Roti Telur Santan | Semalam, waktu petang selepas balik dari kerja tiba tiba tekak teringin nak makan roti telur pula. Tapi kepala otak fikir nak try roti telur yang lain pula. Maksudnya try and error letak bahan lain. Entah macam mana terfikir nak buat roti telur santan. Hehehe...Entah apa lah rasa kan.
Roti Telur Santan |
Sedap tau korang roti telur santan ni. Taklah rasa ketara sangat santan tu. Tapi sedaplah rasa lemak lemak gitu. Cara nak buat senang saja korang. Korang tengok pun tahu cara nak buakan. Tapi Mimi share juga resepi roti telur santan ni. Kot kot ada yang baru nak belajar masak kan.
Resepi Roti Telur Santan
Roti
Telur
2 sudu santan (jenama KARA)
Sedikit garam
Minyak
Cara buat Roti Telur Santan
1. Pukul telur dengan garam sehingga sebati. Pukul dengan garfu saja.
2. Masukkan santan ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.
3. Potong roti kepada dua bahagian macam dalam gambar. Kemudian celup roti dalam telur.
4. Goreng roti telur santan dengan sedikit minyak sehingga garing.
5. Dah masak bolehlah makan cicah dengan sos.
Bila memasak ni, otak kena aktif fikir dan kena kreatif untuk try and error resipi ciptaan. Kalau jadi, jadilah. Tak jadi, tong sampah tempatnya. Mimi memang suka try and error bila memasak ni. Tak kira lah masak lauk ke, baking kek ke. Kalau sedap makan, tak sedap makan juga tapi lebih pada buang. Sambil tu fikir kenapa tak jadi dan cari penyelesaian. Kemudian, cuba dan cuba lagi sampai berjaya.
7 Comments
wow menariknya! nak try buatlah untuk sarapan esok.
ReplyDeleteAlhamdulillah menjadi ya...
ReplyDeleteSedapnyer...rasa lapar la pulak =)
ReplyDeletenak try la
ReplyDeleteroti telur selalu buat.. tp roti telur santan ni tak penah buat pulak..
ReplyDeleteMesti sedap Ada Rasa lemak, cayalah Mimi rajin Cuba resepi baru
ReplyDeleteSedapnya...lps pantang 100ari nk buat gak hehe
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com