Rasanya ramai yang tahu cara nak hilangkan turun warna pada baju. Tapi tetap jugak Mimi nak share dekat blog sebagai rujukan diri sendiri dan mungkin ada kawan kawan yang tak tahu petua atau cara nak hilangkan kesan turun warna pada baju berwarna, tak kiralah sama ada anda basuh guna tangan atau pakai mesin basuh automatik.
Sebab utama Mimi nak share petua dekat blog nih kerana Mimi sendiri menghadapi situasi tuh bila suami basuh baju. Macam Mimi kalau basuh baju akan asingkan baju baju ikut kategori. Seluar jeans lain, baju kurung atau baju melayu lain, baju warna lain, baju putih lain. Tapi bila suami tolong basuh baju, faham faham ajelah. Bukan tak berterima kasih atau bersyukur sebab suami dah membantu. Bersyukur sangat sebab dia tolong basuh baju tapi....
Dijadikan cerita satu hari Mimi balik dari kerja belum pun sempat nak lepaskan penat bekerja seharian suami bagitahu baju Aina dan Auni kena turun warna. Boleh korang bayangkan keadaan Mimi time tuh??Penat dan ditambah pulak dengan berita yang kurang sedap didengar, apa yang jadi dekat Mimi?? Membebel lah jawabnya kan. Bukan Mimi tak pernah pesan pada suami dah banyak kali pesan kalau nak basuh baju kena asingkan ikut kategori. Contoh seluar jeans tak boleh basuh dengan baju lain sebab memang confirm akan turun warna.
Terus Mimi keluar pergi kat ampai tengok baju Aina dan Auni. Gila punya teruk warna biru bercapuk dekat baju diorang. Mulut memang tak berhenti pot pet pot pet lah. KEADAAN MUNGKIN BERBEZA KALAU SUAMI REPORT KESILAPAN DIA TUH BILA MIMI DAH HILANG PENAT ATAU CUKUP REHAT. Mimi tak nak korang cop Mimi isteri yang tak reti bersyukur atau kurang ajar tau tapi Mimi jujur ceritakan keadaan yang berlaku ketika itu ya. Sila faham betul betul ayat yang Mimi highlightkan tuh tau.
So dengan sepantas kilat Mimi capai handphone dan search petua hilangkan turun warna pada baju yang berwarna. Kalau baju putih senang sikit kerjakan tapi nih baju berwarna.
Dua petua yang Mimi jumpa ialah :-
a) guna sabun baju jenama Dylon - hasil pembacaan dari blog blog yang ada Dylon nih ada dijual di Tesco atau Giant. Mimi dah cari kedua dua tempat tapi nan hadoo.
b) rebus baju yang terkena turun warna tuh kemudian rendam dengan air asam. Air asam apa tak pulak diterangkan secara details so Mimi assume air asam limau.
Petua pertama ada jugak nak cuba tapi jenama tuh takde. Petua kedua memang taklah nak cuba sebab macam leceh sebab nak rebus bagaikan. So, Mimi decide cuba cara sendiri untuk hilangkan turun warna pada baju berwarna.
Mimi beli clorox lemon ye bukan clorox biasa tuh. Korang pun tahukan fungsi lemon nih mampu menghilangkan kesan kotoran degil. That's why Mimi beli clorox lemon. Cara yang Mimi buat untuk hilangkan turun warna tuh, Mimi letak 1 scoop sabun basuh baju dalam baldi dan Mimi guna jenama Daia. Jenama apa korang guna terpulang. Isi air ikut anggaran baju yang hendak direndam. Kemudian isikan lima penutup botol clorox lemon tuh. Kacau air sabun dan clorox sebati.Kemudian rendamkan baju yang terkena turun warna tuh. Rendaman tuh mesti dua hari berturut-turut untuk baju berwarna. Untuk baju putih sehari semalam dah okey. Masuk hari kedua buang air rendaman hari pertama dan buat air rendaman yang baru. Hari yang ketiga korang boleh tengok baju kembali pada warna asal. Macam Mimi, buat tiga hari berturut turut sebab keadaan turun warna yang agak teruk sebab terkena warna seluar jeans kan.
Clorox Lemon yang Mimi gunakan |
Alhamdulillah menjadi. Turun warna pada baju pun hilang, warna baju pun kekal. Baju anak anak Mimi warna kuning tau. So memang tak bercapuk lah jadi baju tuh. Yang penting bila rendam tuh jangan biarkan aje tau kena rajin rajinkan diri kacau kacau rendaman baju tuh.
Untuk baju putih boleh guna petua yang sama seperti di atas. Rendam dalam air yang dah disebatikan dengan serbuk pencuci baju dan clorox lemon rendam semalaman. Ataupun petua lain ialah kalau baju putih tuh jenis fabrik jenis tebal dan tak sensitif rebus saja. Kalau nipis better rendam dengan air panas. Atau boleh juga rendam dengan air panas dengan perahan air limau. Kalau kesan luntur warna banyak dan teruk gunakan air perahan limau dengan banyak.
Perlu diingatkan ye kalau baju berwarna tuh warnanya luntur sebab korang rendam dengan clorox tak boleh guna petua nih. Baju yang warnanya luntur sebab clorox memang tak boleh buat apa dah. Menangis tepi bucu katil sajalah jawabnya. Seeloknya ELAKKAN rendam baju berwarna dengan clorox semata. Better kalau nak rendam baju dengan clorox pastikan campur dengan serbuk pencuci baju. Itu lagi selamat dan pastikan kuantiti clorox tu sikit saja lebihkan serbuk pencuci baju.
Hopefully petua nih dapat membantu sedikit sebanyak korang yang menghadapi masalah yang sama.
88 Comments
Elok sgt petua ni kot2 trkna kat kita blh try cara ni
ReplyDeleteclorox lemon? habis kalau baju yang berwarna pun pakai sama juga ke mimi
ReplyDeletetak luntur ke
kadang kena juga benda camni
biasa sental dengan sabun lux je
So far buat okey baju xluntur warna pun
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletesaya baru try..baju wrne kuning..terkena wrne merah..rendam...last2..jadi wrne putih..😅😅😅
DeleteKalau bajj kesayangan yg kena, lagi berangin. Hehe
ReplyDeleteAhamdulillah dapat hilangkan bercapok tu
irrayyan.com
tq info yang berguna. boleh ni. Ada beberapa pasang baju anak jadi macam ni. Takda idea nak buat guane..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteOkay boleh cuba ni. Hehehe.
ReplyDeletesalam kenal... aida terjah dari segmen truly love. ada masa skit ni hah, bw to meet new frens :)
ReplyDeleteaida memang guna clorox lemon tapi utk baju putih. tak pernah cuba lagi baju berwarna.
tak luntur la ekk warna kuning tu. hmmmm bagus bagus bagus...
bleh try ni sebab kadang-kadang izzat makan-makan sure terkena baju!
WAHH BES TIP NI.. SELALU ALAMI PERKARA YG SAMA .. SUDAH NYA JADI KAIN BURUK AJE..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteBaru tahu, lepas ni boleh cuba.. =D
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehuhuhuh .. memang cepat la baju reput
ReplyDeletedulu zaman sekolah memang suka pakai clorox .. either biru atau kuning(lemon).. Biasa biru lagi kuat
tapi just utk baju putih .. mmg xpernah basuh campur baju putih & color pun ... hihihihi
Pakai kerap baju memang mudah reput. Macam saya guna bila baju terkena lunturan warna saja
DeleteOwh.. Thanks sharing... Sy biasanya bior je.. Kalau nk basuh baju mmg tgk2 juga la..
ReplyDeletethanks mimie
ReplyDeleteselalu sy guna clorox lemon utk rendam kain buruk kat dapur je..
hihi biasalah tengah penat. dulu ayah main sumbat gak semua tapi skarang dah terer sebab dia sndiri pi campur baju dia and turun kaler n baju dia rosak. dah kena sendiri baru tau.. hihi..
ReplyDeleteassalamualaikum nak tanya kalau baju kurung cotton pon boleh ke?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh tapi kalau bercorak saya syorkan rendam baju dengan air panas
Deleteassalamualaikum nak tanya kalau baju kurung cotton
ReplyDeleteOk, petua baru lagi hari. Good sharing and nice blog too!~ :-)
ReplyDeleteMemang betul kata awak memang nangis punya bila baju yang warna cantik tetiba jadi hitam sebab jeans luntur. Raya baru ni gaun anak saya 2pasang jadi hitam terus sbb jahil pi basuh ngan seluar jeans. 12tgh malam saya nangis sambil sental dalam bilik air..sian bila fikir rosak baju anak saya. Terus google cari tips nak turunkan warna luntur tu. Mekasih atas sharing awak ni. saya pun nak share tips ni dalam blog saya. Nak tahu saya berjaya hilangkan warna yang luntur tu...:) dengan salah satu tips yang awak bagi tu.
ReplyDeleteMemang betul kata awak memang nangis punya bila baju yang warna cantik tetiba jadi hitam sebab jeans luntur. Raya baru ni gaun anak saya 2pasang jadi hitam terus sbb jahil pi basuh ngan seluar jeans. 12tgh malam saya nangis sambil sental dalam bilik air..sian bila fikir rosak baju anak saya. Terus google cari tips nak turunkan warna luntur tu. Mekasih atas sharing awak ni. saya pun nak share tips ni dalam blog saya. Nak tahu saya berjaya hilangkan warna yang luntur tu...:) dengan salah satu tips yang awak bagi tu.
ReplyDeleteCmne klu Jubah 2 wrna,cntoh hitam n Oren.wrna hitam trun kt Oren..blh try ke cra ni sis... Blh tlg sy😩ðŸ˜
ReplyDeleteCuba try rendam dengan air panas... Rebus pun boleh juga
DeleteRendam air panas tu kena masukkan serbuk pcuci x?
DeleteSis, kalau warna kain luntur, possible tak kalau nak kembalikan warna tu? Kasut sy warna hitam terkena clorox, habis luntur warna hitam tu, macam mana ya😢
ReplyDeleteKalau kasut atau baju yg turun warna sbb kne clorox memg xleh buat dah dik....sbb tuh kalo kasut atau baju berwarna yg direndam sgn clorox kne campur sekali dengan sabun baju..
DeleteAssalamualaikum, salam perkenalan
ReplyDeletePetua yang baik dan blh dicuba ni..
Jemput datang ke blog saya Mimiaseemacollection@blogspot.com.my
Tq dik.hr ni bj sek Ana bercapok.nk Cuba cari klorox tu
ReplyDeleteNak tanya kalau baju kolor merah luntur kene clorox . Boleh ke kalau guna kan pertua awak ni untuk kembalikan warna yg luntur tu
ReplyDeleteBaju yang berwarna luntur sebab clorox xboleh buat apa dah. Lepas ni baju berwarna elakkan rendam guna clorox... Kalau campur dgn sabun pencuci takpe.. Jangan rendam dgn clorox semata
DeleteBoleh tak send gbr clorox Lemon sbb dh servey kt market x jumpa. T.kasih.
ReplyDeletekalau seluar hitam kna clorox cmne nak hilang kan ???
ReplyDeleteKalo turn warna kne clorox memg zbleh buat apa dah
Deletekalau seluar hitam kna clorox cmne nak hilang kan ???
ReplyDeleteTerima kasih sy acap kali terjadi mcm ni...clorox lemon nk try cari
ReplyDeleteKalau tak guna clorox lemon tp pkai yg clorox biase yg original pnye untk bukan bju putih boleh ke?
ReplyDeleteBoleh juga tapi kesan maybe lambat sikit dari clorox lemon.kalau guna clorox biasa boleh cuba campur dengan perahan limau
Delete����
ReplyDeletekalau baju putih tu ada line hitam ke lain merah ke dia tak kacau ke? pakai clorox lemon boleh ke?
ReplyDeleteKalau rendam dengan clorox pastikan campur dengam serbuk pencuci sekali. Kalau clorox semata takut bercapuk baju
DeleteSaya mengalami masalah itu sekarang and jadi kat baju kesayangan saya!!omg! Baju biru laut pulak tu..menjadi ke idea ni?xluntur ke warna nya??bantu saya:(
ReplyDeleteAssalamualaikum. Sy nak tanya ' baju sy tu warna putih then ada corak bunga2 pink tu. Kalau pakai clorox lemon tu hilang tak warna2 bunga tu?? 😠hmm main campak2 je baju dlm mesen' sekali bercampur dgn seluar jeans 😌
ReplyDeleteWaalaikumussalam..cuba try rendam dgn clorox lemon + sabjn basuh baju serbuk
DeleteBoleh share gambr clorox lemon tu x?
ReplyDeleteBoleh share gambr clorox lemon tu x?
ReplyDeleteBoleh rujuk gambar di entry ini
Deletehttp://coratcoretpinkummi.blogspot.my/2017/06/gambar-clorox-lemon.html?m=1
Saya Baru beli baju mmg sayangg gile bju tu pling cntik bju raya saya , pkai skali pon x prnh sbb bru beli knn , pstu mk saya cucii Ttbe dy pnggil sy dy ckp tgk ni patu sya bengang gile smpai nk nangis pun ada , Sabtu ni ada jamuan raya dah cadangg nak pakai baju tuu . Last last erghhrhjhjh , Baju saya luntur Kaler Merah Kene dekat Atas Dia Warna Putih Cmne Nk Hilang Kannn
ReplyDeleteKena cari dulu clorox lemon tu.. n try terus..frust xsudah2 ni baju anak sepasang kena color menurun
ReplyDeleteAkak memang cari petua- petua ni semua..dah berapa banyak baju akak kena turun warna dari baju lain...kalau tau ada jalan paling mudah..guna je tips mimi ni..huwaaaa...dah buang plak tu baju2 tu...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ini kakak..
ReplyDeleteKalau baju jenis kain jersey boleh ke ?
ReplyDeleteSy rendam baju hitam dgn clorox , campur sabun daia . banyak jugak la clorox tu sy letak , esok pgi sy tgk baju hitam tu jadi tompok2 oren, mcm mana sy nak buat ye ? Dahla baju cantik tiba2 ada tompok camtu :’( tolong bantu saya
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteAllah..kalau tompok oren tuh makna warna hitam tuh luntur sebab clorox...seeloknya baju berwarna kalau nak letak clorox dengan kuantiti yg sikit + sabun pencuci.sebelum rendam kena pastikan clorox + sabun + air sebati baru rendam baju. Kena ingat clorox kneguna sedikit saja. Kalau dah jadi macam tuh tak boleh buat apa dah. Beli baru jawabnya
ReplyDeleteSalam sis nk tanya clorox lemon tu cap giant blh ke pkai.. sy nk try tp takot makin luntur baju n warna asal turun jgk.. sb baju raya ank 3 psg rosak
ReplyDeleteSaya tak pernah cuba cap giant. Kalau hasilnya sama why not cuba
DeleteSalam sis nk tanya clorox lemon tu cap giant blh ke pkai.. sy nk try tp takot makin luntur baju n warna asal turun jgk.. sb baju raya ank 3 psg rosak
ReplyDeleteTengah apply air panas ngan lemon..
ReplyDeleteBaju raya hubby trn kaler...yg kena baju dia yg 1 lg...nasib baik baju2 yg lain ok..sadish....klu x ok gak...kena cari yg lain..
hye. nak tanya. baju saya colour hijau. ada certain parts je dia turun colour. nak bagi dia sama colour balik, ikut cara sis mimi ker? Thank you.
ReplyDeleteEh jgn... Petua nih untuk baju yang terkena warna dari baju/seluar lain yang turun warna. Baju anak saya bercapuk kena warna dari seluar jeans. Tapi kalau baju sis turun warna dan nak bagi sama warnanya tak boleh guna petua nih. Nanyi bercapuk jadinya
DeleteNak tanya baju raya saya warna hijau muda pastu saya tersalah campur dengan satu baju warna merah, sekarang ni habis baju raya saya tu turun tompok2 merah. Jadi ke kalau guna clorox lemon tu? sbb sy takut baju sy tu jadi luntur pulak nanti. Explain please. Hm
ReplyDeleteCuba rendam dengan air panas + perahan limau.
DeleteKlu bju yg berwarna kena luntur sbb t'kena clorox blh jga guna tips ni ke?
ReplyDeleteKalau luntur kena clorox tak boleh guna petua nih
Deletebaju saya warna putih.saya dh buat tapi warna yang turun pada baju saya tu tk keluar pon..boleh bagi cadangan yang lain
ReplyDeleteCara lain rendam baju tuh dengan air panas...kalau fabrik baju jenis tebal dan x sensitif rebus baju smpai warna tuh hilang. Kalau nipis rendam saja dengan air panas mcm sy ckp tadi. Cara lain rendam baju dalam air panas + perahan limau. Kalau warna yg melekat tuh banyak dan pekat, kena lebihkan perahan limau.
DeleteThank you for sharing. Nak try guna lemon la. Clorox x beranii. Hihi
ReplyDeleteBaju saya warna light blue and luntur sbb basuh sekali dgn towel so dia luntur warnanya , saya dah rendam pakai clorox lemon plus sabun jugak . Tapi baju macam tukar jadi warna kuning pulak . Ada Possibility utk balik ke warna asal ke tak ya ? Sbb saya baru rendam semalam or ada any other options .
ReplyDeleteKalau baju bercorak.ada mcm2 warna...prefer cara mana ya? Baju anak baru beli habis rosak sbb turun warna drp seluar dia. Xperasan sejenis jeans. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteKalau baju bercorak.ada mcm2 warna...prefer cara mana ya? Baju anak baru beli habis rosak sbb turun warna drp seluar dia. Xperasan sejenis jeans. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteSemua type kain boleh ke? Like macam sari boleh ke?
ReplyDeleteSemua type kain boleh ke? Like macam sari boleh ke?
ReplyDeleteBaju yang fabrik nipis saya galakkan rendam dengan air panas + sabun dan perahan lemon
DeleteSalam sis. Klu beg bercorak rendam dgn air panas + Clorox lemon + detergent sekali Kee? #currentlyhappeningtomern #helppls
ReplyDeleteMin sy nak tanya klau telekung yg mmg dah ada corak bunga berwarna,tiba2 telekung tu terkena bju yg bwarna merah! boleh ke sy gunakan clorox lemon utk hilangkanya?
ReplyDeletekalau terkena tudung kesan warna tu boleh guna cara ni jugak ye?
ReplyDeletekalau baju sayaa tu terkena 2 baju kuning satu baju putih dan satu baju biru pekat mcm mnee yee ?
ReplyDeleteKalau baju link terkena luntur baju warna hijauu nak buat macam mana yaaaa sayangg gila baru pakai sekaliii ðŸ˜
ReplyDeleteSinggah sini. Cari maklumat pasal pakaian kena baju yg luntur warna.2psg seluar putih dan sepasang baju putih jadi warna hijau lumut sebab seluar bundle turun warna. Sedih sgt.xpakai skli lg 2 pasang seluar tu
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKalau baju yg ada gambar/lambang mcm sticker plastik mcm tu selamat ke guna cara ni? Tq yg tolong jawab😘
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletewaalaikumussalam... xpe dik.. xkisah jenama apa asalkan clorox jenis lemon
DeleteSalam mimie..baju skolah ank Saya terkena warna merah.dh basuh biasa.basuh sabun Mandi pn xhilang.guna petua ni..rendam 1 mlm.tp warna merah tu Ade lagi.yg hilang color tag nama plak.nk rendam lagi ke.pastu bila gosok2 tu, kene pakai sarung tangan atau boleh je tanpa sarung tangan
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com