UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL FILEM ANIMASI TERBAIK LES' COPAQUE | Hai semua !Ahad baru ni Mimi bawa anak anak tengok wayang filem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL. Plan last minute tau. Asalnya nak tengok semalam tapi rasa semangat yang membuak buak nak tengok Upin & Ipin. So Mimi decide tengok hari Ahad. Mimi book tiket secara online . Waktu movie jam 1045 pagi. Sempat lagi kemas rumah dan masak sarapan untuk anak anak .Panggung wayang dekat saja dari rumah .10 minit dah sampai .
Sampai dekat wayang hah hamek kau! Ramai gila parent datang dengan anak anak. Semua pakat nak tengok UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL FILEM ANIMASI TERBAIK LES COPAQUE ni. Nak nak time cuti sekolah memang sesuai sangatlah kan bawa anak anak tengok.
UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL FILEM ANIMASI TERBAIK LES COPAQUE
UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni mengisahkan Upin, Ipin dengan kawan-kawannya iaitu Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini secara tiba tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan yang mewah dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin memusnahkan kerajaan.
Book online je terus Senang |
Hah baru baca sinopsis dah bestkan . Apa entah lagi kalau pergi menonton lagi best .Bukan anak anak saja enjoy tengok, ibu bapa pun join sekaki enjoy. Keadaan dalam wayang time tu memang gamatlah dengan suara anak anak yang ketawa. Seronok betul budak budak tengok. Fillem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni memang best sangat. Ada elemen lawak dan sedih . Masa part Mak Deruma menangis mengenangkan anaknya si Tanggang yang kena sumpah jadi batu tu Mimi sedih dan mengalir juga air mata tau .Touching dak Mimi tengoknya.
Buat korang yang belum tengok lagi UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni cepat cepatlah korang book tiket dan bawa family pergi tonton. Serius bestttttt sangat dan tak rugi korang beli tiket tu .Berbaloi sangat sangat. Tahniah buat semua produksi dan team LES' COPAQUE kerana menghasilkan filem animasi yang bertaraf antarabangsa dan mampu bersaing dengan filem animasi Disney. Bangga tau anak Malaysia mampu menghasilkan karya sehebat macam ni. Keep it up guys !
30 Comments
Memang kena ditayangkan masa cuti sekolah kan...
ReplyDeleteAda lah tempat mak ayah nak bawa anak² pergi jalan... :)
Banyak review positif pasal movie Upin & Ipin kali ni. InsyaAllah nak bawa anak anak i pi tengok nnt
ReplyDeletelayaaaaaaaaaaaaaan
ReplyDeletebest bila baca orang sharing pasal upin ipin ni.. ajak en suami tgk dia kata malu korang g cerita budak2 hahaha aduhaiii...
ReplyDeleteWahh best ye. Ok juga kan kalau dapat bawa anak-anak menonton cerita ni sebab dah cuti sekolah dan takde aktiviti. Kartun ni popular sangat sebab selalu ada di kaca televisyen kan.
ReplyDeletesumpah saya bagi 10 star citer ni best sgt..anak n saya mmg enjoy layan movie ni
ReplyDeleteThis is so nice. many of my friends have watched the wayang filem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL at cinema. they love the movie so much hehe
ReplyDeleteSemua orang cakap best cite ni.airah nak tengok tapi sedar diri tengah pantang tsktsk kalau tak dah pegi tengok dah
ReplyDeleteAlahai.. Macam best je.
ReplyDeleteTapi nak bawak anak anak, anak anak pulak jauh kat ipoh.
Nanti kalau jumpa, mama dorang dah bz ngn hal spital.
Melepas la nak tengok kat wayang..
Kawan ade ajak anak saya pergi tengok wayang upin ipin ni jugak. tapi die ajak anak je. die tak ajak pun maknya. mak nak tengok jugak hahaha
ReplyDeleteGilerrr 4 hari dah 5 juta penonton memang giler lah hehehe best cite ni ssangat menarik dan sangat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia.... cuma jalan cerita ni agak berat sikit untuk kanak-kanak hurmmm sebab kita dengar reaksi kanak-kanak dalam panggung yang kita tonton tu kejap jer merkea gelak bila muncul upin ipin sahaja hehehe..
ReplyDeleteseronoknya dah tengok movie upin ipin terbaharu. yelah sekarang musim cuti sekolah sesuai sangat bawak anak-anak datang tengok movie ni. BBL belum sempat nak tengok lagi sebab tunggu habis cuti sekolah dulu baru tenang nak pergi tengok hehehe
ReplyDeleteBestkan cerita ni. emi betul2 impressed dengan progress filem animasi di malaysia. makin menunjukkan progress yg bagus. emi dh tgk hari tu. content cerita pun bagus. tak bosan langsung
ReplyDeleteramai yg dh tgk filem ni n kata best, melonjak2 hati nk ajak si aiyan...
ReplyDeleteRamai yang kata filem ni best. Ingat nak bawa anak2 pegi tonton cerita ni. Mesti puas hati. Dahla upin ipin fav karton dowang
ReplyDeletebaru minggu lepas hantar anak2 tengok cerita ni..diorang memang enjoy sangat...biasanya saya teman jugak anak masuk wayang tapi kali ni biarkan ayahnya teman....menyesal jugaklah tak masuk...yang penting anak puas hati
ReplyDeletemasa tengok Captain America ada trailer Upin Ipin ni.. kami yang dewasa pun truja nak tengok hehehe.. lagi la kanak2 kan =D
ReplyDeletesemoga makin berkembang dunia animasi Malaysia. biar lepas ni berdiri sama gah dengan animasi antarabangsa.
Wah siri upin ipin yg barulah... Lama xtengok upin ipin. Patutlah ank buah sibuk ajak suruh tgok cite ni. Hahah
ReplyDeleteSaw the trailer, it looks quite interesting for children. Glad that it is being screen during the school holidays so that parents can bring our little ones there right? :)
ReplyDeletewahh bestnya
ReplyDeletebestnya 1 family tengok upin ipin. musim cuti sekolah kan. kene tengok juga upin ipin ni
ReplyDeleteSetakat ni baby I tak pernah tengok upin ipin lagi. Nnti nak tunjuk
ReplyDeleteZaza pun teruja kak nak tgk..sbb baca2 sharing kt fb semua puas ht tgk cite upin ipin ni..
ReplyDeletetak sempat nk gi tengok.. nk ajak anak buah la baru best
ReplyDeleteUpin Ipin ni mmg kegemaran kanak2 kat Malaysia ni, banyak pengajaran dan moral dapat belajar melalui cerita Upin Ipin ni.
ReplyDeleteRamai kata best.. Kita nak tengok tapi ntah bila nak pergi.. Bgusla les copaque buat cerita yang bgus dan beri pengajaran macam ni..
ReplyDeleteMmg kena sgt masa dia tunjuk skrg kan.. Hahaha... Sally pun nak g tgk sgt dah ni.. Hahaha
ReplyDeleteMacam best cerita ni, time cuti sekolah kan nak bawa anak buah keluar jalan and tengok wayang.
ReplyDeletewa satu lagi review menarik cakap cerita upin ipin besttt... tapi kena tunggu habis cuti sekolah la baru dapat tengok hehe
ReplyDeleteRamai kata cerita upin ipin ni best, lagi pun boleh tengok dengan budak2
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com