Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung dan rojak buah sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan, sekiranya di tadbir dengan betul dapat mendatangkan pulangan yang lumayan.
Ia juga merupakan salah satu industri mampu membantu masyarakat “Bottom 40%” (B40) untuk berganjak ke dalam kurungan pendapatan yang lebih tinggi.
Kumpulan B40 yang terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang menggangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000.
Sempena pelancaran produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang disasarkan kepada peniaga makanan baru-baru ini, Shinsegae Mamee menganjurkan satu sesi panel bersama pihak berkepentingan seperti GIATMARA, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam untuk membincangkan golongan B40 boleh berjaya dalam industri makanan.
Dalam sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA, Haji Jamal Nasir Othman berkata terdapat keperluan untuk 91,000 pekerja mahir dalam Makanan & Minuman menjelang 2020.
Di dalam satu sesi panel tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA Tn Haji Jamal Nasir Othman berkata, terdapat keperluan sebanyak 91,000 pekerja mahir dalam bidang Food & Beverage menjelang tahun 2020.
“Dianggarkan, hampir 1,000 pelatih bidang F&B mengikuti latihan sepenuh masa di GIATMARA setiap tahun. Setakat ini, GIATMARA telah mengeluarkan 10,570 orang chef. Di GIATMARA, kita berharap agar chef-chef yang dilatih ini dapat mengusahakan perniagaan sendiri,” katanya.
Jamal juga menambah bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) melalui GIATMARA telah mengambil inisiatif untuk menggalakkan pengwujudan usahawan dengan memperkenalkan program-program sepertiMobilepreneur & Mobile Truck selain program Rintis Niaga (inkubator).
“Ia adalah satu polisi kerajaan yang amat baik dalam membantu golongan B40 berganjak kepada M40 (Middle 40%) seterusnya T20 (Top 20%),” kata Jamal.
Ketua Pegawai Eksekutif GIATMARA itu juga berpendapat bahawa kerjasama strategic bersama pemain-pemain industri adalah penting bagi memastikan bahawa kualiti pelatih yang dihasilkan adalah berdasarkan keperluan semasa.
Beliau menambah bahawa GIATMARA berminat untuk bekersama dengan Shinsegae Mamee memandangkan produk-produk Shinsegae Mamee Foodservice yang dilancarkan baru-baru ini menarik dan dapat membantu pelatih-pelatih GIATMARA dari segi penjimatan kos dan masa sambil mengekalkan keaslian rasa makanan.
Di dalam sesi panel yang sama, Eksekutif Chef Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali berkata bahawa kebolehan memasak semata-mata tidak dapat membantu seseorang chef untuk berjaya dalam perniagaan makanan.
“Untuk berjaya dalam perniagaan makanan, pemilik perniagaan itu harus bijak merancang masa dan mengawal kos disamping menjaga kualiti makanan yang dihidangkan,” kata Faizul.
Berdasarkan ketiga-tiga perkara tersebut, Shinsegae Mamee telah mengeluarkan 10 produk segera Shinsegae Mamee Foodservice yang diperbuat dengan bahan-bahan asli dan tidak ditambah dengan perisa tiruan dan pengawet tiruan.
“Bila kita dengar perkataan makanan segera, persepsi pertama yang datang ke fikiran kita ialah tak ‘original’. Tetapi, ramai juga chef yang berjaya telah mengambil jalan pintas dengan menggunakan bahan-bahan segera untuk menjimat kos and masa.
“Walau bagaimanapun, bahan-bahan segera yang digunakan haruslah berkualiti tinggi supaya rasa dan kualiti masakan mereka tidak terjejas,” kata Faizul.
Eksekutif Chef Shinsegae Mamee itu juga menambah bahawa Shinsegae Mamee Foodservice sedang cuba mengubah persepsi bahawa semua makanan segera tidak asli adalah tidak benar dengan mengeluarkan gabungan bahan-bahan segera yang tidak ditambah dengan perisa dan bahan pengawet tiruan agar dapat membantu para peniaga makanan mengurangkan kos dan menjimatkan masa dan mengekalkan keaslian rasa makanan tersebut.
40 Comments
Ia sangat menarik dan membantu ramai orang untuk berniaga.. Produknya pun enak dan berbaloi
ReplyDeletechef yg botak tu kn yg harumkn nama negara ms winter olympic tempoh hari...
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth, Salam blog walking dari Maznee sis mimi
ReplyDeleteMamee pun keluarkan mee perisa korea sendiri
Hebat..jenama mamee lancar produk baru ye.tahniah mamee.
ReplyDeleteMmg bagus diadakan resipi mcm ni bukan shj utk peniaga menjimatkan masa, malah menjana pendapatan yg lebih baik. Bila cuba serbuk rempah tu memasak di rumah, sebenarnya bagus juga utk penggunaan isi rumah.. mmg sedap dan memudahkan nak memasak apa2.
ReplyDeleteOrg dgr mee segera sure tanggapan negative tp kalau bahan2 yg digunakan berkualiti dan cara masakan yg betul ok insya Allah.. Rindu masak2 ngan celoteh Chef Mail hehe.. Dlu menang contest masak2 ngan Dia dpt masak mamee chef juga
ReplyDeleteInfo menarik tentang peluang utk graduan2 yang mencari kerjaya pilihan. Skrg memang mencabar sangat nak cari kerja. Kesian sgt
ReplyDeleteAda produk baru pulak mamee.. Nampak macam sedap menu baru tu..Lama tak makan mamee hahahaha kena pergi cari ni
ReplyDeletewahhh shinsegae mamee dah lancarkan produk.... bagus kualiti makanan pun terbaik...
ReplyDeleteBagus usaha yang cuba dilakukan dlm membantu golongan kurang mampu utk menjalani hidup. Yelah, produk2 fast food seperti inilah menjdi makanan mereka jadi haruslah ianya berkualiti
ReplyDeletebaguslah skrg ni byk megi yang mngunakan bahan2 yg berkualiti
ReplyDeletethis is super good! benda macam ni boleh membantu usahawan tempatan dan yang penting sekali dapat berikan mereka lebih banyak peluang!
ReplyDeleteFood service ni kena jaga kualiti makanan supaya bersih dan selamat untuk dimakan. Dato Chef Ismail tu memang lembut je kalau bercakap. Suka cara dia. Program ni boleh la train pekerja mahir untuk food and beverages.
ReplyDeleteSuka jenama mamee..beli perisa kari atau ayam..mmg makan ratah camtu jer. Teringat dulu, pergi kilang mamee di Melaka.. kebersihan diutamakan.
ReplyDeletewow makin hebat ! Dear #Shinsegae, Congratulations on your new service !
ReplyDeleteBukan senang nak berjaya dlm bidang masakan .Kena banyak kali try
ReplyDeleteJenama MAMEE dalam industri mee segera memang dah terkenal di Malaysia. Rose pun suka beli jenama MAMEE . Mee dia lebih kenyal..
ReplyDeletesangat memudahkan peniaga mengendalikan makanan dengan cepat, bersih serta kualiti terjamin
ReplyDeleteTotally agree that we need to use fresh ingredients to ensure our food taste good, can't wait to test Shinsegae Mamee Foodservice!
ReplyDeleteLepas ni ejen ali jadi maskot lah nampaknya
ReplyDeleteSelamat cuti sekolah & Selamat hari jumaat sis mimi
Dah lama x beli product mamee..jenama ni mmg dh pioneer dalam industry kan..kena beli san support gak mamee ni..asyik layan jenama satu lagi tu je..
ReplyDeleteSenang ada shinsegae mamee ni. Khasiat pun ada, senang nk prepare. Mesti sedap kan.
ReplyDeleteMamee keluarkan 10 produk baru, yang penting dibuat dari bahan asli tak ada perasa dan pengawet tiruan..
ReplyDeletejenama mamee menang rajin memperkenalkan produk baru mereka..macam2 varian ada. ini adalah satu caranya nak besarkan segmen pasaran mereka
ReplyDeleteBagusla MAMEE..atleast ada peluang belia yang minat berniaga mulakan sesuatu
ReplyDeleteBagus ada produk sebegini...menjimatkan masa dalam masa yang sama tidak mempunyai perasa tiruan. Nanti sis cuba ya,,,:D
ReplyDeleteHehe bab ni susah sikit nak comment sbb byk issue kena amik kira..bkn nka kata ape la tp restoran chef ismail sendiri harga blh than jgk mahal nya..agak2 dia ada guna bhn segera jgk ke?
ReplyDeleteBaguslah kalau fast food Masih menitikberatkan nutrisi Yang baik Dalam makan.. sebab fast food ni Bahan makaann diproses takutblebih gulabgaram Dan msg untuk buat makanan Tu tahan lama
ReplyDeleteBagus untuk meraka yang betul2 minat dalam peeniagaan makanan.
ReplyDeletemama suka mamee sedap
ReplyDeletewaahhh lepasni tak payah la risau nak makan mee segera dah sebab sebelum ni kan banyak mee segera yang tak elok untuk badan banyak kesan negatif
ReplyDeletebtw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html
bagus juga elak bahan2 tiruan ni. guna bahan bahan asli lebih sedap dan tahan lama..
ReplyDeleteThat really a good news whereby Shinsegae Maybe don't have colouring and pengawet tiruan. Is a good effort that introduce and market to small entrepreneurs.
ReplyDeleteOrg kata mknn segera tak elok. Tapi pandai-pandai la kita olahnya ke, kan?
ReplyDeleteBagusnya program Shinsegae Mamee ni dapat membantu golongan B40 dan dalam masa yang sama lahirkan chef yang berkualiti.
ReplyDeletetahniah mamee hehe
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu produk baru ni keluar
ReplyDeleteProgram yang menarik tertarik ni mimi. Produk Mamee ni tak kurang hebatnya.
ReplyDeleteMemang suka product Mamee ni, keropok dia, biskut dia. Semua sodappp. Buat stock kat kolej pun niceee
ReplyDeleteIts my first time get to know about this Shinsegae Mamee Foodservice, its quite interesting where fast food that using natural ingredients.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com