-mudah ni hehehe..

    ReplyDelete
  17. mudah rupanya nak buat kek biskut2 ni semua. boleh la cuba nanti. raya pun sehari dua lagi ni

    ReplyDelete
  18. mudah je dengan 3 bahan dah jadi kek dan kuihnya, akak pun dah try kek milo tu hmm sedap ;)

    ReplyDelete
  19. Wow!!! Best ni!!! Thanks for sharing... akan ku gunakan resipi yang mudah ini untuk merealisasikan projek membuat kuih -raya bersama-sama anak-anakku yang tersayang... yeay... esok nak pergi beli bahan-bahan....

    ReplyDelete
  20. Tahun ni sempat lah buat semperit dengan mama. Thanks sharing resepi. Lia boleh Cuba lagi next time

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com