Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang

Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang | Bila berpantang ni macam macam benda kena hadap tau. Salah satunya ialah sembelit. Lepas bersalin part nak buang air besar paling ditakuti sebab takut jahitan terbuka. Tak kiralah bersalin secara normal atau pembedahan.



Ingat lagi masa lepas bersalinkan anak sulung, Aina secara normal. 10 hari Mimi tak buang air besar. Nama pun bersalin anak sulung, tak ada pengalaman lagi. Bagi Mimi normal lah tak membuang banyak hari selepas bersalin. Hahaha.. Sekali itu tidak betul sama sekali. 

Betullah orang kata pengalaman dari kelahiran anak sulung banyak mengajar kita supaya lebih matang. Bersalin anak kedua dan ketiga tak kena sembelit pun walaupun awal awal dah standby ubat sembelit. Tapi selepas bersalin anak ke 4 ni Mimi langsung tak ada rasa nak membuang air besar.

Ubat Untuk Lawas Sembelit Bagi Ibu Berpantang


Sebelum ni kalau sembelit Mimi standby ubat warna kuning tu. Novolax nama ubat tu. Rasanya manis manis makan 2 biji cukup. Tunggu la 2,3 jam sekejap saja perut ada rasa gesa nak membuang. Memang kena tahanlah kalau perut rasa sakit memulas mulas tu. 

Tapi disebabkan bersalin kali ni secara pembedahan kali kedua rasa nak buang air besar tu ada tapi tak gesa nak membuang. Mimi suruh suami beli UBAT LAWAS SEMBELIT BAGI IBU BERPANTANG Novolax tu.



Dijadikan cerita dia cari di farmasi Alpro. Tapi bukan Novolax yang dibawa balik sebaliknya dia bawa balik ubat Luctal. Dahlah kalau ubat jenis cecair ni Mimi memang bercinta betul nak telan. Lebih rela telan ubat jenis pil daripada cecair tau. 

Mimi dah nak merajuk dah sebab dia bukan beli ubat yang Mimi nak. Dia cakap bukan ubat kuning tu tak ada tapi orang farmasi tu tanya untuk siapa. Dia beritahu untuk isteri yang dalam pantang. So, pharmacist tu syorkan ubat  ni. Katanya tak beri kesan pada baby. Novolax tu kesannya kuat sikit. 

Dah suami beli ambil jela walaupun dia cari juga ubat Novolax tu (memang dia beli ubat kuning untuk sembelit tapi bukan Novolax ya..Dak Mimi is redha jela. Malas dah nak bising

Pertama kali minum ubat ni, adoiii... Manis rasanya macam air gula. Terus terbayang saat saat minum air gula dekat Klinik Kesihatan. Berpinau kepala dibuatnya. Mimi minum 15ml sahaja. Minum ubat ni kesannya bukan 2,3 jam tapi keesokan harinya.


Sorrylah kalau gambar tak berapa clear sangat. Maafkan tangan yang snap gambar ini ya. 


Yang bestnya ubat ni tak buat perut kita memulas atau sakit. Cuma angin je asyik nak keluar. Tapi kena ingat tau, kalau kerap sangat kentut tu standby je lah dalam tandas. Nanti memang korang akan membuang. Tak payah teran sebab smooth saja. Harga ubat ni suami Mimi cakap dia beli RM9.00.

So far, walaupun rasanya manis pekat likat tapi memang bagus dan sesuai untuk ibu ibu berpantang. Memang memudahkan korang untuk membuang. Tak payah risau nak meneran ke apa. Ubat ni boleh cari di farmasi Alpro atau farmasi berhampiran. 

Post a Comment

8 Comments

  1. Hehe.. ubat lactul ni untuk lembutkan najis dan bantu perasaan nak membuang tu.. kalau novolax dia tak bantu lembutkan😄. Saya pun guna yg jenis pil kuning tu tapi nama dulcolax. Huhuhu seriau woo dalam pantang kena sembelit 😰😭...
    Selamat berpantang mimi... minum air banyak-banyak and rehat banyak-banyak...

    ReplyDelete
  2. Paling takut nak membuang kan kalau dalam pantang. Pengalaman pertama Kak Sue membuang dalam pantang memang serik rasanya.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. penting sangat ibu berpantang agar tak sembelit. kalau tak, seksa ooooo T_T

    ReplyDelete
  4. sembelit masalah yg ibu berpantang paling risau.. bagus ada produk mcm ni

    ReplyDelete
  5. x boleh lupa la kena sembelit time pantang!
    seksa!!!

    ReplyDelete
  6. Bagus eh ubat ni, Boleh ke orang Lelaki makan ubat nih suami tu selalu sembelit

    ReplyDelete
  7. Fuh, belom lagi rasa sembelit masa berpantang. Boleh la standby ubat ni siap-siap utk esok lusa.^^

    ReplyDelete
  8. belum ada experience lagi..hihi..good sharing mimie..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com