Aqua Pore Eraser Expert Merawat Masalah Kulit Wajah | Penjagaan kulit wajah sangat penting tidak kira perempuan atau lelaki. Bila umur meningkat, memang penjagaan kulit wajah sangat penting. Macam Mimi sendiri bila umur dalam lingkungan 30-an, Mimi mesti titik beratkan penjagaan wajah. Bukan boleh pakai produk sebarangan, kena pastikan produk tersebut selamat dan sesuai digunakan atau pun tidak. Kulit wajah Mimi ada masalah pori terbuka di kawasan pipi dan hidung. Jadi, Mimi akan cari produk yang mampu mengatasi masalah Mimi. Mimi memilih menggunakan Aqua Pore Eraser Expert. Aqua Pore Eraser Expert merawat masalah kulit wajah seperti liang pori terbuka, kulit wajah kusam, bekas jerawat, jeragat dan pelbagai lagi.
Aqua Pore Eraser Expert |
Aqua Pore Eraser Merawat Masalah Kulit Wajah
Untuk pengetahuan korang, sebelum ni jerawat banyak tumbuh di bahagian pipi kanan. Kalau pakai shawl memang tak nampak sebab terlindung kan. Bila jerawat tumbuh, mesti ada bekas hitam. Selepas guna Aqua Pore Eraser Expert, jerawat semakin kurang. Bekas jerawat yang hitam pun semakin pudar.
Sebelum ni Mimi ada buat entry berkaitan Aqua Pore Eraser juga tapi packaging lama kotak hitam. Sekarang packaging baru dan kandunganya dipertingkatkan. Dulu hanya dikenali sebagai Aqua Pore Eraser saja sekarang ini dikenali sebagai Aqua Pore Eraser Expert.
Aqua Pore Erasee Expert packaging baru |
Kandungan dan cara menggunakan Aqua Pore Eraser ni korang boleh rujuk entry Mimi DI SINI. Sebotol boleh tahan sebulan. Ikut pada penggunaan masing masing. Mimi guna tak sampai sebulan pun..hahaha...Sebulan kena standby dua botol.
Apa pula fungsi Aqua Pore Eraser Expert? Fungsi Aqua Pore Eraser Expert ialah membantu membersihkan pori tersumbat, memperbaiki pori terbuka, memgawal sebum minyak, membersihkan sel kulit mati, memudarkan jeragat, jerawat dan parut, bintik hitam dan menaikkan seri wajah secara semulajadi.
Aqua Pore Eraser Expert bertindak sebagai toner pun boleh, make up remover pun boleh tau. Bila pakai mekap pergi kerja, sampai rumah mesti kita nak rehatkan kulit wajah kan. Mesti ada yang terus cuci muka dengan cleanser sampai mekap hilang. Tapi yakinkah korang kulit wajah tu betul betul bersih? Nak tahu bersih atau tidak korang cuba Aqua Pore Eraser Expert. Aqua Pore Eraser Expert ni bertindak membersih hingga ke dalam kulit wajah tau.
Mimi sendiri bila guna Aqua Pore Eraser Expert akan standby 5 keping kapas muka umtuk bersihkan mekap. Kapas yang ke 5 baru kesan mekap pada kulit wajah dah tiada. Kira kulit wajah betul betul dah bersih lah. Boleh rasa kesegaran pada kulit wajah tau korang. Rasa ringan saja tau muka. In shaa Allah, memang Mimi akan setia gunakan Aqua Pore Eraser Expert ni sebab kualitinya terbaik dan hasil menggunakannya sangat bagus.
16 Comments
Akak tengah cari serum..muka ni dah tumbuh jerawat halus sebab gatal pi buat rawatan beberapa bulan lepas...
ReplyDeleteSekiranya serasi...teruskan ya..moga kesannya lebih berpanjagan.
ReplyDeleteNak kena cari jugak ne. Almaklumlah miza dah nak masuk 30 macam-macam masalah kulit dah say hai.
ReplyDeletemacam bagus jea aqua ni..siap dah keluar dalam newspaper lagi..nak cubalah guna produk aqua ni
ReplyDeleteMacam best ya Aqua Pore Eraser Expert ni. Dari segi pores, memang boleh kecikkan ke?
ReplyDeleteteringin juga nak jaga muka macam perempuan..
ReplyDeletekalau buat mesti macam artis korea
Kenapa jerawat dan bekas jerawat kita sama kat pipi kanan? Haha . Btw tq suggest yaya nak carilah nanti geram betul parut jerawat tak hilang
ReplyDeleteAkk memang ada maslah pore. Boleh cuba ni...
ReplyDeleteAlamak bestnya produk ni mimie, boleh guna sbg make up remover tu yg best tu, takdelah penuh beg make up nak bawak semua kan ;)
ReplyDeleteToner boleh, make up remover pun boleh? Bagus ni
ReplyDeleteMacam best ajer produk ni =)
ReplyDeletemcm best je produk ni. follow sini http://shafyqahazahar.blogspot.my/
ReplyDeletemacam elok pulak produk ni sbb FD sendiri ada masalah pori ni
ReplyDeleteSama la kita pun pakai ni juga. mmg jerawat segan nak tumbuh dah skrg ni.
ReplyDeleteBerapa ni harga
ReplyDeleteSaya beli RM90
Delete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com