Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.
Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.
Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu.
SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.
Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2 z1Wk4
SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.
Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009),
Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.
Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.




Ros tak pernah dengar lagi lagu-lagu Seven Collar Tshirt.. nak kena cuba dengar jugak ni..
BalasPadamBila kak mimi share psl kumpulan ni.. Bru la zaza tau kewujudannya.. Apa pun tahniah utk mereka kerana pernah tcalon dalam beberapa kategori di AIM
BalasPadamHuihhh...kenapa mcm x kenal eh...lagu yg femes ape Kak? Eh...takpe la Sally pi YouTube.. Hehe
BalasPadamlum pernah dengar lagi pasal band ni. ni 1st time dengar nama band ni.. nanti nak try dengar lagu kat youtube
BalasPadamDah dengar lagu dia... menarik jugak lirik dia...
BalasPadamErr siapa diorg ni Mimi.. akaknni x berapa layan lagu skrg hihii
BalasPadamserius ini first time dengar maybe sebab iday memang jenis tak dengar lagu. tapi kalau dah ada award memang terbaik la, siap bertapak lama lagi. iday baru dengar, best la lagu diorang. hehehe
BalasPadamHaha taktau langsung kewujudan band ni. Ni baru tahu. Nampak sgt emi x berapa ikut perkembangan artis
BalasPadamPendatang baru ke? tak pernah dengar pun lagi lagu diorang
BalasPadambaru first time dengar nama diorang..
BalasPadambaru tahu ada group ni
BalasPadamNampak sgt akak dh kertu..artis baru pun x kenal kan
Padambaru tau juga kewujudannya. sekarang dah kurang sedikit nak ambil tahu pasal group-group nayanyi ni
BalasPadamterus terfikir nape la namanya seven kolar sedangkan ahlinya tak cukup 7 hehe..akak tak kenal pun mimi oiii.. geng kak SA la gini
BalasPadam