Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 1

Pengalaman Bersalin Anak Bongsu Part 1| Entry kali ni panjang dari biasa. Yelah cerita pengalaman bersalin memang lamalah. Kalau rasa bosan sila klik X ya..Kalau sudi baca, baca sampai habis.

Alhamdulillah Mimi selamat melahirkan anak bongsu pada 1 Februari 2020 jam 6.44 petang secara pembedahan. Mesti ada yang tertanya tanya kenapa pembedahan? Tak boleh normal ke? Okay, meh Mimi nak kongsi cerita PENGALAMAN BERSALIN ANAK BONGSU.



Untuk kandungan kali ini, pertama kalinya Mimi GDM on insulin dan anemia. Anak anak sebelum ni semua clear. Yang bongsu ni lain sikit penangannya.  29 Januari 2020, Rabu, by hook or by crook Mimi kena serah diri ke hospital sebab GDM on insulin. Bila dah on insulin ni faham faham sajalah, memang kena bersalin awal. Masa ni usia kandungan Mimi 36 minggu 6 hari.

Selesai proses pendaftaran, masuk wad macam biasa. Untuk hari pertama tak ada apa yang best pun. Macam biasa, rutin nurse datang check bacaan bp dan jantung baby. Lepas tu, Mimi kena masuk bilik pasang CTG nak check jantung baby. Selesai semua, duduk saja atas katil diam diam dengan hati berdebar tunggu hari esok.

Esoknya 30 Januari 2020, pagi pagi sebelum 5 pagi lagi nurse dah kejut suruh bangun makan dan buang air kecil sebab nak pasang CTG lagi check jantung baby. Selesai CTG, Mimi mandi dan solat. Lepas tu sambung tidur sekejap. Pukul 7.30 pagi doktor datang Mimi kena start induce foley catherer. Senang cakap induce belon.

Pukul 7.30 pagi doktor datang, maka berdebarlah masing masing yang kena induce tunggu nama di panggil. Sampai turn Mimi, doktor check jalan dah buka 1 cm. Walaupun doktor perempuan tapi sakitnya time dia seluk tu rasa nak bagi penampar je. Doktor tu kecil je orangnya tapi tangan dia nauzubillah..Masa dia pasang induce belon tu sakitnya Allah saja tahu. Sampai Mimi tak sedar Mimi duk angkat punggung dan keraskan badan sebab menahan sakit. Bila dah selesai pasang tu, terus turun katil dan Mimi dinasihatkan untuk berjalan.

Erm, induce belon ni memang tak sakit langsung macam induce pil tapi kita rasa tak selesa sebab terjuntai tiub tu walaupun dilekat dengan plaster. Rupa induce belon tu korang tengok gambar kat bawah ni.

Foley Chaterer
Sumber : Google


So, bermula rutin baru kena berjalan sekeliling wad nak bagi belon tu mengembang. Belon akan kembang kalau kita aktif berjalan. Induce belon ni akan tertanggal sendiri kalau jalan dah buka 3cm atau 4cm ke atas. Hari pertama pasang, tak ada apa apa pun yang jadi. Sampai tengah malam tak ada apa apa progress. Tidur jelah sambung esok.

Keesokkannya 31 Januari 2020 macam biasa pukul  4.30 pagi nurse kejut suruh makan dan buang air kecil nak check jantung baby guna CTG. 7.30 pagi tunggu turn doktor panggil untuk pasang induce kali kedua. Kali ni doktor perempuan lain yang pasangkan. Masa ni jalan dah pun buka 2cm. Proses pasang induce tak sakit macam yang semalam. Tahu tahu dah siap pasang. Macam biasa rutin harian kena berjalan keliling wad, check bp dan jantung baby. Makan dan tidur. Tunggu keesokkan hari.

Esoknya 1 Februari 2020, macam biasa bangun seawal 4.30 pagi kena makan dan buang air kecil nak check jantung baby guna CTG. Lepas selesai, Mimi mandi. Masa mandi tu ada rasa nak buang air besar. Masa nak buang tuh tiba tiba keluar belon tu jatuh dalam lubang toilet. Nasib baik toilet duduk dan Mimi belum sempat nak buang air besar. Masa tu dah ada lendir darah keluar. So, induce belon tu Mimi letak ketepi sambung buang hajat dan mandi.

Foley Catherer yang keluar sendiri


Selesai semua, nurse datang Mimi tunjuk belon dah keluar. Dia suruh buang dan beritahu doktor belon dah keluar. Masa doktor sampai, masuk bilik terus beritahu belon dah keluar. Doktor check jalan dah buka 3cm. Terus doktor dan nurse beritahu nama Mimi akan dorang proceed ke Labor Room dan tunggu turn untuk dipanggil. Pukul 9.30 pagi nurse datang beritahu Labor Room dah panggil.

Hah nak tahu apa jadi seterusnya nanti Mimi kongsi dekat entry seterusnya pengalaman bersalin anak bongsu Mimi nanti ya. Cerita panjang sangat kang bosan pulak nak baca. Stay tune ya korang! 

Post a Comment

5 Comments

  1. Subahanallah..wanita ni luarbiasa dapat melahirkan baby

    ReplyDelete
  2. Tak berapa nak faham sebab tak pernah mengalami. Hehe. Apa pun, tahniah kak Mimie. Selamat berpantang

    ReplyDelete
  3. aik, anak bongsu dah ke, mimie ?
    :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  4. Apa2 tahniah dah selamat berpantang. Fuh,, seram jugak tengok belon tu. ^^

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com