RESIPI MUDAH AYAM GORENG KICAP MADU

RESIPI MUDAH AYAM GORENG KICAP MADU | Hai korang! Selamat berpuasa buat semua. Alhamdulillah masuk hari ni hari kedua kita umat Islam berpuasa. Bila berpuasa, kita yang mak mak ni mesti sibuk fikir nak sediakan juadah apa untuk berbuka kan. Mimi nak share dengan korang RESIPI MUDAH AYAM GORENG KICAP MADU yang anak anak request sebagai juadah berbuka puasa semalam. Of course lah nak buat nasi ayam kan. 

RESIPI MUDAH AYAM GORENG KICAP MADU

Ayam Goreng Kicap Madu


Resipi ni sangat mudah nak disediakan sama macam nak goreng ayam. Tak susah pun. Bahan yang digunakan pun tak banyak mana. Lagi jimat masa dan tenaga korang nak sediakan. Anak anak memang suka makan ayam goreng kicap madu ni. Nak nak makan dengan nasi ayam lagi sedap. Lagi kena kan. Makan dengan nasi putih pun okey juga.

Okey, jom baca RESIPI MUDAH AYAM GORENG KICAP MADU yang Mimi kongsikan dengan korang. In shaa Allah pasti korang suka dan puas hati. 

Bahan bahan ayam goreng kicap madu

6 ketul ayam
4 sdb madu
Kicap manis (ikut banyak nak letak - Mimi guna kicap Jalen)
Secubit garam

Cara menyediakan

1. Basuh ayam dengan bersih. Rebus ayam seketika. Bila air rebusan dah mendidih, angkat, tos dan ketepikan ayam.
2. Selepas itu masukkan madu, kicap dan garam ke atas ayam rebusan tadi. Gaul sebati.
3. Perapkan ayam dalam 10-15 minit.
4. Goreng ayam sehingga nampak garing kehitaman macam dalam gambar.

Ayam Goreng Kicap Madu


Hah mudah sajakan. Tak susah mana pun nak sediakan. Mimi guna saja bahan yang ada, janji mudah dan sedap. Memang jimat masa dan tenaga untuk sediakan. Ayam pun lembut dan mudah saja dimakan. Taklah keras kejung sampai sakit gigi kan.

Mungkin ada yang tanya air rebusan ayam tu buang ke apa kan. Mimi tak buang pun. Mimi guna untuk masak nasi. Separuh lagi buat kuah kicap. Memang sedap dan mudah nak sediakan tau. Mana tahu boleh bagi korang idea yang buntu nak masak apa untuk berbuka nanti.

Kalau dulu masa sekolah bila tengok Nasi Ayam, Mimi mesti fikir macam mana nak masak Nasi Ayam. Ayam ni masak macam mana. Yelah sebab Nasi Ayam nih kan banyak versi. Mak mertua Mimi kalau masak Nasi Ayam dia perap dengan kicap saja. Ada juga Nasi Ayam makan dengan ayam goreng biasa saja.

Pendek kata, Nasi Ayam nih banyak versi lah. Yang Mimi paling suka makan Nasi Ayam Hainan. Dulu pernah makan tapi dekat area mana lupa dah. Lepas ni nak belajar pula cara buat Nasi Ayam Hainan. Yang paling penting cara ayam tu dimasak.

Setakat ni kalau buat nasi ayam, memang Mimi akan masak AYAM GORENG KICAP MADU ni sebab anak anak suka. Nak masak Ayam Goreng Kicap Madu ni taklah lama mana pun. Sekejap saja. Yelah sebab dah rebus dulu kan. Nak goreng pun sekejap saja. Harap resipi ni dapat membantu dan beri korang idea untuk menu berbuka nanti. Manalah tahu ada yang lagi kreatif olah resipi ni jadi satu resipi baru. Siapa tahu kan. Selamat mencuba!

Post a Comment

33 Comments

  1. urghhh nampak menyelerakan. Sedap ni kalau buat nasi ayam. Yummy... nampak basah tak kering. leh cuba nnti.

    ReplyDelete
  2. kalau citer bab nasi ayam ni kan..fav dania la ni sebenarnya...dalam sebulan mesti buat nasi ayam 2-3 kali..bila dh kena kat tekak anak2 makan memang bertambah la kan..

    ReplyDelete
  3. fav ni..lama tk buat...mmg mudah sgt kn..nanti bole buat utk berbuka puasa...yummmm..selamat berpuasa mimi

    ReplyDelete
  4. tengok entry akak ni time tengahari macamni buat ainy lapar pulak. tapi suka sebab dapatlah bagi idea untuk ainy memasak berbuka nanti kak. TQ tau share. gambar ayam tu nampak menyelerakan sungguh ha.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya tgk ayam goreng mimi ni. Blsenang dan cepat je.. anak2 liez mesti suka. Nnt liez naknbuat untuk diaorg mkn

    ReplyDelete
  6. Selamat berpuasa kak mimi... wahhh ayam goreng kicap madu, sedapnya. Boleh ratah jer kan kalau tak nak makan dengan nasi...

    ReplyDelete
  7. Bagusnya tips ni Zira selalu masak ayam kicap, kicap madu tak pernh try boleh buat nanti

    ReplyDelete
  8. Uik sedapnya kak ayam masak kicap madu..boleh la zaza belajar masak ikut resepi ni nanti..senang je rupanya

    ReplyDelete
  9. anak-anak dengan ayam memang tak boleh dipisahkan sampai sy sendiri dh rasa jemu tapi ayam goreng kicap madu ni memang menggiurkan..

    ReplyDelete
  10. Ini boleh dijadikan menu bersahur Rawlins nie. Senang sangat resipinya. TQ so much Mimi.

    ReplyDelete
  11. Mudah dan sedap. Sesuai lah utk menu berbuka. Terliur pulak menengoknya.

    ReplyDelete
  12. Allahu mengugat iman! hahaah tq for sharing. confirm khai akan cuba balik nanti. mudah dan sedap nampaknya

    ReplyDelete
  13. ok..esok hari minggu. bolehlah cuba menu ni utk menu berbuka puasa esok. thanks for sharing!

    ReplyDelete
  14. Sedapnya..Nanti kalau buat nasi ayam akak nak try la guna resepi ni..nampak sedap..

    ReplyDelete
  15. Ayam Goreng Kicap Madu Ika suka makan. Tapi tak pandai buat. Selalu beli luar. sangat mahai taw. Dengan ada resepi ni boleh Ika buat sendiri . jimat ni!

    ReplyDelete
  16. Simplenya resepi. Nanti bolehlah eiza cuba cara ni pula. Sure anak-anak suka dan jimat pun iya. Thanks for the sharing.

    ReplyDelete
  17. resepi mudah utk goreng ayam versi madu.. hehehe.. buat sendiri lg puas dr beli kt bazar kan? nak tambah berkali2 pon xde masalah..hehehe...

    ReplyDelete
  18. haish memang sedap ni..boleh cuba ni..ingat buat kicap kuah tu..heehe..boleh buat besok ni..suka makan ayam kicap

    ReplyDelete
  19. Wowwww...terliur pulak tengok. Sedap jadikan juadah berbuka ni. Nanti nak buat jugaklah kalau ada masa n tak malas..hehehe. Dulu kakak ipar selalu buatkan nasi ayam n ayam madu ni..laa ni dah jauh so tak le dapat makan lagi

    ReplyDelete
  20. Menarik sangat kak. Memang nampak mudah cara nak membuatnya.

    ReplyDelete
  21. Ya ampun,senang jugak menu ni. Kalau makan dengan nasi ayam sedap bertambah-tambah gini..hehe..

    ReplyDelete
  22. Selalu masak ayam resepi nie time nak dimakan bersama nasi ayam... Memang mudah untuk menyediakannya...

    ReplyDelete
  23. Menu simple kan boleh cuba kat rumah. Selalu buat masak kicap. Tak pernah lak terfikir nak letak madu kat dalam tu. Nak cuba lah menu berbuka atau bersahur nanti.

    ReplyDelete
  24. Ayam kicap has been ab evergreen favourite since kecik lagi. But never tried ayam kicap madu though. It will be something different from the usual

    ReplyDelete
  25. Thanks for the recipe, you made it looks like it is really easy to prepare and cook, will give a try next week, I think my daugther will like it since got honey, kids like sweet stuff kan?

    ReplyDelete
  26. Oh, takde lah susah mana nak buat. Boleh buat masa plan nak buat nasi ayam next time. Kalau macam ni setengah jam dah siap.

    ReplyDelete
  27. sedapnya..nak cuba resepi mimi nanti

    ReplyDelete
  28. Sedapnya.. nanti nak cuba juga lah resepi Mimie nie..

    ReplyDelete
  29. simpan recipe ni kak.. simple sangat nanti nak cuba. plannya nak buat nasi planta hehe

    ReplyDelete
  30. Tq mimi.
    Aida terjah ni.
    Abis idea dah dok masak tiap ari during PKP ni.

    ReplyDelete
  31. Kecur terus air liuq tengok. Favourite ayam sudah pasti boleh cuba resepi mudah ayam goreng kicap madu kat sini ;)

    ni tak perlu tunggu bulan ramadhan, sat lagi masuk dapur. haha.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com