Resipi Udang Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Panjang | Sebenarnya menu ni Mimi masak minggu lepas lagi tapi lupa pula nak kongsi di blog. Bila PKP lama sangat otak mula tepu tak boleh nak fikir masak lauk apa. Dapat masak sejenis lauk pun kira syukur dah.
Dua tiga kali buka peti sejuk sambil fikir nak masak menu apa. Otak punya ligat fikir lauk yang sesuai dengan makanan basah yang ada. Akhirnya tercetus idea nak masak Udang Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Panjang.
Kalau yang baru belajar nak masak tu, ni salah satu menu mudah nak disediakan. Semua bahan bahan main lebur campak campak macam tu je. Yang duduk bujang pun boleh cuba masak menu mudah ni.
Jom cuba masak menu Udang Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Panjang yang mudah disediakan ni.
Bahan bahan
Bawang besar dihiris
Bawang putih dihiris
3 biji cili padi dihiris
Udang
Sayur Kacang Panjang
Tomato belah 4
Sedikit serbuk kunyit
Air
Garam
Minyak
Cara caranya
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris.
2. Masukkan sedikit serbuk kunyit, cili padi dan sayur kacang panjang. Bila sayur hampir masak masukkan udang dan garam secukupnya.
3. Masukkan sedikit air, biarkan sekejap. Akhir sekali masukkan tomato.
4. Gaul rata dan tutup api. Dah siap!
Mudahkan nak masak. Sap sap soi je dah siap menu Udang Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Panjang ni. Bila masak lauk ni di rumah memang terhangat di pasaran lah. Sekejap saja habisnya. Warga rumah Mimi ni memang suka udang cuma anak Mimi Auni kurang sikit makan udang. Kalau makan pun 2, 3 ekor saja dia ambil. Makan tapi tak berapa makan sangat. Hah faham ke idak?
Dah buntu sangat nak masak lauk apa, masak lauk Udang Goreng Kunyit dan Sayur Kacang Panjang ni sahaja pun cukup dah. Yelah sebab ada udang, ada sayur kacang panjang, buah tomato dan cili padi. Setiap satu ada khasiat tersendiri.
Memang sedap makan dengan nasi panas. Hah jangan lupa cuba masak menu di rumah tau! Selamat mencuba!
19 Comments
Sedapnya udang siap dikopek, ngap makan terus. Hehe
ReplyDeletesimple tapi sedap kan Mimi :)
ReplyDeleteSedapnya dak Mimi... terliur tengok udang tu ha
ReplyDeletedua tiga kali buka peti sejuk tu kita feel sis mimi. haha. sebab kita pun begitu. nak masak itu ini, alih-alih lah goreng telur pun jadi. haha. ok save resepi udang goreng kunyit dan sayur kat sini :)
ReplyDeletethank u share sis mimi :)
Menu ni antara favorite saya. Selalu request dekat mak bila balik kg.
ReplyDeleteresepi mudah je boleh la buat nanti. suka sangat makan udang, goreng camni pun sedap
ReplyDeleteKalau udang memang sedap sangatla makan. Nama resepi udang mesti udng kena lebih. Kalau bella jd terbalik..udang secoet je. Hehe..nanti kita try resepi Mimi ya.
ReplyDeleteBAgus gak dapat resepi simple ni bole la buat sbb selalu buat goreng ayam kunyit dgn kacang panjang.
ReplyDeleteAnak-anak marina pon suka makan udang. Masak simple2 pon bertambah tambah nasi kan
ReplyDeleteudang ni memang la feveret aida, mimi.
ReplyDeletenamun, apa kan daya, dah tak boleh makan byk now ni.
resdung ku kronik!
makan 3 ekor je, mimi, demam nyer 3 hari!!!
goreng kunyit dgn kacang panjang ni, aida buat dgn ayam.
best!
Menu simple macam ni kan, kalau makan dengan sambal belacan, nasi panas, ada telur dadar, perghhh boleh jadi kes berat bertambah nasi hahahaha...selalu juga Sis masak menu ni..kadang sampai blur nak masak ek musim PKP ni..
ReplyDeleteTgok gambar ingatkan masak lemak sb ada kuah. Kalau sis dapat ni..huummmm habis sis ratah ni..nampak sedap..lbh2 lagi ada udang
ReplyDeleteResipi simple macam ni yang sedap Mimi... apa orang kata, less is more gitu... kami sekeluarga pun suka makan lauk yang macam ni... mudah dan pantas untuk disediakan... thumbs up...
ReplyDeleteSedap ni. Kalau kita kan, kita tak guna kacang panjang. Kita guna kacang buncis. Gemok2 sikit kan. Sedap. Haha
ReplyDeleteResepi udang goreng kunyit dan sayur kacang panjang.. mearik..lain daripada yg lain..biasa iena masak udang goreng kunyit kering je. Macam style kt kedai kelantan tu..ni lain sikit :) blh la cuba nty
ReplyDeletelauk simple2 mcm ni la sedap makan dgn family.. mudah dan cepat dimasak utk makan .. thanks share resipi udang ni..
ReplyDeleteAda lauk ni jadi dah makan ngn nasi panas. Complete dengan sayur dan berkuah sikit tu. Sedap2
ReplyDeleteStokUdang ada...nanti nak buat la macam ni
ReplyDeletesedapnya udang goreng kunyit.. dah lama tak makan udang.. boleh lah masak nanti untuk encik suami.. nak makan sendiri belum boleh lagi kan mimie..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com