Sunday, November 17, 2019

Mangga Ice Blended Mudah dan Sedap

Mangga Ice Blended Mudah dan Sedap | Assalamualaikum dan hai semua! Hujung minggu ni ingat plan nak balik PD dan bawa anak anak mandi laut. Tapi mengenangkan sekarang ni musim hujan batalkan terus niat tu. Bahaya pula bawa anak anak mandi laut waktu musim hujan kan. Masa tengah taip entry ni pun langit dah mula mendung tanda nak hujan.

Bila dah terperap di rumah tak tahu nak buat apa. Yelah, baju dah berlipat. Suami pula dah tolong buatkan sarapan, basuh baju dan sidai baju. Masak pun sudah. Jadi, duduk mengadap handphone jela. Tiba tiba tekak pula teringin nak minum MANGGA ICE BLENDED. Ish macam macam karenah mak yong ni kan!



Sekali teringat dekat dapur ada banyak buah mangga suami bawa balik dari kampung minggu lepas. Apa lagi terus bangun ke dapur jalankan misi buat mangga ice blended. 

MANGGA ICE BLENDED MUDAH DAN SEDAP ni ringkas sangat menunya korang. Senang nak sediakan. Asalkan bahan ada di dapur jadi aje resipinya kan. 

RESIPI MANGGA ICE BLENDED MUDAH DAN RINGKAS CARA MIMI



3 biji mangga (saiz comel loteh)
Beberapa ketul ais
1/2 cawan air suam
2 sudu susu pekat

Campurkan kesemua bahan dan blend sehingga sebati. Yang ais tu kalau tak hancur sangat pun takpe janji bahan lain halus dan sebati. Dah siap! Boleh minum dah...

Mangga ice blended Mimi buat ni tak manis sangat pun sebab rasa manis tu dah sebati dengan rasa mangga yang rasanya tak manis mana. Memang sedang elok. Minum Mangga Ice Blended Mudah dan Sedap ni saja pun dah kenyang. Ini cara Mimi tau. Ringkas saja menunya. Korang yang nak cuba bolehlah cuba ya.

Sekali sekala nak minum buat lepas teringin tekak bolehlah. Selalu sangat tak boleh nak nak tengah diet control kan. Okaylah, selamat mencuba! 

13 comments:

  1. waahh sedapnya.. dulu pokok mangga kat rumah byak buah.. skrg dah habis buah.. kalau tak bolehlah buat ice blend mangga nie

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mimi.. sedap kalau buat manis buah kan. Nanti boleh lah Kak Sue cuba resepi nie.. tq for sharing Mimi..

    ReplyDelete
  3. Sedapnye... terliur pulak tengok air tu slrupppp

    ReplyDelete
  4. Akk suka air mangga. Tp tekak akk ni kalah dgn mangga. Cpt kena batuk atau kahak. Tension sungguh

    ReplyDelete
  5. sedapnya dpt minum time panas kan.. Rasa mangga tu.. Perghh... Buat sendiri rasa puas

    ReplyDelete
  6. Petang dgn cuaca panas terik ni mmg sedap minum ni.. Mkn pulak dgn kepok atau cekodok ke..fuhhhh

    ReplyDelete
  7. memang sedap la mangga susu buh ais minum time tgh hari.. wow

    ReplyDelete
  8. Ini kalau ada org yg tolong buatkan, mmg bahagia dari pagi smpai mlm. Hihi.. Sedap, sejuk2 lalu tekak..

    ReplyDelete
  9. Sedap nya letak susu.. akak pernah buat yang tak letak susu. Tapi letak perahan limau. Guna limau kasturi tu. Sedap jugak.

    Akak pula suka masam. Memang dunia la..hahah

    ReplyDelete
  10. Ini betul2 menyelerakan ni hahaha. . Sini selalu buat lg2 time musim panas.. Sedapp

    ReplyDelete
  11. kita tengok org minum air mangga blend sendiri ni sedap je. Tapi kita xboleh masuk. Dulu adik pnh buat. Tapi ntah npa, pestime rasa, trus xleh terima. Yang plik kalau kordial elok pulak minumnya. 🤦‍♀🤦‍♀

    ReplyDelete
  12. oo mudah aje boleh lah cuba nanti

    ReplyDelete

Terima kasih sudi tinggalkan komen.