Bagi menghargai kegigihan dan kesungguhan barisan petugas barisan hadapan kita, KITKAT baru-baru ini telah menyumbangkan produk kepada lebih 12,000 pekerja penjagaan kesihatan di enam buah hospital di Lembah Klang.
KITKAT Break Bus telah
menghantar sumbangan tersebut kepada
pekerja penjagaan kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital
KPJ Selangor, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Pusat Perubatan
Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Sungai Buloh. Ini termasuk pelbagai jenis
produk KITKAT, seperti KITKAT Milk Chocolate dan
KITKAT Senses.
Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols,
berkata, “Nestle Malaysia telah memberi sokongan terhadap usaha petugas barisan
hadapan sepanjang pandemik ini, dan ingin terus menunjukkan penghargaan kami
kepada pekerja penjagaan kesihatan kita yang terus memainkan peranan penting
dalam perjuangan menentang Covid-19. Mereka telah menunjukkan dedikasi yang
tidak terhingga dan kami berharap bahawa dengan cara ini, kami dapat sedikit
sebanyak menyokong dan menggalakkan petugas barisan hadapan untuk terus
bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.”
Encik Frédéric Porchet, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi Unit Perniagaan
Konfeksi, Nestlé Malaysia, menjelaskan, “Kami sedar bahawa negara kita kini
sedang berhadapan dengan waktu yang sukar, namun kami memahami akan pentingnya
waktu rehat, terutamanya apabila menghadapi tekanan yang tinggi semasa
berkerja, bagi tempoh waktu yang panjang. Kami harap sumbangan kecil daripada
KITKAT akan membawa sedikit keceriaan kepada petugas barisan hadapan kita dan
memberi mereka peluang untuk berehat seketika dalam perjuangan membendung penularan pandemik ini.”
Mengenai Nestlé KITKAT
Dicipta pada 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi Nestlé
pada 1988, dan telah berkembang untuk menjadi salah satu jenama jutawan Nestlé. Snek ringan yang digemari ramai ini ialah
jenama coklat No.1 Malaysia, dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia.
Nestlé KITKAT merupakan jenama
konfeksi global pertama yang diperbuat daripada 100% koko mampan yang
diperolehi menerusi Rancangan Koko Nestlé.
Frasa “Have a break, have a KITKAT”
(Berehat Sebentar Bersama KITKAT) secara ringkas menjelaskan misi KITKAT – untuk membantu anda berehat
sebentar apabila anda paling memerlukannya. Nestlé KITKAT menggalakkan segala jenis rehat berlainan yang diingini oleh
penggemar KITKAT – keseronokan,
kespontanan, kelazatan, kenikmatan, dan ganjaran. Sama ada anda tenggelam dalam
timbunan kertas kerja atau bertungkus lumus bekerja seperti jentera, anda boleh
menikmati kelazatan coklat menyelerakan ini, yang sekarang dibuat 100% daripada
koko mampan, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan cara apa jua.
KITKAT adalah 100% produk Halal keluaran tempatan yang dibuat di kilang Nestlé
yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.
Berikut adalah cara untuk berehat seketika...
dengan gaya KITKAT:
1.
Tolak wafer keluar dari pembungkus merah.
2.
Gores sepanjang jejari wafer yang dibalut
dengan kertas timah.
3.
Patah satu jejari wafer pada satu masa.
4.
Kemudian patahkan satu jejari wafer menjadi
dua dan nikmati kelazatannya!
Untuk maklumat lanjut tentang KITKAT, sila ke:
Laman Jenama - http://www.nestle.com.my/brands/confectionery_and_chocolate/KITKAT
Facebook -
http://www.Facebook.com/KITKATMalaysia
1 Comments
wajar dihargai petugas frontliner kita. tq kitkat
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com