Inaidamia Sdn Bhd, sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai semula jadi akan melancarkan produk baharu mereka, iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8/3/21. Inaidamia juga menawarkan promosi prapelancaran bermula 22/2/21 hingga 7/3/21 sempena pelancaran produk-produk baharu tersebut.
Serbuk
inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai tulen dengan kualiti premium
tanpa pewarna
tambahan dan bahan kimia
terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India.
Pengasas
Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan menjelaskan bahawa, “Kami komited dalam
menghasilkan produk inai 100% asli
bagi menyediakan alternatif yang lebih selamat kepada pengguna berbanding
produk berasaskan bahan kimia sintetik. Inisiatif ini juga
selaras dengan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan
sumber semula jadi.”
“Produk
semula jadi menjanjikan kualiti dan utrient yang lebih tinggi kepada pengguna.
Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium ialah respons Inaidamia terhadap permintaan
pelanggan yang inginkan inai yang warnanya tahan lama di samping menyihatkan rambut.
Apabila Inai Serbuk dipakai pada jari, pengguna akan mendapati warna inai tahan
lama di kuku sehingga kuku habis dipotong. Apabila digunakan pada rambut,
pengguna akan mendapati Inai Rambut Premium berupaya menguatkan akar rambut dan mengurangkan
rambut gugur, serta menghilangkan kelemumur,”
tambah beliau.
Dalam
usaha menarik perhatian pelanggan semasa dan lebih ramai pelanggan baharu,
Inaidamia juga melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka.
Wajah baharu produk-produk Inaidamia
tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan.
Inaidamia komited dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat
digunakan, tetapi di
samping itu, mereka tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan
menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.
Bagi pelanggan yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda boleh menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/. Semua produk Inaidamia dibenarkan untuk dibawa solat (solah), bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Tentang
Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia
Sdn Bhd ialah syarikat yang memasarkan produk inai daun semula jadi, halal dan
selamat, beribu pejabat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama
terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra
wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang.
Kedai rangkaian dan pengedar produk Inaidamia terdapat di seluruh Malaysia.
Dapatkan maklumat terkini di https://inaidamia.com.
Untuk
pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Ridzzaida Ridzuan,
013-2223203
9 Comments
Cantiknya packaging dia. Owner dia pun lawa mesti best inai ni
ReplyDeletecantik dan praktikal sgt packaging dia tu..
ReplyDeleteBoleh cuba..kalau pakai yang tumbuk sendiri tu tak pernah nak merah, jadi warna oren pudar je..
ReplyDeleteboleh cubalah produk ni..sbb mmg duk sllu pakai inai..skrg dah abis..boleh try sekali dgn inai rambut tu jugak hihi
ReplyDeletePackaging mcm ni, daripada tak nak beli pun boleh jd nak beli. Convenient gila!
ReplyDeleteMcm best guna inaidamia ni nk beli yg rambut punya la
ReplyDeletepackaging cantik..nak cuba la yg utk rambut tu
ReplyDeleteBaguslah ada inai tulen utk warnakan rambut tanpa ragu2
ReplyDeleteThanks for sharing now i know where to get inai when i need it.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com