11 Resipi Kuih Apam Kukus Yang Lembut dan Mudah Disediakan

11 Resepi Kuih Apam Kukus Yang Lembut dan Mudah Disediakan | Pejam celik sekejap sahaja dah masuk 9 Ramadhan. Bulan puasa ni macam biasalah, ibu ibu sibuk di dapur untuk menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa. Kadang sampai tak boleh fikir nak masak menu apa. Tidak kira lah menu utama atau sampingan seperti kuih muih atau pencuci mulut.

Di sini dikongsikan 11 resipi kuih apam kukus yang lembut dan mudah disediakan untuk dicuba sebagai juadah berbuka nanti. Bukan sahaja sesuai disediakan untuk juadah berbuka malahan boleh juga sesuai dijadikan sebagai menu sarapan pagi atau minum petang selepas bulan Ramadhan. Jom baca resipi kuih apam kukus yang dikongsikan selanjutnya.

1. Apam Nasi


Bahan bahan

2 cawan nasi 
2 cawan gula
3 cawan air
(Blend ke semua 3 bahan ni) 

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
Mauripan 1 paket 11gm

Cara menyediakan

🧁Campur ke semua bahan bahan sekali dengan bahan diblend. 
🧁Perap 1 jam dan siap untuk dikukus. 

*Sapu minyak pada acuan senang nak keluarkan apam. 

2. Apam Kampung 3 Bahan


Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula putih atau gula merah
1/2 paket yis

Cara masak

🧁Campurkan bahan bahan ke dalam satu bekas.
🧁Masukkan airnsedikit demi sedikit sehingga adunan jadi likat dan pekat.
🧁Rehatkan selama 2 jam.
🧁Sediakan acuan dan loyang. Sapukan marjerin.
🧁Masukkan adunan dalam bekas acuan. Kukus selama 30 minit. Api sederhana besar.
🧁(Optional) Masukkan sedikit garam ke dalam kelapa parut dan masukkan ke dalam periuk kukus. Kukus seketika. Dan apam kampung sedia dihidang.

3. Apam Puteri Ayu


Bahan bahan

3 biji telur
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil ovalette
2 cawan tepung gandum
Q sudu kevil baking powder
1 cawan santan kotak
1 penutup esen pandan
1 penutup pewarna hijau
Kelapa parut + sedikit garam+Sedikit twpung gandum (gaul sebati. Kukus sekejap)

Cara cara menyediakan

🧁Ayakkan tepung bersama baking powder
🧁Mix telur, gula, ovalette dan esen pandan hingga kembang putih.
🧁Masukkan santan selang seli dengan tepung.
🧁Mix sebati baru tuang pewarna hijau. Mix sebati lagi sekali.
🧁Sapu acuan dengan sedikit minyak. Tekan kelapa yang di kukus tadi dekat dasar acuan.
🧁Tuang aduanan tepung paras acuan.
🧁Kukus 10-15 minit api besar.

4. Apam Gula Hangus Kukus


Bahan bahan

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil susu pekat
2 biji telur
1 cawan air panas untuk gula hangus
1 cawan gula dihanguskan secantik habis sebab kejadian apam bergantung pada warna gula hangus

🧁Blend semua kemudian kukus selama 10 minit je dah siap!

Baca juga : Aneka Kuih Muih Pencuci Mulut Bulan Puasa

5. Apam Pandan Santan


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
1/2 cawan santan kotak
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan air masak
3/4 cawan gula
1 sudu kecil pewarna pandan
1 sudu kecil esen vanila

🧁Gaulkan semua bahan hingga sebati kukus selama 15 minit. Perap selama 1 jam dan boleh dimakan bersama kelapa parut. 

6. Apam Coklat Mekar


Bahan bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bikarbonat soda
Sedikit garam

Ayak dan ketepikan

Bahan untuk blend

1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 cawan gula ( kalau tak nak manis, 3/4 cawan saja) 

🧁Blend 3 minit masukkan ke dalam bahan yang diayak dan gaul sebati. 
🧁Masukkan ke dalam cup kecil. Kemudian masukkan cup dalam acuan lompang. 
🧁Panaskan kukusan. Kukus 15 minit. Siap. 

7. Apam polkadot


Bahan bahan

3 biji telur gred A dari peti sejuk 
2 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
150ml susu segar/susu cair
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette
1 suru kecil esen vanila
Pewarna
Filling blueberry/strawnsrry/coklat/kaya atau apa apa ikut citarasa yang disukai

Cara penyediaan

🧁Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer. Pukul hingga kembang menggunakan kelajuan maksima sehingga menjadi putih. 
🧁Selepas itu, baru campur bahan bahan lain seperti susu, tepung+baking powder (telah diayak) dan esen vanila. Mix lagi dengan jelajuan minimum hingga sebati. 
🧁Bahagikan adunan ke beberapa bahagian. Kemudian titiskan pewarna. 
🧁Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas separuh sahaja sebab nak letakkan filling secukupnya (nak sennag guna piping bag) 
🧁Picitkan adunan sama warna atau berbeza warna sehingga hampir penuh. Kemudian buat dot dot menggunakan warna berbeza. 
🧁Siap semua, kukuskan selama 10-15 minit atau sehingga masak. 
🧁Bila dah masak maknanya dah siap. 


8. Apam Susu 


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder 
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovalette
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
2 sudu besar susu cair
Pewarna yang disukai

Cara cara

🧁Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mula buat apam. 
🧁Ayak tepung bersama baking powder kemudian ketepikan. 
🧁Dalam mixer, masukkan telur, gula halus, ovalette dan esen vanila. 
🧁Putar hingga gebu dan adunan menjadi putih. 
🧁Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata
🧁Tambahkan minyak jagung dan putar lagi. 
🧁Masukkan tepung ganfum dan baking pwder yang telah diayak. 
🧁Kaup balik adunan hingga rata
🧁Masukkan susu cair, kaup balik. 
🧁Bahagikan adunan kepada 3 dengan warna pilihan
🧁Sediakan liyang 8 inci dan gris mentega pada loyang. 
🧁Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis. 
🧁Kukus dalam kukusan air telah mendidih airnya selama 40 minit. 
🧁Tutup loyang dengan plastik aluminium foil supaya wap air tidak jatuh atas apam. 
🧁Angkat apam setelah masak. 

9. Apam Pisang FY


Bahan bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan pisang dilecek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

Cara cara

🧁Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas. Gaul rata dan ketepikan. 
🧁Dalam satu bekas lain masukkan gula, esen vanila dan telur pukul hingga kembang
🧁Masukkan minyak masak ke dalam adunan telur yang dipukul tadi dan kacau sebati. 
🧁Kemudian masukkan pisang yang dilecek dan susu pekat. Gaul rata. 
🧁Masukkan adunan tepung ke dalam adunan yang bercampur pisang tadi dan gaul rata sehingga sebati. 
🧁Panaskan air kukusan.
🧁Kemudian isi adunan ke dalam bekas kecil. 
🧁Setelah air kukusan mendidih, kukus selama 30 minit. Siap! 

10. Apam Tepung Beras


Bahan bahan

2 cawan tepung beras (guna cap gajah seekor) 
2 sudu kecil baking powder
2/3 cawan gula (gula ising pun boleh) 
1 cawan susu kotak
1 sudu kecil esen vanila
Pewarna atau emulco (optional)

Cara cara

🧁Ayak tepung beras, baking powder dan gula ising. Kemudian masukkan susu. 
🧁Panaskan kukusan. Sudukan aduna ke dalam paper cup kecil. Disebabkan paper cup kecil, apam dah masak hanya 3 hingga 4 minit apam tepung beras mekar dah siap. 

11. Apam Tembikai


Bahan bahan

5 biji telur
1 sudu besar ovalette
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila

🧁putar bahan di atas sampai kembang gebu dan memutih (dalam 5 minit guna mixer)

1 cawan susu segar
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak

🧁Lepas bahan tadi gebu, masukkan tepung berselang seli susu. Mixer low speed.
🧁Akhir, masukkan minyak. Sebatikan.
🧁Kukus  selama 15 minit menggunakan acuan kecil dan 30-40 minit jika menggunakan loyang
🧁Untuk dapatkan warna tembikai, bahagikan kepada 3 bahagian. 1 bahagian warna merah lebihkan. Lagi 2 bahagian untuk warna putih (asal) dan hijau.

Jika guna acuan kecil

Sudukan warna merah dalam acuan 1/2 acuan. Kukus dalam 3-4 minit bila adunan mula mengeras. Perlahan lahan sudikan warna putih, sedikit sahaja. Kukus lagi dalam 3 minit. Kemudian warna hijau juga sedikit. Kukus 10 minit atau hingga masak.

Jika guna loyang

Lapisan pertama dan kedua 10 minit, lapisan akhir 20 minit.

Sumber : FB Jom Kongsi Tips/Resipi

Semua resipi kuih apam kukus ni nampak menarik dan mudah untuk disediakan. Dah boleh save siap siap resipi kuih apam kukus ni. Satu hari buat satu resipi. 

Selamat mencuba. 

Post a Comment

22 Comments

  1. gebunya apam yang kak mimi buat..salam kenal..follow here #1792

    ReplyDelete
  2. Geramnya nengok apamm, berjenis apam ada, dulu Sis rajin buat apam susu tu haaa, siap jual lagi hehehe...ni datang tak rajin, memang tak lee nak buat..

    ReplyDelete
  3. gebus-gebus nengok apamnya..saya suka apam puteri ayu tu..tak tahu bila nak buatnya..susah nak dapat kelapa parut kat tempat saya ni..

    ReplyDelete
  4. cantik betul kejadian semua apam tu. gerammm je. resepi pun mudah je. tapi tu la kang buat tak terhabis sebab sorang2 je ni

    ReplyDelete
  5. Apam gula hangus dan apam pisang tu fav Sis. Nanti nak buat sendirilah. Makan sampai puas. Salam Ramadan. Stay safe.

    ReplyDelete
  6. Apam gula hangus, apam kampung dan apam pisang sis plaing suka. Boleh la nak cuba masak apam pulak.

    ReplyDelete
  7. rajin nyer mimi.
    aida 1 je yg pernah buat. apam pisang.
    kebetulan ada baki pisang. cuba buat.
    kurang menjadik! hi hi hi hi... tapi rasa ada la, perfect.
    rupa jer kena post dlm MASAK APA TAK JADI HARI NI :) ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  8. Agak lama juga tak buat kuih apam ini. Biasa beli sahaja. Tapi sejak musim PKP ini, terasa teringin nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  9. Wah menarik ni pelbagai resepi apam ada. Bole cuba sbb suka juga mkn apam ni. Tq

    ReplyDelete
  10. Aduhh geram pulak tengok apam2 yang gebu gebas tu, tapi sayangnya sis tak berapa suka sangat makan apam..tak tahu le nape. Tapi bolehlah cuba2 buat nanti utk family yang suka

    ReplyDelete
  11. Dulu suka makan apam kukus ni. tapi saya lebih suka makan yang gebu2 je. kalau tak memang tolak tepi.

    ReplyDelete
  12. Apammmm... sedap ssangat tu. Sisyat mudah tgoda sebab warna2 apam ni menarik.. ada yg mudah nk buat 😊

    ReplyDelete
  13. Banyak banget jenis kue Apam nya nih. Btw... itu kue berwarna merah apa memakai pewarna alami? Soalnya merah banget.

    Btw di daerah tempat saya tinggal kue Apam lagi viral. Namanya Apam Bugis rasanya enak.

    ReplyDelete
  14. Sedap2 kuih muihnya. Nanti nak tengok balik. Esp yg apam tu. Dah lama akk nak buat sebenarnya

    ReplyDelete
  15. Lorr.. banyak jenis rupanya apam ni, macam-macam kaler plak tu. Tapi tu la, saya kurang gemar sikit makan apam ni. Saya lebih suka kuih masin.

    ReplyDelete
  16. Amboi cute apam tembikai tu.. Anak za nmpk siap suruh buat.. Hihi nmpknya mama kena beli la bahan2 cepat.. Anak nak makan

    ReplyDelete
  17. Sedap pulak nmpk apam tembikai tu

    ReplyDelete
  18. Semua apam kita suka.. paling suka apam pisang.. ermmm.. thanks sharing resipi

    ReplyDelete
  19. Ya ampun mcm nak buat semua je esok... Hahahaha... Tp mmg fav Sally apam susu tuu

    ReplyDelete
  20. Semuanya sedap2.. Nak buat tapi malas sebab org kat uma jnis xlyn kuih.. Huhu

    ReplyDelete
  21. Sedapnyaaaa semua. I like apam. Tapi tu la.. Karang buat, sendiri aje yang makannya. Anak anak ke suami takmo. Adeh..

    ReplyDelete
  22. I like kuih apam also, it goes very well with coffee or tea and recipe also easy to prepare.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com