Tandas Rosak Gara Gara Hujan Lebat Malam Semalam | Assalamualaikum. Hai semua! Pagi ni masih bersiaran di hospital. Still warded. Pagi ni juga Mimi dikejutkan dengan berita yang tandas utama rumah rosak. Suami beritahu masa whatsapp pagi tadi.
Siling pecah, mangkuk tandas pun pecah gara gara seketul batu bata. Mimi tanya suami kesan pecah masuk atau sebab lain. Kalau tengok pada gambar macam orang nak pecah masuk. Suami cakap nanti dia nak panjat atas siling tengok kalau ada kesan pecah masuk. Sebab Mimi dah bising suruh buat laporan polis. Trauma dengan kes pecah rumah dulu masih ada sebab tu sekarang ni Mimi berjaga jaga.
Baca sini : Pengalaman Rumah di Pecah Masuk
Suami Mimi pinjam tangga di rumah jiran dan panjat atas silimg nak tengok apa yang jadi. Bila suami cakap bukan kesan pecah masuk, lega hati Mimi. Risau juga. Yelah anak anak dara tak ada balik kampung. Mimi dekat hospital. Suami berdua saja dengan Adhwa di rumah. Mestilah risau kan.
Rupanya salah satu batu bata dinding yang ada atas siling tercabut. Kalau dah letak simen sikit macam tu lama lama retak pecah jugaklah kan. Nak nak suami beritahu semalam hujan lebat pluas angin kuat. Jadi, suami decide beli simen dan pasir repair kerosakan yang ada. Tak pasal pasal siling pecah, mangkuk tandas pun pecah hanya kerana seketul batu bata.
Waktu macam nihlah ujian datang bertimpa tapi tetap redha. Benda nak jadi takkan nak mengeluhkan. Hadap saja dengan sabar. Ada rezeki lain beli jelah mangkuk tandas yang baru. Buat masa ni suami repair dulu dengan tambah simen. Ada rezeki lebih nak renovate semula tandas dan bilik mandi.
9 Comments
singgah jumaat
ReplyDeletehappy weekend
semoga dipermudahkan urusan. salam kenal done follow sini.
ReplyDeletemoga dippermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteNasib baik takde orang dalam tandas mass batu tu jatuh.
ReplyDeleteMujur tak ada orang dalam tandas tu masa kejadian. Semoga ujian ni digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
ReplyDeleteNasib anak- anak semua takde..kalau tengah gunakan tanda macam mana..allah..mintak dijauhkan la...
ReplyDeleteallahu besar ujian mimie.. semoga ada rezeki lebih besar selepas ni ye..
ReplyDeleteMujur kejadian berlaku, tak ada orang dalam bilik air.. ujian buat mimi sekeluarga..
ReplyDeletenasib baik tak ada sesiapa dalam bilik air masa kejadian ni. alhamdulillah.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com