Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 2


Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 2 Dah baca pengalaman bersalin Mimi sebelum ni? Sebelum baca entry ni korang kena baca dulu cerita Mimi yang sebelum ni. Takut tak faham pula kan.
Nurse panggil Mimi untuk siap sedia masuk je labor room. So, Mimi kena naik kerusi roda nak ke labor room. Sampai je labor room Mimi dimasukkan ke bilik nombor 7. Dalam labor room macam biasa macam macam prosedur dibuat. Check jalan dan pecah ketuban semua.



Nurse dalam labor room ada beritahu yang tempoh masa Mimi ada dalam labor room hanya 8 jam sahaja. Kenapa 8 jam? Sebab sebelum ni Mimi kan pernah czer, jadi diorang hadkan selama 8 jam sahaja. Tak nak tanggung risiko takut rahim pecah bila terlalu lama berlaku contraction. Kalau dalam tempoh 8 jam tu tak ada progress, memang kena tolak OT room lah jawabnya.

Pukul 10 tu kira semua prosedur dah settle, pecah ketuban semua so menunggulah Mimi dalam labor room tu. Nak tunggu jalan buka. Masa ni boleh borak borak dan ketawa dengan nurse sebab tak ada contraction lagi. Siap boleh tidur walaupun perut ada alat CTG. Tangan pun dah masuk ubat untuk bantu ada contraction tapi dos yang diorang bagi Mimi dos paling rendah. Kira tak kuatlah.

Pukul 2 petang, doktor check jalan dah buka 4 cm. Doktor siap cakap bila dah buka 4cm ni, progress nak buka jalan makin senang dan cepat. Lepas check jalan tu, contraction dah mula rasa walaupun tak kerap mana. Tapi dalam pukul 2.30 petang tu dah mula kerap contraction. Makin lama makin kerap. Memang sakit sangat, sampai menggigil badan tahan contraction dan kepit kaki sebab jalan still 4cm lagi. Bila ada gesa nak meneran je, Mimi tahan lagi sampai menggigil badan.

Pukul 5.20 petang doktor check jalan still 4cm. Maknanya no progress. Pukul 5.30 petang suami Mimi dipanggil masuk ke labor room. Doktor beritahu yang Mimi kena juga operate sebab tak ada progress nak bersalin normal. Banyak jugalah prosedur. Dan masa tu juga suami minta untuk "ikat". Sebelum tu pun Mimi dah tanya doktor boleh ke Mimi "ikat" dan doktor bagi. 

Lepas nurse dan HO siapkan semua dokumen berkaitan, Mimi dan suami kena tandatangan. Dah siap semua, Mimi dan suami kena tunggu sekejap untuk nurse siapkan beberapa dokumen lagi. Masa tu contraction makin kuat. Sempatlah genggam tangan dia kuat kuat. Dah tak tahan sangat. Mulut dah terkumat baca doa Nabi Yunus sambil dalam hati cakap cepatlah.. Allah.

Lepas tu terus Mimi kena tolak OT room sambil ditemani suami. Sampai kat pintu saja sempat salam suami dan dia tepuk perlahan tangan Mimi dua kali tanda bagi semangat. Nampak juga muka dia risau.

Sebelum masuk OT room Mimi ditempatkan di satu bilik untuk beberapa prosedur. Nurse dan doktor tanya beberapa soalan dan mereka tunjuk beberapa dokumen untuk confirmkan Mimi dan suami tandatangan. Bila dah selesai, doktor pakar bius datang tanya beberapa soalan. Kemudian Mimi kena tolak ke OT room.

Dalam OT room, Mimi kena bius untuk mulakan proses pembedahan. Selepas bius, cepat cepat Mimi baring dan pembedahan dimulakan. Mimi macam biasalah tidur. Tapi terasa lah perut kena tekan, kena godek godek. Dah macam jeli perut ni. 

Alhamdulillah tepat pukul 6.44 petang lahirlah anak Mimi yang ke 4 merangkap yang bongsu. Baby yang bongsu ni ialah baby girl dan berat 2.4kg. Mimi dapat jumpa baby sekejap saja. Nurse bagi dia rasa susu badan Mimi sekejap dan nurse beritahu baby kena bawa ke wad SCN. Sempat Mimi cium baby. Lepas tu, Mimi sambung tidur sebab operation tak selesai lagi sebab nak ikatkan.

Mimi keluar OT room dalam pukul 8 malam lebih macam tu. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Syukur Mimi dan anak selamat. Buat korang yang sedang menunggu hari untuk melahirkan baby, Mimi doakan semoga urusan korang dipermudahkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. memang comfirm takmo baby lagi ke mimi? mimi kan muda lagi...
    kira comfirm bongsu lah baby ni ya...
    macam-macam pengalaman dah mimi rasa, bestnya akak ni sorang tu jelah

    mesti sedap cium baby baru lahir kan, kim salam peluk cium akak untuk baby tau
    nanti boleh bagi alamat mimi kat email akak ni
    norhidana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah confirm kak sebab saya dah ikat sebab suami suruh... Ok kak nanti saya emailkan alamat ye

      Delete
  2. seramnya dengar part ni. apapun semuanya selamat. ^^ Tahniah.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..selamat semuanya..Akak baca sambil bayangkan mimi..seriau plak baca..haha...orang belum ada pengalaman baca, mmg seram gak lah..haha

    ReplyDelete
  4. Hehe part czer lps bius tu akk suka.. Mmg terasa perut di godek2.. Tp macam geli2 tu best... Hehe mcm kena massage je.padahal kena robek

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah selamat dah bersalin...hey...mamalong tak tengok dia lagi tau...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. selamat bersalin. tahniah mimi

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com