Hai semua!
Semalam Mimi dan keluarga MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2. Sebelum tu kitorang pergi Rantau dulu sebab suami nak recce jalan sebelum pergi bawa bos. Balik dari Rantau, anak anak request nak makan kat luar tak nak makan dekat rumah. Diorang nak makan sate tapi kedai yang kitorang pergi tu penuh.
Wefie satu kali sebelum makanan sampai |
Anak anak dara Mimi Aina dan Auni |
Last last decide pergi makan di restoran Masakan Thai D' Garden S2. Pujuk anak anak tak dapat makan sate tapi makan chicken chop. Nasib baik diorang okey dan memang suka.
Untuk Aina dan Auni, Mimi orderkan Chicken Chop. Mimi, suami dan Adhwa makan makanan 1 set yang ada Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Campur, Sayur Kailan Ikan Masin dan Telur Dadar. Air pula mula mula order Tembikai Laici tapi tembikai habis. Tukar order Sirap Laici.
Siakap Tiga Rasa |
Tomyam Campur |
Sayur Kailan Ikan Masin |
Chicken Chop untuk Aina dan Auni |
Sebenarnya dah banyak kali Mimi MAKAN MALAM DI D' GARDEN S2 BERSAMA KELUARGA. So far, makanan yang dijual di sini menepati citarasa kitorang. Rasanya sedap dan kaw. Portion banyak. Puas hatilah. Kira berbaloi harga yang ditawarkan dengan rasa makanannya.
Restoran D' Garden S2 ni betul betul terletak di tepi jalan S2. Landmark utama cari Petronas S2, restoran ni terletak betul betul berhadapan Petronas S2. Kalau korang ada jalan jalan di S2, jangan lupa datang makan kat restoran ni. In shaa Allah berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
14 Comments
Sayur kailan ikan masin tu...terliur pulak..
ReplyDeletetingin sate gak tp x dpt2 lagi ni.. kalo kedai mkn tu serve good food mesti kita suka repet..
ReplyDeleteNampak sedap ni Mimi..banyak mknnannya. Puas hati mkn mcm ni
ReplyDeleterantau kt kerteh tu ke dik? kira ni area2 situ ke... kot2 balik kg nnti blh try cari
ReplyDeleteTOMYAM CAMPUR DAN CHICKEN CHOP TU SEDAP.
ReplyDeleteseronok sekali sekala kumpul ramai2 makan di luar :) teringat masa kecik2 dulu :)
ReplyDeleteNampak Sedap Nanti Bolelah singgah kalau ke S2
ReplyDeleteSedapnya makanan dia. Terliur tengok. Portion dia pun ok.
ReplyDeleteSedapnya Mimie.. puashati kan makan macam nie..
ReplyDeletesedapnya. btw singgah sini
ReplyDeleteKualiti time dengan anak² ni memang bagus masa time makan kan
ReplyDeletesedapnya menu dia... berair mulut tengok hahaha
ReplyDeletechicken chop tu menggoda nyaaaaaaaaaaaaaaa ^_^
ReplyDeleteBanyak kali baca yg ada word recce tu. Baru faham. Haha.
ReplyDeleteWah sedap semuanya tu mimi. Siakap tiga rasa tu fav ana juga.
❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com