Mangga Ice Blended Mudah dan Sedap | Assalamualaikum dan hai semua! Hujung minggu ni ingat plan nak balik PD dan bawa anak anak mandi laut. Tapi mengenangkan sekarang ni musim hujan batalkan terus niat tu. Bahaya pula bawa anak anak mandi laut waktu musim hujan kan. Masa tengah taip entry ni pun langit dah mula mendung tanda nak hujan.
Bila dah terperap di rumah tak tahu nak buat apa. Yelah, baju dah berlipat. Suami pula dah tolong buatkan sarapan, basuh baju dan sidai baju. Masak pun sudah. Jadi, duduk mengadap handphone jela. Tiba tiba tekak pula teringin nak minum MANGGA ICE BLENDED. Ish macam macam karenah mak yong ni kan!
Sekali teringat dekat dapur ada banyak buah mangga suami bawa balik dari kampung minggu lepas. Apa lagi terus bangun ke dapur jalankan misi buat mangga ice blended.
MANGGA ICE BLENDED MUDAH DAN SEDAP ni ringkas sangat menunya korang. Senang nak sediakan. Asalkan bahan ada di dapur jadi aje resipinya kan.
RESIPI MANGGA ICE BLENDED MUDAH DAN RINGKAS CARA MIMI
3 biji mangga (saiz comel loteh)
Beberapa ketul ais
1/2 cawan air suam
2 sudu susu pekat
Campurkan kesemua bahan dan blend sehingga sebati. Yang ais tu kalau tak hancur sangat pun takpe janji bahan lain halus dan sebati. Dah siap! Boleh minum dah...
Mangga ice blended Mimi buat ni tak manis sangat pun sebab rasa manis tu dah sebati dengan rasa mangga yang rasanya tak manis mana. Memang sedang elok. Minum Mangga Ice Blended Mudah dan Sedap ni saja pun dah kenyang. Ini cara Mimi tau. Ringkas saja menunya. Korang yang nak cuba bolehlah cuba ya.
Sekali sekala nak minum buat lepas teringin tekak bolehlah. Selalu sangat tak boleh nak nak tengah diet control kan. Okaylah, selamat mencuba!
13 Comments
waahh sedapnya.. dulu pokok mangga kat rumah byak buah.. skrg dah habis buah.. kalau tak bolehlah buat ice blend mangga nie
ReplyDeleteSedapnya Mimi.. sedap kalau buat manis buah kan. Nanti boleh lah Kak Sue cuba resepi nie.. tq for sharing Mimi..
ReplyDeleteSedapnye... terliur pulak tengok air tu slrupppp
ReplyDeleteAkk suka air mangga. Tp tekak akk ni kalah dgn mangga. Cpt kena batuk atau kahak. Tension sungguh
ReplyDeletesedapnya dpt minum time panas kan.. Rasa mangga tu.. Perghh... Buat sendiri rasa puas
ReplyDeletePetang dgn cuaca panas terik ni mmg sedap minum ni.. Mkn pulak dgn kepok atau cekodok ke..fuhhhh
ReplyDeletefav ni lama tk buatt
ReplyDeletememang sedap la mangga susu buh ais minum time tgh hari.. wow
ReplyDeleteIni kalau ada org yg tolong buatkan, mmg bahagia dari pagi smpai mlm. Hihi.. Sedap, sejuk2 lalu tekak..
ReplyDeleteSedap nya letak susu.. akak pernah buat yang tak letak susu. Tapi letak perahan limau. Guna limau kasturi tu. Sedap jugak.
ReplyDeleteAkak pula suka masam. Memang dunia la..hahah
Ini betul2 menyelerakan ni hahaha. . Sini selalu buat lg2 time musim panas.. Sedapp
ReplyDeletekita tengok org minum air mangga blend sendiri ni sedap je. Tapi kita xboleh masuk. Dulu adik pnh buat. Tapi ntah npa, pestime rasa, trus xleh terima. Yang plik kalau kordial elok pulak minumnya. 🤦♀🤦♀
ReplyDeleteoo mudah aje boleh lah cuba nanti
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com