INFO KEBAIKAN MEMAKAN 7 JENIS BUAH


Buah Nanas
Tahukah anda dengan memakan nanas, anda akan menjadi kurus? Ini kerana buah nanas mengandungi khasiat vitamain A, B1 dan bromelain serta paling penting ia mempunyai asid sitrik yang bertindak menghapuskan lemak dalam badan. Buah ini dimakan atau dibuat jus untuk mencuci tubuh, melawaskan pembuangan air kecil,merangsang penghadaman,menghilangkan sakit kerongkong, sesuai juga untuk mereka yang mempunyai masalah hati dan demam kuning. Air nanas muda juga sesuai digunakan untuk rawatan pelbagai penyakit paru paru dan membunuh cacing dalam perut.

Buah Epal Hijau
Rasanya agak masam, tetapi penuh dengan khasiat. Mengunyah sebiji epal hijau atau meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekal khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kajian pula menunjukkan epal hijau mengandungi elemen kesihatan phytonutriens yang boleh melambatkan pengoksidaan kolesterol yang tidak baik. Jadi, amat sesuai untuk anda yang ingin berdiet.

Buah Oren
Buah ini memang tinggi dengan Vitamin C dan amat berkuasa bagi memelihara kesihatan sel sel tubuh. Ia juga sangat baik untuk tulang dan juga otak. Namun tahukah anda bahawa kulit oren yang berwarna putih sebenarnya mengandungi Vitamin C yang lebih banyak berbanding isinya sendiri. Jika anda ingin menikamati buah oren, jangan lupa dengan lapisan putihnya sekali.

Buah Strawberi
Buah ini terkenal di kawasan beriklim sejuk. Di Malaysia, Cameron Highland menjadi tempat tumpuan bagi penggemar buah ini. Ini kerana buah yang tumbuh menjalar ini kaya dengan Vitamin C dan mengandungi antioksidan yang memerangi radikal bebas. Unsur antioksidan inilah yang dipercayai memberikan warna merah pada buah strawberi. Selain itu, Buah ini juga mengandungi Vitamin K, mangan, Asid Folik, Potasium, Riboflavin, Vitamin B5, Vitamin B6, Magnesium dan Omega 3.

Buah Kiwi
Tahukah anda buah kiwi kaya dengan phytonutriens serta pelbagai vitamin dan mineral? Jika kita amalkan memakan buah ini, ia mampu mencairkan darah bagi menjaga kesihatan jantung seperti aspirin. Jika kanak kanak pula yang mengambil buah ini, mereka akan kurang dipengaruhi oleh masalah kesihatan yang berkaitan dengan system pernafasan termasuk berdehit, pernafasan pendek dan batuk malam. Yang penting, buah ini baik untuk jantung.

Buah Anggur
Orang kata, saiapa yang gemar makan anggur, dia seorang yang pemalas kerana buah ini tidak perlu dibuang kulit dan bijinya. Teori ini sekadar sampingan tetapi menariknya tentang buah ini ialah ia melambatkan proses penuaan kepada pengamalnya. Ini kerana, anggur bukan sahaja membekalkan kandungan Vitamin C yang tinggi bahkan boleh membaiki tahap antioksida dalam tubuh manusia. Kehadiran radikal bebas yang berpunca daripada pelbagai elemen pencemaran didapati antara punca yang menyebabkan kulit mengalami proses penuaan dengan cepat.

Buah Tembikai
Ketika musim panas, makanlah buah tembikai. Ini kerana kadar kalori dalam tembikai sangat rendah. Kandungan lain dalam buah tembikai ialah kalsium, karbohidrat,lemak,zat besi,magnesium,fofforus,potassium,protein,sodium dan gula.  Kandungan potassium dalam tembikai membantu masalah tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan batu karang. Mengamalkan tembikai juga dipercayai dapat meredakan symptom osteoatris. Ia juga kaya bahan anti oksida yang dapat megelakkan serangan kanser dan penyakit jantung. Makan tembikai juga dapat mengatasi masalah penglihatan tidak jelas pada waktu malam.


SUMBER : Dara.com

Post a Comment

12 Comments

  1. semua kite suke makan..hehe..but skang nie nenas mmg dh x usik dh sbb tgh mencube nak baby...;)

    ReplyDelete
  2. salam pagi
    singgah umah dia jap

    ReplyDelete
  3. satu je kurang suka..buah nanas..

    ReplyDelete
  4. ada baca dalam mingguan pasal ni. tapi bila cari semula artikel tu tak jmp lagi dah.

    ReplyDelete
  5. suka makan nenas..tapi bukan sebab saya banyak cacing dlm perot ek ;)

    ReplyDelete
  6. tak sangka plak nanas tu berfungsi utk kuruskan badan...

    ReplyDelete
  7. saya suka tembikai dgn anggur je. ;)

    ReplyDelete
  8. semua buah yg best2 dan kak fieda suka..

    ReplyDelete
  9. semua disenaraikan shida suka mkn lg2 epal dgn oren :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com