Makan Malam di Pizza Hut S2

Makan Malam di Pizza Hut S2 | Malam semalan keluar makan di Pizza Hut dengan suami dan anak anak. Sebenarnya tak plan pun nak makan dekat Pizza Hut. Kebetulan masa balik kerja ada pasar malam dekat area rumah. Lepas maghrib macam tu Mimi tanya suami,  dekat pasar malam ada jual pizza ke tak. Suami cakap ada. Bila pergi tak ada pulak. Suami cakap kalau nak makan pizza dia bawa kan. Balik rumah,  suruh anak anak bersiap. Semalam,  kitorang makan malam di Pizza Hut S2.

MAKAN MALAM DI PIZZA HUT S2




Dari rumah tak jauh mana pun lebih kurang 15 minit juga nak sampainya. Sampai Pizza Hut, bagitahu staff diorang nak dine in. Kali ni Mimi tak order set pun order ala carte saja. Aina dan Auni nak makan spageti. Untuk Adhwa Mimi order fries dengan chicken fingers. Suami Mimi dia order Tangy Chicken. Mimi pula order Cheesy Flatbread dan pizza saiz regular. Air ambil satu jug sekali senang. Tambahan dessert untuk Aina dan Auni macam biasa nak aiskrim. 



Entah kenapa semalam memang teringin sangat nak makan pizza tau. Nasib baik suami memahami kehendak isteri dia ni. Mimi dan anak anak jarang dapat makan pizza sebab tahu suami tak makan. Perut dia agak sensitif sikit tau korang. Tak makan mayonis dan cheese. Apa jenis cheese tak ada makna dia makan. Kalau dia termakan,  hahhh siap toilet dia yang punya. Perut dia sejenis perut Melayu. 

Sebab tu, kalau nak sangat makan pizza, Mimi makan dengan anak anak saja sebab tak tergamak ajak suami sekali. Yela kita makan sampai kenyang,  dia makan ayam je. Tapi malam tadi memang nak sangat makan,  dia bawa kan aje. Kesian juga. Ada juga pujuk try makan tapi nan hado. Ingat dia hairan ke cheese me"cheese" ni. 


Aina dan Auni Mimi order Spaghetti Bolognaise Chicken satu share dua orang. Mimi tak belikan seorang satu sebab memang takkan habis. Dan naluri seorang Ummi tu takkan salah. Memang betul tak habis pun. Ummi dia juga yang tukang habiskan. Macam mana badan nak kurus macam ni. 


Adhwa ni kan satu perangai dia bila nak ambil gambar dia macam macam gaya dia buat tau. Ni nama dia gaya selamatkan garfu daripada dirampas.




Fries dan chicken fingers Adhwa share dengan Abi dia. Di sua makan pizza pun dia tak nak. Mimi tengokkan Adhwa ni sama macam Abi dia. Kalau sua cheese kan dia tak nak makan. Tangy Chickrn Suami makan seketul saja yang lain dia bagi Aina makan. Dia cakap lain macam betul rasa Tangy Chicken a.k.a Ayam Madu Pizza Hut ni. Bila makan,  Mimi rasa okey je sedap apa. Yang sebenarnya tekak dia something wrong kan. Hahaha...Terus teranglah tekak suami Mimi memang tekak Melayu sangat. Kalau makan Western Food pun dia makan KFC jelah. Tu aje yang dia makan. Yang lain nannnn hadooo!!!

Jumlah semua menu malam tu termasuk segala bagai caj ialah RM98.80. hah kau. Selalu makan kat pizza tak pernah lebih dari RM70.00 tau.  Malam tadi pecah rekod. Tapi okeylah kan. Puas hati. Servis cepat dapat makanan semua hot hot belaka. Tu yang sedap. Makan sambil main tarik tarik cheese. Sempat juga Mimi suruh staff diorang bungkus lagi tiga slices pizza yang tak habis dan aiskrim sebab tengok jam pun dah nak dekat pukul 10.00 malam. Balik tu dengan hati senang sebab dapat makan pizza. 

Post a Comment

16 Comments

  1. terliur akak tgk gambar2 tu mimi. ni syafi sure suka jugak ni

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak makan pizza hut. Dum repeat makan dominos pizza je lately ni sebab officemate pakat suka dominos.

    ReplyDelete
  3. Lega dpt mkn pizza kan...mmg pun mak2 ni yg kena abiskan bila anak2 x abis mkn haha..sesekali mkn tu dia smpai rm100..el aritu pun habis rm100 gak mkn kt mekdi...sbb lm giler x mkn bertahun kut...sekali order..redha je bayau haha

    ReplyDelete
  4. Seronok tgk anak2 makan kan kak.. Pizza pun antara febret zaza jgk.. Suka pikih yang ada letak2 cendawan.. Mavelesss

    ReplyDelete
  5. Sesekali makan memang best kan kak.., Rose pun jarang makan sebab suami pun tak berapa nak makan.. kang membazir pulak...

    ReplyDelete
  6. Kalau husband ana dia xsuka pizza hut. Hari tu beli xhbs lgsg. Kalau domino fav dia. Cheese pula depend pada menu juga tp selalunya yg cheese2 dia xmkn. Ana mana2 pun boleh.

    ReplyDelete
  7. dah lama tak makan pizza tapi haritu makan yang cheese punya memang terbaikkk! Puas hati sangat

    ReplyDelete
  8. Lama dah tak makan pizza, selalu order untuk delivery dekat rumah je. hehehe kalau pergi pizza pon, mesti tapau. hehe Tak pernah bosan makan dekat pizza hut. hehe

    ReplyDelete
  9. sedapnya pizza bab cheese tu yang best sekali, betul mimi kalau anak2 tak habis makan kitalah yang habiskannya, jangan membazir

    ReplyDelete
  10. Lama xsinggah pizza hut.. Hah byk bil kalini ye.. Xpe sekali skala kn

    ReplyDelete
  11. good ideala buat gambar2 makanan jadi gif.. menarik2 nak cuba nanti. CT slalu makan pizza sorang hehe forever alone =P

    ReplyDelete
  12. Ya Allah.......memang sedaplahh pizza.........nak nakk cheese banyakkk.adoiii....
    Kenyang perut, suka hati..ye dakkk~ huhu

    ReplyDelete
  13. apa saja mengenai makanan semua sedappppppp

    ReplyDelete
  14. akak jarang dah makan pizza hut.. anak2 prefer domino lagi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com