Sakit belakang – merupakan masalah utama wanita yang hamil
dan masa yang sama merupakan salah satu petanda awal kelahiran. Sakit ini
semakin lama semakin kerap dan kuat. Ia akan jadi teruk pada bahagian bawah belakang.
Keadaan ini berlaku kerana bayi dalam kandungan beralih kedudukan dan menekan
tulang belakang. Bagi mengurangkan rasa sakit, posisikan diri seperti merangkak
kemudian angkat atau tinggikan badan ke atas. Lakukan sehingga kiraan lima.
Ulangki langkah yang sama beberapa kali. Selain daripada itu, rasa kesakitan
ini boleh dikurangkan dengan banyak berjalan. Malah membantu mempercepatkan
proses kelahiran. Jika sukar berjalan, minta suami urut bahagian belaka semasa
berbaring secara mengiring.
Kontraksi rahim – Merupakan tanda awal dan isyarat paling
penting yang menunjukkan sudah tiba masa bersalin. Kontraksi adalah rasa tegang
pada perut dan kadang kadang akan berasa sakit di bahagian tengah perut
sehingga ke bahagian ari ari. Jika sudah mengalami kontraksi, cuba perhatikan
dan catatkan jarak masa di antaranya. Kontraksi sebenar berlaku secara teratur
pada jarak yang konsisten. Jika kontraksi yang dialami berlaku setiap 5 minit
dan perut mengeras dalam masa 20 hingga 45 saat setiap kali, secara teratur dan
kerap segera bergegas ke hospital dan boleh mendapatkan pemantauan daripada
doctor yang memeriksa.
Bloody show – Segelintir wanita mengalami tanda berupa
lender pekat bercampur darah yang keluar daripada faraj. Lendir ini merupakan
pluk mucus seperti gam lekang yang kelaur dari laluan pintu rahim apabila
serviks mula menipis. Apabila lender ini keluar, bererti bayi sudah bersedia
untuk bergerak ke saluran peranakan. Lendir yang terhasil dapat menghalang
sebarang kemasukan benda asing ke dalam serviks dan juga dapat menghalang kuman
yang mungkin ada daripada mengenai bayi. Jika mengalami tanda sebegini. Tidak
perlu tergesa gesa ke hospital kerana tanda ini mengambil masa tertentu sebelum
melalui proses kelahiran. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum
bersalin.
Pecah ketuban – Berlaku apabila ada lelehan air yang keluar
daripada faraj dalam jumlah yang banyak. Air yang keluar itu seharusnya jernih
dan tidak berwarna. Sebaliknya jika air berwarna hijau, menandakan bayi sudah
membuang air besar ketika masih dalam kandungan. Ramai wanita yang keliru
antara air ketuban dan air kencing. Air ketuban keluar tanpa mengalami rasa
ingin membunag air kecil. Air ini berwarna jernih dan tidak berbau manakala air
kencing berwarna kuning dan berbau hancing. Apabila mengalami tanda seperti
ini, sebaik baiknya segera ke hospital. Jika dibiarkan terlalu lama boleh
mneyebabkan jangkitan kuman. Menurut kajian, kebanyakan wanita tidak pecah air
ketuban sehingga saat saat akhir dan apa yang kerap berlaku ialah doctor akan
memecahkan air ketuban.
Serviks terbuka – Sebaik kontraksi berlaku, pangkal rahim
akan jadi lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, hanya doctor yang
berupaya mengetahui perubahan serviks semasa pemeriksaan faraj dilakukan.
Pembukaan di bahagian pangkal rahim dapat dikesan dengan skala 1cm hingga 10cm.
Perut memulas – Disebabkan bayi sudah mula berherak ke
saluran peranakan, ia akan memberi tekanan kepada saluran yang dikhususkan
untuk membuang air besar, Sesetengah wanita akan mengalami keadaan di mana
kerap ke tandas kerana terasa ingin mebuang air besar. Adalah dinasihatkan agar
berhati hati dan prihatin dengan tanda tanda ini kerana dikhuatiri timbul
kejadian tidak diingini seperti bersalin di dalam tandas dan seumpamanya.
Perut “turun” – Perut akan kelihatan membuncit di bahagian
bawah manakala bahagian atas terasa ringan atau kosong. Keadaan ini menunjukkan
bayi sudah mula turun ke bawah dan memasuki saluran peranakan. Biasanya berlaku
di sekitar dua minggu sebelum kelahiran.
Kerap membuang air kecil – Apabila bayi mula bergerak ke
bawah, sudah pasti akan memberi tekanan pada pundi kuncing. Sebab itulah,
kekerapan hendak membuang air kecil akan mula dirasai.
*Amalan sepanjang menunggu bersalin
Mengamalkan surah Maryam, surah Al-Anbiya’ ayat 87, surah
Al-Baqarah ayat 255, surah Al-A’raf ayat 54, surah Al-Falaq dan surah An-Nas.
Mengamalkan zikir Asmaul Husna : Ya Dzal Jalaali Wal Ikram
yang bermaksud Yang MAha Memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
14 Comments
sy bru ade tanda sikit2..hihihihi...kames ni nak blik johor, semoga sempat :)
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna Mimie... thanks for sharing...boleh ingat dan semat dalam hati ni... supaya nanti x der la jakun sangat... he he he...
ReplyDeletesaya dulu perut sakit mcm senggugut tapi tak tau pon itu tanda2 nak bersalin. huhu. nasib baik semua selamat.
ReplyDeletepersediaan ke mimie? hee..
ReplyDeletegd sharing ni
ReplyDeleteShare yg bagus Untuk ibu2 yg sedang menunggu hari..teringat lak time cheqkaq dulu..berdebar2 sentiasa walaupun anak kedua..hehe
ReplyDeletetanda awal sy bersalin ialah keluar lendir bercampur darah dan pecah ketuban..
ReplyDeletegood info...nak mintak izin share kat blog bleh tak....nak simpan utk panduan esok2 kalau pregnant lagi hehehe...harap2 adala rezki firas dapat adik
ReplyDeleteWish I got this info masa nak bersalin dulu. Punya haru takder experience.
ReplyDelete1day shida juga akan rsa :)
ReplyDeleteteringat pula saat melahirkan baca entry akak ni
ReplyDeletepanduan bagus utk sy nti..
ReplyDeletewani dulu air ketuban pecah kak
ReplyDeletesekarang ni tengah tunggu hari je nak bersalin..... due date 4/4... sekarang ni rasa tak selesa... pangkal peha sakit je... pinggang toksa cakap, duduk n baring memang tsk selesa...
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com