Friday, December 13, 2019

Tandas Rosak Gara Gara Hujan Lebat Malam Semalam

Tandas Rosak Gara Gara Hujan Lebat Malam Semalam | Assalamualaikum. Hai semua! Pagi ni masih bersiaran di hospital. Still warded. Pagi ni juga Mimi dikejutkan dengan berita yang tandas utama rumah rosak. Suami beritahu masa whatsapp pagi tadi.



Siling pecah, mangkuk tandas pun pecah gara gara seketul batu bata. Mimi tanya suami kesan pecah masuk atau sebab lain. Kalau tengok pada gambar macam orang nak pecah masuk. Suami cakap nanti dia nak panjat atas siling tengok kalau ada kesan pecah masuk. Sebab Mimi dah bising suruh buat laporan polis. Trauma dengan kes pecah rumah dulu masih ada sebab tu sekarang ni Mimi berjaga jaga.




Suami Mimi pinjam tangga di rumah jiran dan panjat atas silimg nak tengok apa yang jadi. Bila suami cakap bukan kesan pecah masuk, lega hati Mimi. Risau juga. Yelah anak anak dara tak ada balik kampung. Mimi dekat hospital. Suami berdua saja dengan Adhwa di rumah. Mestilah risau kan.




Rupanya salah satu batu bata dinding yang ada atas siling tercabut. Kalau dah letak simen sikit macam tu lama lama retak pecah jugaklah kan. Nak nak suami beritahu semalam hujan lebat pluas angin kuat. Jadi, suami decide beli simen dan pasir repair kerosakan yang ada. Tak pasal pasal siling pecah, mangkuk tandas pun pecah hanya kerana seketul batu bata.

Waktu macam nihlah ujian datang  bertimpa tapi tetap redha. Benda nak jadi takkan nak mengeluhkan. Hadap saja dengan sabar. Ada rezeki lain beli jelah mangkuk tandas yang baru. Buat masa ni suami repair dulu dengan tambah simen. Ada rezeki lebih nak renovate semula tandas dan bilik mandi. 

9 comments:

  1. singgah jumaat
    happy weekend

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan urusan. salam kenal done follow sini.

    ReplyDelete
  3. moga dippermudahkan segala urusan...

    ReplyDelete
  4. Nasib baik takde orang dalam tandas mass batu tu jatuh.

    ReplyDelete
  5. Mujur tak ada orang dalam tandas tu masa kejadian. Semoga ujian ni digantikan dengan sesuatu yang lebih baik.

    ReplyDelete
  6. Nasib anak- anak semua takde..kalau tengah gunakan tanda macam mana..allah..mintak dijauhkan la...

    ReplyDelete
  7. allahu besar ujian mimie.. semoga ada rezeki lebih besar selepas ni ye..

    ReplyDelete
  8. Mujur kejadian berlaku, tak ada orang dalam bilik air.. ujian buat mimi sekeluarga..

    ReplyDelete
  9. nasib baik tak ada sesiapa dalam bilik air masa kejadian ni. alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.