Buah Nanas
Tahukah anda dengan memakan nanas, anda akan menjadi kurus?
Ini kerana buah nanas mengandungi khasiat vitamain A, B1 dan bromelain serta
paling penting ia mempunyai asid sitrik yang bertindak menghapuskan lemak dalam
badan. Buah ini dimakan atau dibuat jus untuk mencuci tubuh, melawaskan
pembuangan air kecil,merangsang penghadaman,menghilangkan sakit kerongkong,
sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah hati dan demam kuning. Air
nanas muda juga sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru paru dan
membunuh cacing dalam perut.
Buah Epal Hijau
Rasanya agak masam, tetapi penuh dengan khasiat. Mengunyah
sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekal khasiat
bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian pula menunjukkan
epal hijau mengandungi elemen kesihatan phytonutriens yang boleh melambatkan
pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Jadi, amat sesuai untuk anda yang
ingin berdiet.
Buah Oren
Buah ini memang tinggi dengan Vitamin C dan amat berkuasa
bagi memelihara kesihatan sel sel tubuh. Ia juga sangat baik untuk tulang dan
juga otak. Namun tahukah anda bahawa kulit oren yang berwarna putih sebenarnya
mengandungi Vitamin C yang lebih banyak berbanding isinya sendiri. Jika anda
ingin menikamati buah oren, jangan lupa dengan lapisan putihnya sekali.
Buah Strawberi
Buah ini terkenal di kawasan beriklim sejuk. Di Malaysia,
Cameron Highland menjadi tempat tumpuan bagi penggemar buah ini. Ini kerana
buah yang tumbuh menjalar ini kaya dengan Vitamin C dan mengandungi antioksidan
yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercayai
memberikan warna merah pada buah strawberi. Selain itu, Buah ini juga
mengandungi Vitamin K, mangan, Asid Folik, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5,
Vitamin B6, Magnesium dan Omega 3.
Buah Kiwi
Tahukah anda buah kiwi kaya dengan phytonutriens serta
pelbagai vitamin dan mineral? Jika kita amalkan memakan buah ini, ia mampu
mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti aspirin. Jika kanak
kanak pula yang mengambil buah ini, mereka akan kurang dipengaruhi oleh masalah
kesihatan yang berkaitan dengan system pernafasan termasuk berdehit, pernafasan
pendek dan batuk malam. Yang penting, buah ini baik untuk jantung.
Buah Anggur
Orang kata, saiapa yang gemar makan anggur, dia seorang yang
pemalas kerana buah ini tidak perlu dibuang kulit dan bijinya. Teori ini
sekadar sampingan tetapi menariknya tentang buah ini ialah ia melambatkan
proses penuaan kepada pengamalnya. Ini kerana, anggur bukan sahaja membekalkan
kandungan Vitamin C yang tinggi bahkan boleh membaiki tahap antioksida dalam
tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen
pencemaran didapati antara punca yang menyebabkan kulit mengalami proses
penuaan dengan cepat.
Buah Tembikai
Ketika musim panas, makanlah buah tembikai. Ini kerana kadar
kalori dalam tembikai sangat rendah. Kandungan lain dalam buah tembikai ialah
kalsium, karbohidrat,lemak,zat besi,magnesium,fofforus,potassium,protein,sodium
dan gula. Kandungan potassium dalam
tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu
karang. Mengamalkan tembikai juga dipercayai dapat meredakan symptom
osteoatris. Ia juga kaya bahan anti oksida yang dapat megelakkan serangan
kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai juga dapat mengatasi masalah
penglihatan tidak jelas pada waktu malam.
SUMBER : Dara.com
12 Comments
semua kite suke makan..hehe..but skang nie nenas mmg dh x usik dh sbb tgh mencube nak baby...;)
ReplyDeletesemua suka terutamanya nenas
ReplyDeletesalam pagi
ReplyDeletesinggah umah dia jap
satu je kurang suka..buah nanas..
ReplyDeleteada baca dalam mingguan pasal ni. tapi bila cari semula artikel tu tak jmp lagi dah.
ReplyDeletesuka makan nenas..tapi bukan sebab saya banyak cacing dlm perot ek ;)
ReplyDeletetak sangka plak nanas tu berfungsi utk kuruskan badan...
ReplyDeletetq sharing ye mimie...
ReplyDeletesaya suka tembikai dgn anggur je. ;)
ReplyDeletesemua buah yg best2 dan kak fieda suka..
ReplyDeletesemua disenaraikan shida suka mkn lg2 epal dgn oren :)
ReplyDeletewani suka gak makan nenas ni hehehe
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com