MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA | Hai semua! Salam Disember buat semua. Hari ni Mimi nak share dengan semua MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA yang Mimi buat . Bukan senang nak buat eatclean ni tau. Kena kuat semangat dan cekal .Kalau selama ni macam macam kita bedal, why not ubah cara makan pula kan. Jom tengok menu eatclean Mimi hari ni.
MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA
![]() |
| Menu Breakfast Eatclean: Yogurt dan Epal |
Untuk hari pertama ,breakfast Mimi cuma Fernleaf Mango Yogurt dan 1/2 biji epal yang Mimi hiris. Serius memang kenyang. Tahan jugalah sampai tengahari.
Fernlerf Mango Yogurt tu harga RM1.25 dan epal tu 7 biji RM5.00. Beli di NSK Seremban. Semua bahan untuk menu eatclean Mimi beli di NSK saja.
![]() |
| Isi dalam Mango Yogurt. Sedap ! |
Untuk makan tengahari pula Mimi makan dada ayam yang dibakar. Tabur thyme leaves sikit dan oregano. Kemudian letak salad air, tomato dipotong dadu dan juga kobis ungu. Tomato tu boleh je ganti dengan tomato ceri. Ikutkan memang nak cari tomato ceri tapi tak jumpa pulak So ambil saja apa yang ada. Kemudian, Mimi letak juga beberapa hiris epal.
![]() |
| Menu Lunch Eatclean: Dada ayam bakar + salad air + kobis + tomato dan epal |
Makan macam ni kenyang jugak tau. Selama ni duk melantak saja kan. Badan naik complaint tapi tak jaga makan siapa suruh. Menu untuk dinner Mimi tak dan nak snap gambar sebab dah ngap baru teringat. Untuk malam Mimi makan roti paratha + omelette saja.
Untuk menu esok dah fikir nak bawa apa dah. Tunggu Mimi update esok ya. Esok gagahkan diri snap semua gambar menu so boleh share Sebenarnya Mimi dah siap buat jadual MENU EATCLEAN ni sebulan tapi tertinggal dekat office. Hopefully plan nak amal makan eatclean ni bertahan sampai bila bila.





Rajin mimi buat eat clean..:)
BalasPadamSeronoknya tengok org sana sini eat clean. Teringin nak cuba. Tapi kadang kadang nafsu mengatasi segalanyalah Mimi huhu...
BalasPadamTulah tu ... dah tak sanggup dah ni tengok badan sendiri
Boleh la akak cuba macam ni jugak...senang dan tak remeh nak sediakan ye tak?
BalasPadamAlhamdulillah...semoga terus istiqamah tau...
BalasPadamnieyl selalu nya kelaut dalam hehehe
bagus eatclean ni, akk pun kdg2 buat. kdg2 cheat haha
BalasPadamwahhh nyum3....
BalasPadamyogurt tu fav...kena kental ni nk eatclean...good luck
BalasPadamAna pun rasa perlu kawal makan sekarang ni. Badan naik macam apa je. Nak try lah cara eatclean macam mimi ni. Yang penting kena istiqomah juga. Sila lah share menu sebulan tu juga.
BalasPadamgood luck..kita pun dalam proses eatclean jugak ni...tak taulah disiplin berapa lama ni
BalasPadamwhoa~ buat challenge ke ni? mcm best! Tak sabar nak tgk menu utk esok! Good luck!
BalasPadamMyra | The Grey Lines Between
good luck mimi...semoga konsisten..
BalasPadammenu mcm nie nak buat perlu kerajinan.. semoga semuanya berjalan lancar..
BalasPadammenu macam ni pun dah sedap sangat. memang menu sihat. baru start diet ye? good luck!
BalasPadameatclean pun sedap...nampak dada ayam tu sangat sedap...dengan grill mark...
BalasPadamsedap ni, tak boring sgt mkn mcm ni
BalasPadamWow macam sedappppp ni..Rabia tak amal pun eat clean ni.Patut makin gemukkk rabia ni
BalasPadamsebenarnya boleh dibuat cuma mentaliti je kena kuat. tahniah berjaya eat clean ye mimi
BalasPadamboleh punya bertahan sampai bila2
BalasPadamakak dah 3 minggu juga cuba untuk makan eatclean, walau kekadang cheating, bolehla turun sekilo je alahai
BalasPadamBonde pon dah mula makanan sihat macam ni... Mimi, harap2 kita dapat ubah dan ke arah kesihatan yang baik InsyaAllah.
BalasPadamErm.. Tak try lagi makan gitu. Tapi yogurt tu sedap. Buah dia bnyk kn?
BalasPadamI like this eat this yogurt too, yummy to mix with fruits eat. Now I am hungry as I not yet eat breakfast. Thanks for sharing this eat clean menu. I think it only lasts me for 3 hours then I need find food.
BalasPadamNampak macam simple je penyediaan dada ayam bakar. Sedap pulak hidangan ni....yogurt mangga?...adoiii tetiba teringin pulak.
BalasPadambetul tu kalo nk buat eatclean kena cekal...bkn senang kn...smoga dipermudahkan...yogurt mango tu fav...tp ayam dada tk fav ..tk dpt la nk eatclean ni hehe
BalasPadamoh that's nice. we need to eat clean in order to detox once in awhile. apparently yogurt is good and really delicious to eat. I would try it
BalasPadamTerbaik sis! Cx memang taklah nak eat clean ni sbb tak tahan lapar. Hahahha anak bf. Memang kerap lapar. Hahahha aduhai tp berat mcm dah naik juga ni payahlah! 😅
BalasPadamAmboi betul-betul sihat ni makan heheheh bagus lah menjadi kesihatan dalaman tu yang penting kita kalau minum yougurt ini satu jer mesti akan cepat sakit perut wakakaka tak tahu lah...
BalasPadamEntah bila la nak cuba macam ni..kami takut kami tak tahan lapar. Nanti jgn lupa share jadual eat clean sebulan. Nak tgk menu mudah dan murah tak utk cuba. Good luck!
BalasPadamWahhh i pun cuba eat clean tapi selalunya sehari pastu mission abort. Lol good luck Mimi!
BalasPadamNampk sedap resepi
BalasPadamNi. Ingat nak cuba.. yogurt mango mmg feveret kita hehe
Bestnya.. liez sekarang buat IF dengan atkins.. badan dah naik bagai juara dah.. kena turunkan sebelum kenduri abg ipar hujung bulan ni tapi macam xdpt capai target.. but its ok sekurangnya kita usaha
BalasPadamPerfect! On time - started my dieting today and maybe I can try the dinner menu. Healthy and filling!
BalasPadamhahaha next time you can try with greek yogurt, lagi healthy. but then lagi mahal also la. fernleaf one i will buy when there promo in giant where they selling 1 for rm1. haha
BalasPadamInvest in PRS to get Tax Relief!
Macam sedap ja menu eatclean Mimie nie..
BalasPadamBagusnya. InsyaAllah akan berjaya mengamalkan eatclean. Chaiyok! Rawlins pun perlu bermula gak Hehe
BalasPadamgood luck mimi.. bkan senang nak bersisiplin eat clean ni
BalasPadam