JUALAN KASIH SAYANG ARACARE KEMBALI LAGI| Assalamualaikum. Hai semua! Ada yang antara korang yang berniat nak bersedekah tapi tak mampu dari segi kewangan. Nak bersedekah bukan sekadar dengan duit saja, bersedekah dengan barangan terpakai pun boleh. Mesti ramai yang boleh menyumbang barangan terpakai kn?
JUALAN KASIH SAYANG ARACARE KEMBALI LAGI
Mimi nak kongsi dengan korang satu aktiviti kebajikan oleh satu badan NGO yang dikenali sebagai ARACARE yang berusaha membantu mereka yang susah dan memerlukan bantuan.
Jualan Kasih Sayang Aracare kembali lagi! Untuk pengetahuan korang, NGO ARACARE sedang di dalam proses pengumpulan barangan terpakai.
1. Preloved ( barangan terpakai ) bagi JUMBLE SALES
2.Pada 8 MAC 2020 bagi mengutip dana untuk tabung mereka
Sesiapa yang berminat nak berikan barangan preloved (terpakai) seperti :
1. barangan seperti pakaian ( lelaki, wanita dan kanak2)
2. Permainan kanak-kanak
3. bahan bacaan.
Mimi sendiri ada barangan terpakai yang dah Mimi asingkan tapi tak tahu nak salur ke mana. Bila dapat tahu pasal aktiviti yang dilakukan ARACARE ni apa lagi kan. Mimi yakin ada antara korang sendiri tak pasti nak salurkan barangan terpakai ke mana. Betul tak? Hah sekarang dah boleh salurkan barangan terpakai yang kita tak perlukan ke NGO ARACARE.
Kalau korang nak tahu ARACARE sentiasa membuat aktiviti kebajikan bertahun lamanya di mana ia bermula dengan aktiviti keluarga dan kenalan rapat sahaja.
ARACARE juga banyak melakukan charity di sekolah dan membantu gelandangan.
Kalau korang berminat nak memberi sumbangan barangan terpakai, boleh hubungi ARACARE atau kornag boleh pm blogger Kak Lynda personal untuk minta nombor telefon person in charge.
Sebahagian barangan yang telah dikumpulkan akan di sedekahkan pada komuniti Rohingnya di kawasan Puchong dan Subang Bestari.
Sekiranya korang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pengambilan barangan, pihak ARACARE boleh diuruskan.
Maklumat lanjut boleh layari :
24 Comments
Menarik...nanti boleh tengok barang apa yang boleh didermakan
ReplyDeletewaalaikumussalam. sangat menarik. alhamdulillah ^_^
ReplyDeletemenarik jugak nih... kadang banyak jugak barang tak terpakai yang masih elok, lagi lah si aiyan punya baju ada baru pakai sekali dah tak muat
ReplyDeletewaa menarik ni.. byk gak brg dah bg org tapi still lagi byk adoii
ReplyDeleteEh Subang Bestari? Tak tahu pula ada ramai rohingya dekat sini. good cause untuk bantu yang kurang bernasib baik, semoga dipermudahkan
ReplyDeleteBagus sangat ni..dulu kat JB pun ada gak buat camni, dah lupa apa namanya, dan tak taulah masih ada ke tak...dari barang tu tersadai tak pakai kan, elok sedekah je kalau masih berguna..
ReplyDeleteBagus juga info ni. Meaning mwreka bole satang ambi sendiri tak kat rumah?
ReplyDeleteBagus juga kalau macam ni. Ada usaha/cara lain untuk menyalurkan bantuan disamping boleh bersedekah dan clearkan barang yang dah tak pakai kat rumah.
ReplyDeleteIni macam sesuatu yang menarik nie. Rawlins nak cari preloved items yang boleh Rawlins sebagai props kan
ReplyDeleteTahun lepas ada juga menyumbang utk shoutout event jualan amal. Kita sekadar membantu disamping influence kuat dari Mizz Nina noh hujan. Hope usaha Aracare berjaya dan di berkati.
ReplyDeleteThanks for sharing.
ReplyDeleteaduhai.
ReplyDeletekat melaka ari tu puas mencari offline & online.
sukar nak dpt tempat collect pakaian, dari jenis kain kain terpakai ni, mimie.
lastly, aida bagi kat abg lori sampah tu. da asingkan elok2.
terpulang la, diorang nak amik ke jual ke...
bagusnya ni, thanks atas inisiatif ni semoga lagi ramai kita boleh bahagiakan
ReplyDeleteWah bgus sangat ni. Dh tau nak bagi kat siapa barang yang tak digina dh ni..good info.
ReplyDeleteEh saya pun ada barang barang dan baju anak-anak yang masih elok tapi dah tak muat. Boleh jugak kalau nak bagi dekat sini. nanti saya tengok
ReplyDeleteBagus betul ARACARE ya. dengan usaha mereka membantu orng2 yang susah dan memerlukan bantuan. moga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeletesuka sgt aktiviti macam ni..daripada kita buang barang2 terpakai yang boleh pakai lagi dan masih baik conditionnya apa salah kita sedekah pada yang memerlukannya kan..dulu byk aktiviti mcm ni kat area rumah El..selalu sgt join..habis selongkar satu rumah..
ReplyDeleteOh, bagusnya tapi dekat sini ada juga tempat khas untuk derma pakaian sbb dah tak pakai
ReplyDeleteMemang bagus sangat event mcm nih sangat membantu kepada mereka yang memerlukan, tapi kene ada hari yang cuti boleh lah shoting barang-barang kepada aracare
ReplyDeleteBagus juga event cmni kan.. Wawa byk pakaian terpakai...nk bg orang xsmua org trima..nti nk anto ke sini la
ReplyDeleteSelalu cari di mana nak beri. Selalu harap ada di seluruh Malaysia.
ReplyDeleteThanks for sharing, its good to donate those reusable items for the needy.
ReplyDeleteBagusnya servisnya.. boleh la AM menderma barang yg masih elok dan terpakai utk golongan yg memerlukan..
ReplyDeletePakaian lelaki tu ada saiz kita tak hehehe kalau ada kita dah beli kat sini wakakak firstime dengar pasal Aracare ni hehehe mesti murah tengh promo..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com