ENTRY AUTO PUBLISH
Assalamualaikum.....
Saya nak share antara sifat buruk wanita yang menjadi kebencian lelaki....
1. Tidak puas
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan dalam apa apa jua aspek. Mereka tidak pernah puas dengan apa apa sahaja termasuklah layanan di bilik tidur. Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna. Sikap sebegini amat memuakkan lelaki kerana kebanyakkan lelaki sukakan wanita yang sentiasa menghargai dan berterima kasih dengan apa apa sahaja pemberian.
2. Mata duitan
Kebanyakkan wanita sangat tertarik dengan wang. Lelaki akan tertarik dengan wanita disebabkan oleh tarikan seks manakala wanita tertarik dengan lelaki disebabkan oleh dorongan wang dan kemewahan. Wanita yang mempunyai sikap mata duitan keterlaluan, kebanyakkannya sukar untuk mendapatkan cinta sejati.
3. Suka mengatur
Tidak dimafikan semua wanita di dunia ini mengharapkan "Prince Charming" di dalam hidup mereka. Namun bukan semua wanita berpeluang untuk memilikinya. Oleh sebab itu, ramai wanita yang mula mengatur teman lelaki mereka agar menjadi seperti lelaki idaman yang mereka mahukan. Mereka tidak sedar sikap sebegitu bukan dapat menambah baik hubungan yang terjalin, sebaliknya hanya akan membinasakan. Kerana lelaki lebih gemar jika diri mereka diterima seadanya.
4. Cemburu buta
Ada orang berpendapat cemburu tandanya sayang. Namun sikap cemburu yang keterlaluan hanya akan membuatkan lelaki berasa terkongkong dan tidak dipercayai. Hal ini kerana ramai wanita yang cemburu berlebih lebihan semata mata untuk mendapatkan perhatian daripada insan tersayang. Apatah lagi jika teman lelakinya boleh dikategorikan sebagai kacak dan mempunyai yang teguh.
5. Emosional
Wanita sering menjadikan air mata sebagai senjata untuk melembutkan hati lelaki. Malah ketika berdepan dengan sebarang masalah, wanita sering emosional tanpa memikirkan sesuatu secara logik. Apabila ditegur, mudah melenting dan sukar untuk menerima sebarang pandangan yang diutarakan oleh orang lain. Wanita juga selalu tersinggung dan terasa untuk perkara yang tidak perlu. Sikap wanita sebegini hanya merimaskan lelaki dan akhirnya menjauhkan diri daripada mereka.
9 Comments
Moga dijauhkan daripada sifat2 di atas......good sharing
ReplyDeleteHi Mimi, betul 100% what you posted....
ReplyDeleteTerok juga tu, ha ha.
But apa la nak buat, kan? We are all human with weaknesses.
Main thing is to have fun, hurt no one....
Have a great new year....and simpan satu lagu dalam hati.
Lee.
cemburu buta sampai buat pasangan tidak selesa..mahu kemana pun kena bagi tau..
ReplyDeletecemburu perlu ada tapi jangan samapi keterlaluan..memang lelaki jadi benci
kena hati2 la ni. sy ni cepat tersentuh. dah tu cemana. hehe..
ReplyDeleteharus sentiasa jaga sikap kita
ReplyDeletesentiasa berjaga2
ReplyDeleteemo tu biasa kot. tp menangis je tak ada la. pening kalau asyik nangis je.
ReplyDelete4 dan 5 tu sukar nk elak..hmm...
ReplyDeletesikap kita penting kena jaga
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com