Tuesday, June 25, 2019

ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK


ARIQ AZHAFI aka TIMEBOY - REMAJA AUTISME BERJAYA DALAM SENI MUZIK | Jarang sekali kita dengar seseorang autisme melibatkan diri dalam bidang muzik. Satu bakat dan kelebihan yang luar biasa. Mimi baru tahu dan sedar sebenarnya orang istimewa ni kelebihan yang ada padanya boleh seiiring dan setanding kita manusia normal. Dan Mimi salute pada seorang remaja istimewa yang terlibat dalam bidang muzik iaitu Ariq Azhafi. Siapa Ariq Azhafi? Mesti korang tertanya tanya kan. 




Ariq Azhafi atau nama penuh beliau ialah Mohamed Ariq Najmi Bin Mohd Azhafi berusia 17 tahun dan telah dilahirkan pada 04 Disember 2001 di Muar Johor. Ariq adalah remaja istimewa dan berani tampilkan diri untuk membuktikan bahawa dirinya juga layak untuk berjaya sama seperti orang lain. Beliau juga diberi gelaran yang cukup sinonim dengan beliau iaitu "Timeboy". 

Tertanya tanya juga kan kenapa beliau digelar “TimeBoy”??? Ia digelar sedemikian kerana Ariq jarang untuk bercakap dan hanya bersuara pada masa tertentu sahaja. Mungkin pada pandangan mata kelihatan normal tetapi Ariq agak sukar untuk memulakan perbualan. 



Sewaktu umur Ariq 10 tahun (selepas 2 tahun proses rawatan dan terapi) doktor telah mengenal pasti dan mengesahkan bahawa beliau ialah seorang Autisme (Sindrom Asperger) iaitu dalam katagori masalah pertuturan. 


Namun ianya tidak menghalang remaja istimewa ini untuk meneruskan dan mendalami minat dan bakat seni muzik beliau.



Saya terdetik untuk bertanya, apa yang membuatkan Ariq berani untuk ke depan? Katanya selain daripada minat, Ariq nak membanggakan keluarga bahawa dia juga mampu memperbaiki diri ke arah lebih baik.



Menurut kata ayahnya, sejak Ariq hadirkan diri ke kelas vokal, sedikit sebanyak dapat membantu memperbetulkan percakapan Ariq dengan lebih baik. 




Pada awalnya, Ariq hanya suka menyanyi dan bermain gitar sebagai hobi tetapi klimaks Ariq bersunguh-sungguh untuk tampil menyanyi bermula daripada persembahan mini konsert anjuran sekolah muziknya. 



Galakan daripada keluarga dan cikgu vokal supaya Ariq lebih banyak bergaul dengan orang ramai agar lebih yakin pada diri.


LAGU “KITA” SEBAGAI TIKET ARIQ UNTUK BUKTIKAN BAKAT NYANYIAN


Lagu dan lirik "KITA" ini dicipta oleh ayahnya untuk beliau sebagai permulaan dan pengenalan Ariq Azhafi di persada seni muzik tanahair.

"KITA" menceritakan tentang perhubungan kasih antara keluarga dan sahabat. Dari sudut yang tersirat pula, "KITA" merupakan satu metafora untuk golongan istimewa ini. Secara khususnya, lagu ini juga adalah lambang kasih sayang seorang ayah kepada anak istimewanya.



Akhir sekali, ucapan dan harapan daripada Ariq Azhafi :




" Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas segala kurniaanNya ini.




Kepada Ayah, Mama, Atok Aki (pencetus minat seniku) dan Atok Wan, terima kasih yang tidak terhingga di atas segala pengorbanan, kasih sayang dan sokongan yang tak berbelah bagi.Teristimewanya pada Atok Aki dan Atok Wan yang bersungguh untuk Ariq masuk ke kelas vokal dan muzik di Melaka.

Kepada Uncle Ijam #BJProStudio terima kasih di atas segala semangat, galakan dan kepercayaan anda... juga semua warga BJ Production Studio dan Muo FM terima kasih diatas segalanya.




Terima kasih kepada Pengetua, Cikgu Norhan, Cikgu Hana dan semua guru-guru unit Pendidikan Khas SMK Tengku Mahkota, Muar Johor. Teacher Kevin Ong, Ms Yeo and Mr Steven, tq so much for all the encouragements and all the supports in every way.. and i am still in the learning process 😆





Terima Kasih juga kepada Uncle Zai @ Dean Mohamed di atas segala pengorbanan masa dan tenaga untuk menjayakan Video Klip"KITA" 


Terima Kasih atas segalanya,
Terima Kasih pada semuaaa!

Dan semoga diri ini di terima seadaNya... InsyaAllah.."

23 comments:

  1. Kerana berkemahuan dan semangat alhamdulillah Ariq mampu.Syukur.Moga terus berjaya dan melangkah lebih jauh.

    ReplyDelete
  2. Syukur anak istimewa ada rezeki beliau di mana-mana. YA Allah jangan kau putuskan rezekinya dan rezeki kami semua. AMeen !

    ReplyDelete
  3. Tak sangka dia autisme, tak nampak macam autisme pun kan.. ada rupa lagi tu.. dan nampak macam normal je.. Alhamdulillah.. Allah dah beri jalan kepada adik ni untuk menjadi manusia berjaya walaupun dia bukan seperti orang lain.. hemm.. bagi TB dia seorang anak istimewa yang perfect..

    ReplyDelete
  4. He has great talents, this is truly an inspiration for everyone, hopefully this news will reach more people.

    ReplyDelete
  5. Tahniah ariq berjaya menghasilkan single. Jadikan kekurangan sebagai kelebihan.

    ReplyDelete
  6. this is such an inspiring post.. nampak mcm normal jekan.. but this should show that nothing should stop us from achieving our dreams!

    ReplyDelete
  7. moga dia terus berjaya hendaknya..Tak semestinya dia tak boleh berjaya lebih dari artis terkenal kan

    ReplyDelete
  8. semoga Ariq akan berjaya sebagai penyanyi kerana dia nampak seperti seorang remaja yang sempurna aje..yg penting sokongan yg berterusan dari keluarga

    ReplyDelete
  9. Mukanya manis sekali, Good luck Ariq moga berjaya dalam bidang nyanyian

    ReplyDelete
  10. kereen kak artikelnya, mampir2 ke blog saya juga yaa

    ReplyDelete
  11. kita nampak kekurangan dalam fikizalnya tapi sebenarnya mereka ada kelebihan yang perlu dicari. semoga anak-anak ini terus maju dan dan dipermudahkan urusan mereka

    ReplyDelete
  12. Wahhh hebatnya. Kagum sgt dari seorang anak autisme boleh melangkah sejauh ini. Moga terus sukaes dlm bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  13. makin ramai blogger share pasal adik ariq ni. semoga adik ariq terus berjaya. yang penting kita ada keinginan nak berjaya dan berjalan ke arah kejayaan. semangat tgk orang2 yg berusaha buat kita pun harus kuat dan tak mudah mengalah

    ReplyDelete
  14. bagus..ada keyakinan..macam ni la yang kita nak..mak ayah support apa dibuat anak..anak pun ada rupa..insyallah boleh pergi jauh ni..terus sukses ariq

    ReplyDelete
  15. Nampak macam remaja normal aje, kisahnya autism. Baguslah dia dapat berdikirai dan ada minat sendiri. Moga terus sukses dengan minat dan bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  16. tahniah Ariq telah keluar dari zon selesa good luck ye

    ReplyDelete
  17. wahhh hebatnya anak muda ini, walaupun berlainan upaya tapi semangat dan azamnya sangat tinggi untuk memajukan diri. kelaianan bukanlah satu alasan utk tidak berjaya. salute !

    ReplyDelete
  18. hebatkan.. sebenarnya ramai je autism ni ada bakat tertentu. tapi tidak diberi peluang oleh masyarakat. harap2 mereka akan lebih diterima nanti

    ReplyDelete
  19. good luck to adik ariq..moga berjaya dalam bidang yang baru diceburi ni..

    ReplyDelete
  20. Nice sharing ! paling penting sokongan dari family kepada penghidap autisme itu sendiri. All the best young man !.

    ReplyDelete
  21. Tak sangka kalau ariq ni autisme. Sebab nampak dari luaran, dia normal je kan.
    Apa pun, tahniah dik ariq.. Atas keyakinan awk..

    ReplyDelete
  22. Hendak seribu daya kan.. bangga dengan adik Ariq. Semoga lebih sukses dalam bidang muzik dan setanding artis Malaysia yg ada..

    ReplyDelete
  23. Wow this is so inspiring, if there is a will there is a way. All the best Ariq!

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.