Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Nanas | Assalamualaikum korang. Waktu cuti ni jalan jalan pergi mana? Mimi duduk rumah saja jadi surirumah sepenuh masa..hehehe...Waktu cuti malas nak berjalan sebab nak kemas rumah. Banyak kerja tertangguh. Nak siapkan semua, semak mata tengok rumah bersepah kan? Hari ni pun up entry santai santai saja. Mimi nak share dengan korang RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN NANAS. Memang sedap dan mudah disediakan. Favourite Mimi ni tau. Lagi satu Pajeri Nanas.
RESIPI AYAM MASAK LEMAK CILI API DENGAN NANAS
Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Nanas |
Resipi ni sangat mudah disediakan. Tak perlu nak tumbuk bawang bagai. Bahan bahan pun mudah disediakan. Tak susah nak cari. Bahan yang digunakan untuk masak pun tak banyak dan renyah untuk disediakan. Yang baru belajar masak pun boleh cuba resipi ni. Mudah saja nak sediakan.
Hah korang juga boleh cuba masakan lain kalau tak nak masak lemak cili api. Yalah ada juga jenis tak tahan pedas kan. Macam Mimi sendiri memang suka makan pedas. Rasa tak lengkap menu kalau tak ada pedas. Yang tak suka makan pedas boleh juga cuba masakan yang kurang pedas contohnya masak asam ke kan.
Baca sini : Resipi Ayam Masak Asam Yang Mudah Disediakan
Jom kita tengok bahan bahan yang diperlukan untuk menyediakan resipi ayam masak lemak cili api dengan nanas.
8 ketul ayam (ikut suka hati korang nak berapa ketul)
1/2 biji nanas (nanas yang bersaiz sederhana)
5 biji cili api
1 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
Garam
Cara cara menyediakan
1. Tumbuk cili padi dan kunyit hidup sehingga lumat. Mimi pakai cili api merah tau korang. Kalau guna cili api hijau tu pun boleh. Agak agak dah lumat ketepikan. Kalau ada sikit sikit yang tak lumat tu biasalah kan. Nama pun tumbuk cara manual. Kalau blend kena bubuh air rasa lain sikit. Tapi kalau korang nak blend pun boleh tapi bubuh air sikit ya.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan santan cair dan serbuk kunyit. Buka api dan biarkan. Guna api yang kecil tau. Gaul sekejap masukkan serai. Agak agak dah menggelegak masukkan ayam dan nanas. Gaul sehingga rata. Biarkan masak seketika.
3. Bila kuah dah masak masukkan santan pekat. Gaul rata. Bila dah masukkan santan pekat korang jangan biarkan kuah tu tanpa dikacau tau. Nanti kalau biarkan kuah macam tu tanpa kacau takut nanti santan berketul nampak tak cantik nanti kuah tu. Kena kerap kacau sehingga pecah minyak.
4. Bila kuah dah mula pekat, akhir sekali jangan lupa masukkan garam dan kacau lagi. Dah siap masak bolehlah korang tutup api dan hidangkan ayam masak lemak cili api dengan nanas. Makan dengan nasi panas memang terbaiklah.
Baca juga : Resipi Sardin Masak Asam
Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Nanas |
Kalau korang nak letak ubi kentang pun boleh tau ikut kreativiti korang. Macam Mimi bukan tak nak letak ubi kentang tapi terlupa pula nak letak. Dah siap masak baru terperasan ubi kentang. Kalau tak nak letak pun tak apa. Tak jadi masalah pun kan. Nak masak ni kena kreatif dan bijak. Kadang kadang apa bahan yang ada dekat dapur tuh boleh saja jadi satu resipi kan. Antara nak dan tak nak masak saja.
36 Comments
Amboi sedapnya, Kak Sue suka masak lemak buat pedas-pedas. Memang terangkat makan dengan nasi panas, ada pulak sambal belancan, ulam n ikan masin memang bertambah makan la jawabnya.. hehehe..
ReplyDeleteKan Kak sue..lawanya ikan masin goreng garing krup krap pas tu sambal belacan..memang takde kesian menambah nasi
DeleteLama xmasak lemak ayam. .Lprrr
ReplyDeleteMenu wajib SA..kalau dah buntu x tau nak makan apa
DeleteYa Allah
ReplyDeletesedapnya masak lemak cili api
lapar terus
nenas dengan masak lemak memang terangkat!
ReplyDeleteMemang faveret kalau ayam masak lemak cili api ni. Cara n9 masak mmg tk pki bwang rasanya. Nk masak lah besok masak lmk ayam ni.
ReplyDeleteHaah..cara NS cuma bahan asas je..kunyit hidup dan cili tumbuk halus, serai..eh..nak resepi amik la kat blog akak..cuba tau..nanti share
DeleteSerius sedap sgt masakan mcm ni.. Tp mcm zaza suka ganti ayam tu dgn ikan masin.. Mmg bselera lah makan nasi..
ReplyDeletepas tu x sedar dah menambah nasi kan zaza
DeleteSedapnya tengok gambar tu.. mmg sedap buat makan malam ni, especially time malam hujung minggu ni. Bagus berkongsi resipi utk rujukan ramai.. thanks sharing :)
ReplyDeleteJangan makan waktu malam...makan time tengahari time cuaca panas..lepas tu tambah nasi 2-3 kali...huiiii...
DeleteMasyaAllah! Fav gila kot...tapi tak pernah makan ayam + nenas, biasa ikan masin kan? He he..tp kreatif tu sally sokong..campak² pun jd makanan
ReplyDeleteJom sally datang umah akak..akak tolong masakkan
DeleteLapo plk rsnya malam2 ni.. mcm nk buat je
ReplyDeleteMenarik...biasa campur kentang je..ni campur nenas..boleh la cuba nanti..mesti sedap kan
ReplyDeleteResipi yang mudah disediakan dan pastinya sedap.
ReplyDeletesodapnyeeeeee
ReplyDeletesedapnya ! semalam memang planning nak buat gulai tapi tadi tetiba terbuat ikan tenggiri masak kicap, adoi pelik bin ajaib sungguh
ReplyDeleteSedapnye... fav ni, Bonde kalau masak lemak mcm ni mesti extra pedas he he he
ReplyDeleteNtah bila nak jumpa..bleh masakkan untuk bonde dan kawan- kawan
DeleteUih. Selalunya masak lemak cili api je, ni dengan nenas. Resepi dia lebih kurang macam yang dengan belimbing buluh kan.
ReplyDeleteKita save. Kalau versi kita kena bubuh bawang, asam jawa, lengkuas halia semua 😂 kalau versi akak ni lagi senang nampaknya. Kalau pecah telur je pun boleh, letak kentang. Makan dengan ikan masin. Anak-anak pun suka.
ReplyDeleteWah mimi suka makan pedas berlemak. Memang sedap makan dengan nasi panas
ReplyDeletealahai menggodanya baca artikel ni petang-petang macam ni. nanti nak try buatlah . hope menjadi hehehe
ReplyDeleteuii..sdapnya..tgk gmbr pun nmpak sdap..:)
ReplyDeletesedapnya masak lemak. dah lama tak buat masak lemak ayam hehe..
ReplyDeleteperghhh sedapnya
ReplyDeleteMasyaAllah.. sedapnyaa... serius terliur.. nanti saya nak cube laa resepi ni :*
ReplyDeletefav kita nie.. tp kalau ada nenas.. kita lebih suka sekali dengan ikan masin.. yum yum... sedappppppppppp
ReplyDeleteMasak ikan masin ngan nenas, goreng ayam panas2..huiii..sedap Bro
Deletethanks mimi for awesome recipe. lisa memang suka makan masak leak cili api ni tapi tak pernah lagi letak nenas dalam masakan tu. pas ni boleh try.
ReplyDeleteAlamak.. ngencea akak Di malam.hari ni Mimi oii
ReplyDeleteterus laparrrr..adesss
ReplyDeleteya Allah kaler dia mengancam.. kalau akak lagi banyak nenas lagi best!
ReplyDeleteRabia tak pernah makan lagi..macam sedap jer menu ni..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com